K A P P A

291 21 0
                                    

#urbanlegend Kappa

Akari adalah seorang pelajar dari Sekolah Tinggi di Otsuka. Dia dan kawannya gemar untuk melakukan aktiviti camping di kawasan hutan. Hampir seluruh kawasan telah diterokai bersama-sama kawannya iaitu Hide dan Yashimi.

Pada hujung minggu, Yashimi mengajak sekumpulan mereka untuk berkhemah di sungai Shibetsu di wilayah Hokaido, Jepun. Hide pada mulanya tidak bersetuju untuk mengikuti permintaan tersebut. Hal ini kerana, sungai tersebut bukannya menjadi tarikan utama untuk berkhemah. Lagipun, ada orang-orang tua terdahulu mengatakan tempat tersebut adalah kawasan keras dan sesiapa yang menceroboh kawasan tersebut akan disumpah oleh Yokai. Namun, Hide terpaksa bersetuju oleh kerana di desak oleh Yashimi dan Akari.

Pada hari yang dinanti-nantikan, mereka pun berkhemah di kawasan itu. Pada hari pertama perkhemahan, mereka melaksanakan aktiviti penjelajahan di hutan-hutan yang berdekatan. Pada hari berikutnya, sekumpulan manusia yang lain turut serta untuk berkhemah bersebelahan dengan kumpulan mereka.

Sekumpulan tersebut terdiri dari 4 orang lelaki seusia dengannya iaitu Aki, Hitomi, Zakashi dan Mitsui. Kumpulan mereka adalah kumpulan yang ceria dan boleh beramah mesra dengan kumpulan Akari. Namun begitu, Akari tidak berminat kepada mereka. Pada suatu malam, Akari ditegur oleh Aki kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab iaitu membuang sampah merata-rata di sekitar sungai itu. Aki melarang untuk berbuat demikian kerana perbuatan tersebut akan mengundang kemarahan Kappa.

Walau bagaimanapun, Akari seorang yang degil tidak memperdulikan kata-kata nasihat darinya. Baginya, Kappa hanyalah mitos rekaan dan terlalu bodoh untuk mempercayai kewujudaannya. Lewat malan telah menjelma, kumpulan Akari sedang tidur dibuai mimpi di dalam khemah yang menikmatkan. Tiba-tiba, Akari terjaga dari tidur oleh kerana perutnya yang sakit.

Dia berhajat untuk melepaskan hajatnya itu tetapi malam yang telah gelap gelita menyebabkan hajatnya itu tergendala. Akari meminta kedua kawannya untuk menemani mereka namun daya inertia yang kuat menyebabkan kawannya tidur tidak sedarkan diri. Maka, terpaksalah Akari sendiri yang merendah hutan itu. Dia turut curi-curi pandang pada khemah jirannya. Akan tetapi, perbuatan itu terus mengakibatkan dia berasa lebih takut. Khemah jirannya itu TIADA! Tanpa melengahkan masa, Akari terus ke dalam hutan dan memenuhi hajat itu.

Selepas itu, dia bergegas terus ke khemahnya. Alangkah terkejutnya,kedua-dua kawannya itu telah tiada di dalam khemah tersebut. Akari mengangap kedua sahabatnya itu hanya mahu bergurau dan ingin menakut-nakutkannya. Akari terus mencari kedua kawannya di kawasan sekitar. Tetapi usahanya tidak menemukan hasil lagi. Sehinggakan dia ternampak dua susuk tubuh di hujung muara sungai. Akari berpendapat itu adalah Hide dan Yashimi. Tetapi kenapa mereka berkelakuan pelik?

Selepas mendekati susuk tubuh tersebut, barulah dia sedar bahawa kedua tubuh itu bukanlah sahabatnya tetapi makhluk lain. Makhluk tersebut bermata merah, bercengkerang, kecil seakan budak dan sedang memakan sesuatu secara melahap. Akari memerhati apa yang dimakan oleh makhluk itu. Alangkah terkejutnya, Kedua-dua badan kawannya diratah oleh Makhluk itu. Hati, usus dan organ-organ dalaman dimakan dengan keadaan yang mengerikan.

Akari cuba bertahan dari pengsan dan dia cuba untuk mencari jalan untuk menyelamatkan diri secara senyap-senyap. Namun begitu, usahanya gagal kerana terdapat dua lagi makhluk yang serupa menyedari kehadirannya. Akari bertindak-balas untuk melawan makhluk itu tetapi kudratnya tidak dapat mengatasi kekuatan makhluk itu. Walaupun tubuhnya kecil tetapi kekuatan makhluk itu amat jelas 10 kali ganda lebih kuat dari seorang ahli sumo.

Akhirnya, dia juga turut menjadi mangsa kepada makhluk rakus itu pada malam yang sama. Keesokan harini, ketiga-tiganya mayat mereka dijumpai dalam keadaan yang mengerikan.

Moral - Jagalah alam sekitar, bukan manusia sahaja yang berkongsikan alam sekitar ini

-TAMAT-

Info tentang Kappa.

Kappa adalah makhluk lagenda yang berasal dari Jepun. Fizikal Kappa menyerupai gabungan antara monyet, katak dan kura-kura. Dikatakan bahawa Kappa suka melakukan gurauan seperti membuat bunyi bising, mengeluarkan kentut yang busuk dan mengintai kain perempuan. Namun Kappa juga dikatakan suka melakukan jenayah berat seperti menculik kanak-kanak, merogol wanita dan membunuh manusia sambil memakan organ dalamanya.

Kappa akan menyorok di dalam sungai untuk menunggu mangsa. Pada zaman dahulu, sesetengah masyarakat Jepun suka pergi ke tepi sungai untuk membuang air besar. Kappa akan bersedia di dasar sungai dan menarik mangsa itu ke dalam sungai hingga dia lemas. Hati manusia merupakan organ dalaman kesukaan Kappa kerana ada mengatakan ia merupakan Shirikodama (jiwa manusia). Kappa juga menjadikan haiwan seperti kuda dan lembu sebagai mangsanya.

Namun Kappa juga mempunyai naluri yang baik dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap manusia. Kappa mampu memahami dan bercakap dalam bahasa Jepun. Kappa boleh dijadikan kawan baik kepada manusia dan menolong kerja-kerja manusia seperti berkebun.

Dikatakan juga produk jenama Kappa bukanlah di asaskan oleh Kappa sendiri.

Perkongsian dari Zack Ramli

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now