A W A L

248 24 2
                                    

Datang awal ke sekolah (Jangan jadikan cerita ni alasan untuk dtg lewat ke skolah pulak nanti )

Kat sekolah korang, ada tak kelas2 yg berhantu? Atau pun penunggu kat kelas tu? Walaupun korang kata takde, aku yakin ada jugak sekor dua ekor yg menetap kat kelas korang. Ini kerana, hantu ada dimana2. Aku ni seorang pelajar yang boleh dikatakan rajin datang sekolah awal2 pagi. Selalunya pukul 6.30 aku dah ada dalam kelas. Ni sebabnya adalah mak aku terpaksa keluar kerja awal.jadi aku juga terpaksa pergi awal ke sekolah. Nak dijadikan cerita, pada hari Khamis, sewaktu pelajar2 dah balik, aku dan rakan2 aku berbual kosong sementara menunggu orang tua kami menjemput kami. Tiba2, kawan aku bernama Fara cerita sedikit tentang kisah gelap yg pernah dialaminya ketika pulang lewat dari sekolah. Waktu itu, pukul 4 petang. Semua pelajar dah balik kecuali Fara kerana ibunya menjemputnya lewat sedikit pada hari itu. Ketika sedang sibuk siapkan kerja sekolah, tiba2 pintu kelas kami dihempas dengan kuat sehingga tombol pintu menjadi longgar. Fara terkejut dan lihat jika ada siapa2 yg ingin kenakan dia namun tiada siapa2 di sana kecuali dia. Kemudian, dia nampak ada seorang wanita pucat yg terburai perutnya berlari ke arahnya sambil membawa pisau! Fara menjerit sambil menutup pintu kelas. Dia hanya terkedu dan tutup telingannya apabila wanita itu ketawa! Tiba2, barang2 dalam kelas seperti meja, kerusi, buju rujukan dan sebagainya terjatuh dan terbalik.Kelas kami seprti alami gempa bumi!!. Fara amat takut lalu pengsan. Then, bila dia sedar ja, dia sudah ada di pangkuan ibunya. Ibunya amat risau kerana Fara tidak turun dari kelas jadi ibunya mengambil keputusan untuk cari dia. Fuhh, lepas dengar cerita dia, bulu roma aku meremang. Fara pun ada pesan, kalau datang awal ke sekolah, hati2 lah sebab 'benda' tu penunggu kat koridor kelas dan 'benda' tu pun ada dlm kelas. Seterusnya, pada hari Ahad, mcm biasa lah, aku dtg awal ke sekolah.

Sewaktu menaiki tangga, jari aku berdarah kerana terhiris dengan pemegang tangga yg sudah berkarat. Then, bila aku berada di depan kelas, aku toleh ke kiri (ini kerana kelas aku berada di paling hujung sebelah kanan). Aku ternampak seorang wanita. Dia hanya berdiri disitu. Merenung ke bawah. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu yg aku tidak faham. Aku buka pintu, dan masuk ke dalam kelas untuk letakkan plaster pada jari aku. Aku cuba buka lampu tapi mungkin lampu sudah rosak.Hanya 3 daripada 6 lampu sahaja yg berfungsi. Lampu dikoridor pun tidak berfungsi dengan baik. Sekejap nyala sekejap tidak. Baru pukul 6.30. Masih awal lagi. Selalunya pukul 6.45 baru ada pelajar dtg. Aku mengambil keputusan untuk berjalan2 di sekitar sekolah. Sebaik sahaja aku menapak ke luar kelas, wanita tadi berada betul2 di tepi kelas aku. Wajahnya yg pucat merenung tepat ke mata aku. Tapi aku buat tidak tahu sahaja. Aku terus berjalan di koridor.

Semakin jauh aku berjalan2, semakin banyak bunyi tapak kaki dibelakang aku. Aku toleh tapi tiada siapa2. Aku fikir ia hanya gema. Tapi tidak. Wanita tadi kini berada di hadapan aku sambil senyum dengan ngeri. Matanya yg bulat kemerah-merahan merenung aku! Aky pun apa lagi, larilah!!! . Aku lari ke arah kelas aku, dan satu persatu lampu menjadi malap dan terpadam. Aku dapat dengar bunyi tapak kaki mengejar aku dan bunyi ketawa serta menangis mengirinya aku.Aku pula sibuk membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran untuk menentang kedatangan hantu2 tersebut. Tiba sahaja dihadapan kelas, pintu kelas aku terkunci, aku cuba buka tetapi hampa. Aku sudah menangis ketika itu, aku relakan sahaja apa yg mungkin berlaku kat aku. Aku pejamkan mata sambil membiarkan air mata aku keluar. Tiba2, bahu aku ditepuk oleh sesuatu. Aku toleh. SYUKUR!! ia adalah kwan sekelas aku. Pintu kelaa pun sudah dpt dibuka dan lampu2 yg malap tadi kembali cerah.

Aku nampak ibu aku. Aku terus meluru ke arahnya. Apabila aku sudah berada di dalam kereta,aku toleh ke arah kelas aku. Aku nampak.... banyak hantu!!! Ada bnyak hantu dalam kelas aku!! Mereka semua senyum dengan ngeri sambil tenung aku dengan mata mereka yg kemerah-merahan!!.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now