M I M P I 1

333 20 2
                                    

Tajuk: Mimpi..
Part: 1..

Selesai usrah, aku dan Hanif menghayunkan langkah untuk kembali ke rumah.. Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 malam.. Usrah biasanya dimulakan setelah selesai solat Isya', sekali dalam tempoh satu minggu iaitu pada hari Jumaat, dan naqibnya adalah Hanif.. Dalam menapak langkah menuju ke arah pintu masjid, kami terpandang seorang lelaki yang sudah berumur hampir separuh abad, duduk di satu sudut di dalam masjid, meminggirkan diri dari jemaah lain.. Berdasarkan kerutan di wajahnya, aku sudah dapat menduga dia sedang menanggung sesuatu permasalahan.. Langkah kaki kami dilencongkan menuju ke arah lelaki tersebut..
''Assalamualaikum warahmatullah Pak Mail..'' sapa Hanif beserta senyuman yang menguntum di bibirnya.. ''Wa'alaikummussalam..'' balas Pak Mail terpinga-pinga, seperti rohnya baru kembali ke alam nyata.. ''Pak Mail sihat?'' soal Hanif memulakan bicara.. ''Alhamdulillah.. Sihat walafiat.. Usrah dah habis ke?'' soal Pak Mail.. ''Dah habis Pak Mail..'' balas aku yang mencelah perbualan.. Pak Mail hanya mengangguk perlahan.. ''Pak Mail ada masalah ke? Kita tengok Pak Mail macam ada masalah jeee..'' kata Hanif menduga.. Soalan Hanif tidak segera dijawab.. Setelah melepaskan satu keluhan yang berat, Pak Mail mula membuka cerita.. ''Sebenarnya anak Pak Mail sakit..'' kata Pak Mail beserta wajahnya mula berubah kemurungan..
''Jika Pak Mail tidak keberatan, bolehlah Pak Mail berkongsi dengan kami..'' jelas Hanif cuba mendapatkan cerita, tetapi tidak mendesak.. Aku hanya memasang telinga, entah mengapa timbul perasaan ingin tahu mengenai masalah Pak Mail.. ''Sebenarnya anak Pak Mail sakit..'' kata Pak Mail setelah berdiam diri sejenak.. ''Namun tidak diketahui pula sakit apa yang dihadapinya..'' jelas Pak Mail beserta menghembuskan hembusan nafas berat yang bertakung di dada.. ''Dah bawak jumpa doktor?'' tanya aku pula.. ''Dah..'' jawab Pak Mail sepatah, seterusnya kembali mendiamkan diri.. Setelah agak lama menyepi, Pak Mail kembali bersuara menjelaskan situasi anaknya..
''Pak Mail dah bawak pergi jumpa doktor, tapi doktor cakap tiada penyakit pun..'' jelas Pak Mail dengan wajahnya yang sayu.. ''Boleh Pak Mail jelaskan tanda-tanda sakit pada anak Pak Mail tuu?'' soal Hanif, lagaknya seperti seorang penyiasat.. ''Pak Mail pun tak tau anak Pak Mail tuu sakit apa.. Wajahnya pucat, kurang selera makan, semakin kurus, jarang bercakap dan suka mengurung diri dalam bilik.. Puas Pak Mail tanya apa masalahnya, tapi dia cakap tiada masalah..'' jelas Pak Mail dengan mata yang sudah berkaca, menanti saat untuk mutiara jernih mengalir dan membasahi pipi..
''Pak Mail dah cuba dapatkan Rawatan Islam?'' soal Hanif berhati-hati, risau Pak Mail akan terguris hati atau perasaan.. ''Pak Mail dah cuba.. Dah 4 orang ustaz Pak Mail jumpa, tapi keadaan tetap sama..'' kata Pak Mail tersedu sedan.. Akhirnya air mata Pak Mail mengalir juga, kerana empangan mata sudah tidak mampu menampung mutiara jernih yang banyak itu.. Itu adalah hal biasa kerana kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, apatah lagi anaknya hanya seorang, itu membuatkan hati Pak Mail semakin bersedih.. Aku kaget melihat keadaan itu, tidak tahu apa yang harus dilakukan..
''Sabar Pak Mail.. Sabar.. Tidaklah Allah menguji seseorang hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya tersebut.. Tanda Allah sayang kepada hamba-Nya, Dia akan menguji hamba-Nya dengan musibah.. Dia rindu ingin mendengar rintihan hamba-Nya mengadu kepada-Nya.. Banyakkan berdoa Pak Mail.. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.. Sabar Pak Mail.. Kita berusaha.. Banyakkan berdoa, Insya-Allah, semoga diberi kesembuhan oleh Allah..'' kata Hanif panjang lebar.. Aku hanya mampu melihat keadaan itu.. Semua jemaah lain telah pulang melainkan kami bertiga..
Aku dan Hanif hanya membiarkan Pak Mail merembeskan air mata semahunya, mungkin dengan cara itu dia berasa lebih tenang selepas ini.. Pak Mail masih galak menangis, tersedu-sedan, aku hanya membelek-belek skrin telefon, mengalih perhatian dari melihat Pak Mail namun telinga aku masih aktif menangkap segala bunyi.. Hanif pula sedang membasahi lidahnya dengan zikir memuji Allah, hanya kepada Allah segala puji dan puja, hanya kepada Dia kita memohon pertolongan.. Setelah agak lama, tangisan Pak Mail semakin surut.. Hanif memberhentikan zikir dan terus menoleh ke arah Pak Mail beserta segaris senyuman.. ''Pak Mail, mari kita solat hajat.. Mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan..'' kata Hanif dengan senyuman yang sedikit pun tidak memudar dari bibirnya.. Pak Mail segera mengangguk dan bingkas bangun menuju ke arah paip air untuk berwuduk..
''Allahuakhbar..'' bergema takbirlatulihram dilafazkan oleh Hanif selaku imam solat hajat tersebut.. Suasana hening, sunyi sepi, hanya sesekali terdengar suara cengkerik umpama mengalunkan irama lagu.. Pada sujud terakhir, kami bersujud agak lama.. Saat inilah saat seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya, saat ini kami memohon segala hajat yang tersimpan di dalam hati, moga-moga diperkenankan oleh Allah.. Selesai bersolat, kami berzikir memuji Allah, seterusnya memanjatkan doa kepada Allah Yang Maha Esa.. Selesai berdoa, kami bersalaman dan berpelukan.. Walaupun kesan tangisan masih bersisa pada Pak Mail, namun wajahnya menunjukkan sedikit ketenangan yang terpancar menerusi mata dan raut wajah tuanya..
Semasa dalam perjalanan keluar dari masjid, Hanif sempat membuat permintaan kepada Pak Mail.. ''Pak Mail, kalau tidak keberatan, solat subuh esok, bawalah anak Pak Mail berjemaah di sini sekali..'' kata Hanif dengan segaris senyuman yang menampakkan giginya.. ''Insya-Allah Hanif.. Terima kasih sebab sanggup bersusah-susah untuk Pak Mail..'' balas Pak Mail jujur beserta senyuman yang terpamer di wajahnya.. ''Tidak mengapa Pak Mail.. Kita sesama Islam, bersaudara..'' jawab Hanif ringkas.. ''Pak Mail balik dulu.. Assalamualaikum..'' ucap Pak Mail sebelum menghidupkan keretanya.. ''Wa'alaikummussalam warahmatullah..'' balas aku dan Hanif serentak..
Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah kami, aku sempat bertanya beberapa soalan kepada Hanif.. ''Hanif rasa, anak Pak Mail tuuu sakit apa yaa?'' soal aku cuba mendapatkan kepastian.. ''Wallahu'alam.. Kita juga tidak tahu Uwais..'' balas Hanif seraya menoleh ke arah aku.. '' Nak cakap sakit moden, doktor cakap tiada penyakit.. Nak cakap gangguan makhluk halus, ustaz dah berubat tapi masih sama jeee keadaan anak Pak Mail tuu..'' aku mula berteka-teki sendirian dan setiap bait-bait perkataan aku didengari oleh Hanif.. ''Hanif rasa macam mana?'' aku cuba menduga Hanif lagi.. ''Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui.. Segala yang berlaku adalah rahsia-Nya..'' kata Hanif ringkas.. Aku sekadar mengangguk-angguk..
Setelah sampai di rumah, aku melabuhkan tubuh ke atas katil.. Mataku memandang siling, masih cuba mencari jawapan.. Sesekali aku menoleh ke arah Hanif yang sedang khusyuk mengaji, suaranya merdu, gemersik, membaca kalam-kalam Allah secara bertaranum.. Tanpa aku sedari, mata aku terus layu dan aku terus terlena.. ''Uwais.. Uwais.. Bangun Uwais.. Dah nak masuk waktu subuh nie..'' kedengaran suara Hanif memanggil-manggil nama aku.. Aku mencelikkan mata, menggosok mata yang masih samar-samar penglihatan.. ''Jom ke masjid.. Dah nak masuk subuh nie..'' kata Hanif kepada aku dengan seulas senyuman.. Aku mencapai tuala dan terus ke bilik air, hanya sekadar menggosok gigi dan membasuh muka.. Seterusnya kami ke masjid bersama-sama..
Saat kami tiba di masjid, sudah kelihatan beberapa orang ahli masjid sudah tiba.. Ketibaan kami disambut dengan senyuman yang indah oleh ahli masjid.. Apabila waktu subuh telah masuk, Pak Imam mempersilakan Hanif untuk melaungkan azan.. Azan dilaungkan, bergema di seluruh kampung, memecahkan kesunyian.. Saat azan masih berkumandang, aku keluar untuk melihat pemandangan.. Hari masih gelap, bintang-bintang bertaburan di dada langit.. Bulan masih kelihatan walaupun malu-malu dan berselindung di sebalik awan.. Tiba-tiba hati aku terasa bergetar, dengan alam indah ciptaan Tuhan, ditambah lagi dengan suara merdu Hanif mengalunkan azan, aku menjadi tidak keruan.. Tanpa disedari, air mata mula mengalir, menginsafi dosa-dosa lalu yang pernah dilakukan..
Setelah azan, aku mengesat air mata dan kembali ke dalam masjid.. Beberapa orang jemaah termasuk Hanif sedang menunaikan solat sunat.. Solat sunat sebelum subuh lebih baik berbanding dunia dan seisinya.. Tanpa berlengah lagi, aku terus sama bersolat.. Setelah semua jemaah selesai bersolat sunat, Hanif segera iqamat.. Aku tertoleh-toleh ke arah belakang mencari kelibat Pak Mail dan anaknya, namun hampa.. Mereka masih tidak kelihatan.. Selesai solat fardu subuh dan berdoa, kami bersalam-salaman.. Dan di akhir saff, aku melihat Pak Mail sedang menguntumkan senyuman ke arah aku dan Hanif.. Di sebelah Pak Mail kelihatan seorang pemuda.. Kami segera menghampiri mereka..
Kami berempat segera ke salah satu penjuru di dalam masjid yang agak jauh dari jemaah lain kerana bimbang jika menganggu mereka yang kebanyakannya sedang mengaji.. Pak Mail segera memperkenalkan anaknya kepada kami.. ''Ini Kamal..'' kata Pak Mail kepada kami.. Kami segera mengangguk dan berjabat salam.. Benar seperti kata Pak Mail, anaknya memang tidak sihat.. Wajah Kamal pucat kelesuan, mata kuyu dan kemerahan, bibir kering, dan suara perlahan apabila berbicara, antara dengar dan tidak.. ''Kamal sakit ke?'' tanya aku kepada tuan empunya diri.. Pak Mail dan Hanif hanya menanti jawapan dari Kamal sambil memandang wajah Kamal.. ''Aku tak sakit pun..'' balas Kamal perlahan, suaranya bergetar..
Kami cuba mencari punca penyakit yang dialami oleh Kamal dengan bertanya pelbagai soalan, namun pertanyaan kami dibalas dengan raut wajah yang dingin oleh Kamal.. Kami berbasa-basi sementara menunggu semua ahli jemaah pulang.. Jam menunjukkan sudah pukul 7.05 pagi, semua ahli jemaah telah pulang ke rumah masing-masing.. Apabila melihat tiada kelibat orang di dalam masjid itu, Hanif meminta izin dari Pak Mail untuk melakukan sesuatu.. ''Pak Mail.. Izinkan kita cuba ikhtiar..'' kata Hanif sambil memandang wajah tua Pak Mail.. Pak Mail segera mengangguk manakala Kamal pula terpinga-pinga..
Setelah mendapat keizinan dari Pak Mail, Hanif segera berdiri di belakang Kamal yang sedang duduk bersila, serta meletakkan tangannya di atas ubun-ubun Kamal.. Mata Hanif terpejam sambil mulutnya berkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.. Aku hanya menanti dengan debaran, bersiap siaga jika Kamal mengamuk dek kerana makhluk yang mendiami jasadnya.. Namun, itu hanyalah andaian aku sahaja.. Setelah lebih kurang 10 minit berbuat demikian, Hanif memberhentikan bacaannya dan duduk di samping Kamal.. ''Sila berbaring..'' pinta Hanif kepada Kamal dengan sopan.. Pak Mail hanya memerhatikan gelagat mereka berdua..
Kamal teragak-agak untuk berbuat demikian, namun apabila melihat ayahnya menganggukkan kepala, dia segera akur.. Apabila melihat Kamal sudah berbaring, Hanif segera meletakkan tangannya di atas kawasan badan Kamal dan menggerakkan tangannya di seluruh tubuh Kamal.. Tangan Hanif tidaklah bersentuhan dengan badan Kamal, cuma dijarakkan antara 10 sentimeter.. Tangan Hanif lagaknya seperti mesin yang mencari harta karun, memeriksa badan Kamal.. Setelah hampir 15 minit berbuat demikian, Hanif menghentikan perbuatannya.. Dia mempersilakan Kamal untuk kembali duduk bersila..
''Jika kamu tidak keberatan, boleh tak angkat baju sekejap..'' pinta Hanif kepada Kamal.. Aku dan Pak Mail saling berpandangan.. Kamal memandang ayahnya, mengharap jawapan dari Pak Mail.. ''Angkatlah Kamal..'' kata Pak Mail lembut.. Kamal akur dan segera mengangkat bajunya.. Apabila bajunya terangkat, kelihatan beberapa tompok lebam hitam yang terdapat di badannya.. Tompok lebam itu jelas kelihatan kerana Kamal berkulit cerah.. Pak Mail seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.. ''Sekarang kamu boleh tutup balik baju kamu..'' kata Hanif.. ''Kenapa dengan badan kamu tuuu Kamal? Kesan lebam apa tuuu?'' soalan yang terpancul keluar dari mulut Pak Mail..
''Tak tau ayah.. Kesan gigitan nyamuk jeee kot..'' balas Kamal yang tidak selesa dengan keadaan seperti itu.. ''Aku tiada penyakit kan?'' tanya Kamal kepada Hanif.. Hanif tidak menjawab pertanyaan itu, hanya senyuman kelat yang terpamer di bibirnya.. ''Pak Mail dah boleh balik..'' kata Hanif sekilas memandang Pak Mail.. ''Macam mana dengan Kamal?'' tanya Pak Mail dengan wajahnya yang berkerut, aku tahu hatinya sedang gundah ketika ini.. Hanif tidak menjawab, tapi membiarkan dulu Kamal berjalan di hadapan agak jauh dari kami.. ''Malam nie, kita jelaskan kat Pak Mail..'' kata Hanif tenang.. ''Parah ke sakit anak Pak Mail tuu?'' tanya Pak Mail lagi yang cuba mendapatkan kepastian..
''Kita juga tak tahu Pak Mail.. Kita cuma membuat andaian.. Belum tentu benar apa yang kita fikirkan.. Kemungkinan juga ianya salah..'' jelas Hanif yang menunjukkan dia juga tidak pasti keadaan yang menimpa Kamal.. ''Habis tuuu, macam mana nie?'' tanya Pak Mail lagi.. ''Banyakkan berdoa Pak Mail.. Doa senjata paling ampuh.. Kita akan cuba berikhtiar..'' jelas Hanif lagi.. Satu keluhan berat dilepaskan oleh Pak Mail, dan dia segera meminta diri kerana Kamal sedang menunggu di dalam kereta.. Pandangan aku dan Hanif mengikuti langkah kaki Pak Mail sehingga Pak Mail hilang di balik pintu.. ''Sakit apa tuu Hanif..'' soalku ringkas.. ''Wallahu'alam.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..'' jawab Hanif sekilas memandang wajah aku.. ''Hanif dapat ubatkan tak?'' aku cuba menduga lagi.. Namun pertanyaan aku tidak dijawab, hanya senyuman yang menguntum di bibir Hanif..

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now