R U M A H G U R U

351 24 0
                                    

Kiriman pembaca dari Embun Yusof

#kisahseram Rumah Guru

Bertugas malam sebagai seorang pengawal keselamatan sudah menjadi kebiasan buat Manan. Alah bisa tegal biasa, sebelum Manan di tukarkan ke sekolah baru ini pun dia sudah acap kali di tugaskan pada waktu malam, menggantikan rakan-rakan yang mempunyai pelbagai masalah. Alhamdulillah, Manan jarang dilanda musibah.

"Manan, malam besok boleh kau tolong gantikan aku bertugas malam" Masih terngiang-ngiang suara Jamil meminta bantuan dari manan.

"Kenapa?" ringkas dan padat jawapan berbentuk soalan dari Manan, dia inginkan kepastian.

"Anak aku yang bongsu tu, demam panas dari semalam, hari ni pun isteri aku call badan anak aku masih panas" ada nada risau pada baris-baris bicara Jamil.

"Masyallah, bahaya tu Jamil..tak apa aku gantikan, kau jangan susah hati yer Jamil."

"Terima kasih Manan." Jamil tersenyum kelat antara gembira juga kerisauan.

"Sama-sama Jamil."

Tubuh Manan kesejukkan, sejuk benar rasanya malam ini. Lain dari malam-malam sebelumnya. Pada fikiran Manan mungkin kesejukkan pada malam ini disebabkan hujan yang telah turun petang tadi.

"Eh, kau tugas ke malam ni Manan?" Manan sedikit terperanjat dengan teguran dari rakan setugasnya.

"Kau Leman, bagi la salam, teperanjat aku."

" Ala kau ni, sikit-sikit pun terperanjat."

"Mesti la kau datang tiba-tiba jer, entah dari mana."

"Mana Jamil? Hairan aku dari tadi tak nampak bayang pun si Jamil ni" Leman duduk bersebelahan dengan Manan.

"Aku ganti dia malam ni."

"Aik..kenapa pulak dengan si Jamil tu."

"Anak dia demam panas."

"Oh..Jamil pun satu, tak maklum apa-apa pun semalam."

"Mungkin dia terlupa agaknya." Manan meyakinkan Leman.

Perbualan mereka terhenti apabila ada pelawat yang ingin melawat staf sekolah yang mendiami rumah guru yang berada dalam kawasan sekolah. Rumah guru yang dilihat Manan sebagai rumah lama dengan seni bina lama. Mengikut kata Leman, rumah guru sekolah ni memang sudah lama di bina cuma ditambah baik dari dinding papan kepada dinding konkrit. Ada empat buah semuanya siap berpagar. Dua berpenghuni, dan dua lagi tiada penghuni, gelap dan suram sahaja.

"Encik boleh masuk." Leman membenarkan pelawat tadi masuk kekawasan sekolah setelah dia berpuas hati dengan penjelasan pelawat untuk bertemu dengan staf sekolah yang mendiami rumah guru.

"Manan! Kau nak tahu tak?" Leman kembali duduk disebelah Manan.

"Tahu apa?" Manan berhenti menulis buku laporan pelawat.

"Rumah guru tu ada penunggunya." ah sudah si Leman ni, nak melawak tunggu la waktu siang, ngumam Manan dalam hati.

"Mengarut lah kau ni"

"Betul Manan, kau tengok rumah guru yang hujung sekali, rumah tu siapa pun tak boleh duduk tau." Manan menoleh melihat rumah guru yang berada tidak jauh dari pondok pengawal. Seram pulak rasanya.

"Kenapa pulak tak boleh duduk?" Manan semakin ingin tahu, Leman sudah lima tahun bertugas di sekolah ini. Dia lebih tahu selok belok dan juga cerita-cerita mistik yang terdapat disekolah yang dikelilingi ladang kelapa sawit.

"Kau nak tahu ker?" duga Leman.

"Mestilah." Manan bersungguh-sungguh ingin mengetahui kisah rumah guru yang dikatakan Leman.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now