S U M P A H A N G E I S H A

300 25 3
                                    

#urbanlegend Sumpahan Geisha

Pada zaman edo, iaitu dalam abad ke-16, terdapat seorang wanita yang bernama Tsubaki. Beliau berasal dari keluarga artisan yang miskin dan terpaksa bekerja sebagai pelayan wanita di istana Syogun Tokugawa. Beliau mahir dalam pelbagai tarian dan melayan golongan bangsawan di istana seperti menuang arak sake.

Namun begitu, semasa pertempuran Sekigahara berlangsung. beliau dituduh iaitu bersekutu dengan Daimyo luar untuk menjatuhkan Tokugawa walaupun tuduhan itu adalah fitnah semata-mata selepas didapati beberapa orang atasan dalam istana meninggal dunia kerana diracuni dengan arak sake.

Beliau diseksa, dirogol dan akhirnya dihukum pancung pada pukul 3 pagi serta kepalanya ditayang kepada orang ramai keesokan harinya sebagai pengajaran agar tidak mengkhianati pemerintah. Tsubaki melafazkan sumpah terakhir sebelum beliau dihukum bunuh

"Watashi wa kojin-teki ni shinu tsumoridatta mita dare ni chikaimasu!" (Aku bersumpah sesiapa yang melihat wajahku akan mati!).

Kata-kata tersebut tidak dapat ditafsirkan hingga ke harini. Tengkorak beliau diawet dan dijadikan pameran di istana di Chiyoda, Tokyo hingga ke hari ini.

Pada tahun 2008, sekumpulan pelajar dari universiti Ritsumeikan telah menjalakan lawatan di istana ini yang sudah dijadikan muzium. Sekumpulan pelajar itu terdiri dari Hibiki, Fuushin dan Kaito. Antara tiga orang rakan tersebut, Kaito merupakan seorang yang meminati akan khazanah terdahulu manakala dua orang lagi hanya mengikuti sahaja.

Hampir pelbagai gambar yang telah diambil oleh Kaito akan artifak dan arkeologi yang terdapat dalam istana itu. Hibiki melarang untuk berbuat demikian kerana sudah terpapar dihadapan pintu masuk,

"DILARANG MENGAMBIL GAMBAR".

Namun, nasihat tersebut tidak dapat mengubah Kaito yang terlalu obses akan perkara tersebut. Tiba-tiba, pergerakan Kaito terhenti seketika apabila dia ternampak akan tengkorak yang agak unik dipamerkan di dalam kaca. Kaito membaca akan deskripsi berkaitan seorang pelayan istana yang dihukum bunuh kerana difitnah sebagai pembelot. Kaito tertarik akan penemuan ini lantas dia mengambil gambar sebagai koleksinya.

Pada malam hari, dia memasukan semua gambar yang diambilnya ke dalam laptop peribadi. Selepas itu, dia mengambil kesempatan untuk melihat balik gambar tersebut. Gambar-gambar yang diambilnya cukup memuaskan. Namun, nafasnya terhenti dan jantungnya berdeyup laju apabila terlintas satu gambar yang diambilnya. Gambar itu adalah sebuah kepala perempuan yang berdarah, matanya terbeliak keluar serta mukanya berkulat. Kaito memberanikan diri untuk mendelete gambar itu dan dia terus pergi ke katil dalam keadaan ketakutan.

Fikirannya bercelaru menyebabkan dia tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan gambar itu. Dia berhajat untuk menceritakan perkara ini kepada temannya keesokan hari. Kaito cuba menenangkan dirinya dan melupakan perkara itu. Tiba-tiba,dia terdengar ketukan kuat dari dalam tandas. Kaito berpendapat itu mungkin tikus kerana apartment yang dihuninya adalah kawasan yang usang dan lama. Kaito memberanikan diri untuk melihat apa yang terjadi di dalam tandas itu.

Dia membuka pintu tandas dan mendapati tiada apa-apapun sebenarnya. Dalam keadaan yang tergesa-gesa kembali ke katil, semua lampu tertutup dengan sendiri dan sambaran kilat mula muncul. Seorang wanita berpakaian kimono tebal, rambutnya berdandan dan wajahnya putih berada betul-betul dihadapan Kaito. Dia terkejut dan menjerit dengan sepenuh ketakutan.

Keesokan paginya,berita tergempar seorang penghuni apartment telah dibunuh dalam keadaan mengerikan. Kepalanya tercabut daripada badan dan wajahnya dalam keadaan pucat. Polis mengesahkan siasatan bahawa lelaki tersebut mati pada pukul tiga pagi tetapi cara yang dibunuhnya masih belum dapat dirungkai. Ada yang mengatakan ianya merupakan sumpahan geisha kerana sebelum ini pun masih ada kejadian sebegini.

Sebab itu pihak muzium menyuruh agar pengujungnya untuk tidak mengambil sebarang gambar. Cuma perkara ini dirahsiakan dari orang ramai. Legenda ada menyatakan sesiapa yang membaca cerita ini pon turut terkena sumpahan itu. Percaya atau tidak, tunggu pukul 3 pagi ini.. hihihi..

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now