T E M U B U A L

920 51 4
                                    


Jam di dinding kelas menunjukkan pukul 12.10 tengahari. Suasana kelas 5B1 yang riuh rendah dengan suara para pelajar langsung tidak dihiraukan oleh Zoey yang sememangnya sedang runsing pada ketika ini. Berkerut dahinya memikirkan hal yang terjadi 40 minit yang lalu di bilik tuan pengetua sekolah. Sesekali, kelihatan Zoey melepaskan satu keluhan yang berat.

11.30AM - Di bilik tuan pengetua sekolah

"Saya tak nak dengar apa-apa alasan lagi dari kamu Zoey. Kalau kamu masih tak dapat cari cerita untuk disiarkan dalam majalah khas sekolah bulan ni,saya anggap kamu tak serius dalam tugasan ni. Lagipun bukan kamu seorang kan yang buat semua kerja-kerja ni dulu kan? Kamu berdua dengan Hana. Boleh saling memberi idea dan pendapat. Soal bahan cerita,saya tak mahu ambil peduli. Kamu dan Hana fikirkanlah apa yang sepatutnya kalian buat."

Selepas tamat waktu persekolahan, Zoey dan Hana tidak terus pulang kerana mahu berbincang tentang bagaimana mahu mencari bahan cerita untuk majalah khas sekolah yang diterbitkan setiap bulan itu. Oleh kerana mereka berdua ditempatkan di kelas yang sama, jadi mereka agak akrab dan mudah bagi mereka untuk membincangkan apa yang sepatutnya.

"Padanlah pengetua cakap macam tu, dah 3 bulan kita tak siarkan cerita seram kat majalah bulanan sekolah tu. Pembaca pun dah ada yang complain." kata Hana setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Zoey tentang kejadian di bilik tuan pengetua tadi. "Habis, kau ingat senang nak cari idea, cari bahan? Senang nak tulis cerita seram? Kita dengan homework lagi, sukan lagi, banyak lagi benda nak kena buat tau." seloroh Zoey. Tiba-tiba Hana teringatkan sesuatu,

"Aku rasa aku tau apa patut kita buat." Zoey hanya memandang Hana yang nampak terlebih bersemangat itu.

Walaupun kurang bersetuju dengan cadangan berani mati Hana siang tadi, Zoey sedar yang dia kini tiada pilihan. Mereka hanya ada masa seminggu dari sekarang untuk dapatkan bahan cerita tersebut. Tindakan pergi ke rumah banglo di pinggir hutan yang dikatakan berhantu untuk menemubual gadis misteri yang tinggal di banglo tersebut merupakan tindakan yang kurang bijak baginya kerana ia seakan mengundang padah.

..............................................................................

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Zoey dan Hana saling berpandangan apabila melihat sebuah banglo yang tersergam megah dihadapan mereka. Ya, sekali pandang pun rasa macam nak patah balik bagi Zoey yang sudah berasa seram sejuk. Walaupun baru pukul 1 tengahari, suasana di situ kelihatan suram kerana di pinggir jalannya dipenuhi hutan belukar.

Setelah 10 minit berdiri tercegat di hadapan pintu pagar, mereka memutuskan untuk masuk. Oleh kerana loceng pagar tidak lagi berfungsi, mereka memutuskan untuk mengetuk pintu rumah sahaja. Baru beberapa langkah mereka berjalan di halaman rumah, mereka tersentak apabila ternampak kelibat seorang gadis cantik yang berambut panjang dan bergaun putih sedang duduk di atas kerusi buaian sambil membelai seekor kucing hitam. Gadis itu melemparkan sebuah senyuman bagi menyambut kedatangan tetamunya itu. Senyuman yang penuh dengan seribu erti. Gadis itu tanpa membuang masa, lalu menjemput mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Mereka duduk berbincang di ruang tamu. Gadis itu menghidangkan dua cawan teh dan sepiring biskut buat tetamunya itu.

"Saya Zoey, dan ini Hana. Kami adalah pelajarsekolah menengah yang menghubungi cik dua hari yang lepas untukmenemubual." kata Zoey memulakan bicara.

Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Yuri.

"Sebelum kalian mula menemubual saya, saya ingin memberikan satu syarat." kata Yuri. Zoey dan Hana berpandangan.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now