M I M P I 2

258 21 3
                                    

Tajuk: Mimpi..
Part: 2..

Selesai solat fardhu Maghrib, aku berzikir barang seketika, menunggu selesainya Hanif dan Pak Mail dari mengerjakan solat sunat.. Setelah 5 minit berlalu, aku menghampiri mereka yang sudah selesai berdoa.. ''Assalamualaikum..'' sapaku kepada mereka.. ''Wa'alaikummusalam warahmatullah..'' balas mereka hampir serentak.. Hanif seperti biasa, memaniskan roman wajahnya dengan seulas senyuman.. Begitu juga dengan Pak Mail, menguntumkan senyuman di bibir, namun senyumannya kelihatan kelat, tidak semanis beberapa minggu yang lepas.. Aku tahu itu disebabkan oleh penyakit misteri yang dihidapi oleh anaknya, Kamal.. Kerana itulah lelaki yang berumur separuh abad ini kelihatan agak berdukacita..
''Macam mana dengan Kamal tuu Hanif? Hanif tahu dia sakit apa?'' soal Pak Mail setelah agak lama kami berdiam diri.. ''Wallahu'alam Pak Mail.. Kita juga kurang pasti.. Entah betul, entah salah sangkaan kita..'' jawab Hanif sopan.. Wajah Pak Mail semakin berkerut, semakin tua wajah lelaki itu.. Satu keluhan yang berat dilepaskan oleh Pak Mail, keluhan yang terbuku di dadanya.. ''Kesian Pak Mail..'' monolog hatiku bersendirian.. ''Sebelum nie, bagaimana cara Kamal dirawat yaaa Pak Mail?'' Hanif menyoal, mencari jawapan kepada sangkaan yang dibuatnya mengenai penyakit Kamal.. ''Macam biasa.. Dibacakan ruqyah.. Diberi minum dan diberi mandi air ruqyah..'' jawab Pak Mail dengan wajah yang kusam..
''Tidak nampak sebarang perubahan pada diri Kamal?'' soal Hanif lagi.. ''Mula-mula nampak dia kembali cergas, tapi bila 2-3 minggu selepas tuuu, terjadi balik perangainya tuuu..'' jawab Pak Mail dengan muka yang sungul.. ''Sekarang dia minum dan mandi air yang diruqyah tuu lagi laaa?'' tanya Hanif.. ''Sekarang tak.. Dia jarang makan minum.. Kalau disuruh-suruh, dia akan membentak..'' jawab Pak Mail jujur.. ''Astagfirullahalazim..'' aku dan Hanif segera beristigfar.. ''Kita ada satu soalan lagi Pak Mail.. Biasanya, Kamal tidur pukul berapa?'' soal Hanif.. Kali ini matanya memancar sinar kesungguhan.. ''Pak Mail pun tak pasti Hanif.. Tapi dia kebiasaannya akan masuk bilik selepas maghrib dan tak keluar, sehingga pagi esok..'' jawab Pak Mail..
Sedang rancak berbual, kedengaran muazzin melaungkan azan.. Kami segera mendiamkan diri, sungguh tidak terasa waktu cepat berlalu.. Selesai solat Isya', kami berjalan seiringan dengan Pak Mail.. Pak Mail menjemput kami, khususnya Hanif untuk melihat keadaan anaknya.. Semasa di dalam kereta Pak Mail, suasana sunyi sepi.. Hanya radio berbunyi, mengumandangkan suara Syeikh Sa'id Al-Ghamidi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dari surah Ali Imran.. Mulut Hanif bergerak-gerak berzikir, sambil pandangannya dilontarkan ke arah luar.. Pak Mail pula fokus memandang ke hadapan, namun aku tahu fikirannya sedang jauh melayang, seperti hatinya yang sedang rawan..
Setelah 15 minit perjalanan, kami sampai di hadapan rumah Pak Mail.. Kami segera keluar dari kereta dan meninjau-ninjau kawasan rumah Pak Mail.. ''Silalah naik ke rumah..'' pelawa Pak Mail.. ''Sekejap Pak Mail.. Mana bilik Kamal yaaa?'' soal Hanif.. Aku kehairanan dengan pertanyaan Hanif tersebut.. Tanpa berlengah Pak Mail terus menunjuk ke arah satu bilik.. Dari luaran, kelihatan bilik tersebut telah gelap.. ''A'uzubillahiminasysyaitonnirrojim..'' Kedengaran Hanif membaca taawwuz sebelum membuat sebarang tindakan.. ''Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..'' bisik Hanif lagi namun masih mampu didengari oleh kami..
Hanif mula menapak langkah, menuju ke arah bilik Kamal dari arah luar.. Tangan kanannya diangkat dan dihalakan ke arah bilik Kamal sambil mulutnya berkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran.. Aku dan Pak Mail hanya memerhatikan sahaja perbuatan Hanif itu.. Tiba-tiba angin semilir memukul-mukul lembut badan kami, dan pokok-pokok di sekitar rumah Pak Mail mula bergoyang-goyang.. Aku mula menjadi seram sejuk dan bulu roma aku mula merinding, berdiri tegak umpama terkena renjatan elektrik.. Aku dapat rasakan bahawa perbuatan kami sedang diperhatikan ketika itu, dan aku tidak mengendahkan perasaan takut yang menyelubungi diri.. Aku membacakan ayat-ayat suci al-Quran, manakala mata dan telinga aku aktif bergerak-gerak mencari sesuatu..
Setelah 10 minit berlalu, Hanif menghampiri kami dan menyatakan urusannya di luar itu telah selesai.. Pak Mail menjemput kami naik ke rumahnya.. Aku dan Hanif segera mengekori Pak Mail dari belakang, umpama anak itik yang mengekori ibunya.. Kehadiran kami disambut oleh isteri Pak Mail dengan ramah.. Pak Mail memperkenalkan kami kepada isterinya secara ringkas.. Aku dan Hanif tersenyum sambil mengangguk, mengiakan kata-kata Pak Mail.. Seterusnya mata kami terus terjurus ke arah bilik Kamal.. ''Nak kejutkan Kamal dulu ke?'' soal isteri Pak Mail.. ''Tak perlu makcik..'' kata Hanif beserta senyuman dibibirnya.. Kami berempat segera menghampiri bilik Kamal..
Pak Mail memegang tombol pintu bilik Kamal, dipulasnya dan ditolak.. ''Terkunci..'' kata Pak Mail ringkas beserta raut wajahnya yang tampak kecewa.. ''Biar saya cuba..'' kata Hanif.. Hanif memegang tombol pintu sambil mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu.. ''Bismillahirrahmanirrahim..'' ujar Hanif seraya memulas tombol pintu dan menolak ke belakang.. Pintu bilik Kamal terkuak.. Aku yang berada di tepi Hanif ketika itu hampir terjerit, terasa lutut mulai goyah.. Berbekalkan cahaya lampu dari ruang tamu yang memasuki bilik Kamal yang gelap, dalam kesamaran, aku ternampak sejenis makhluk menindih Kamal yang sedang tidur terlentang ke atas..
Apabila pintu terbuka, makhluk itu terus memandang ke arah kami.. Matanya seperti bersinar-sinar, manakala mulutnya membengis, menunjukkan taring yang tidaklah terlampau panjang.. Bajunya kuning kekusaman dan terdapat banyak kesan koyakan.. Rambutnya pula mengerbang kekusutan.. Sekali pandang, umpama orang tua yang tidak terurus.. Apabila melihat kelibat kami, makhluk itu terus pergi, ingin melepaskan diri melalui jendela yang tertutup.. Apabila dia melanggar jendela itu, makhluk tersebut terpelanting ke belakang.. Sekali lagi dia cuba melepaskan diri dengan melanggar dinding, kali ini juga terpelanting.. Pak Mail terus menekan suis lampu.. ''Taapp..'' Suis lampu ditekan, bilik Kamal menjadi terang benderang..
''Ada apa nie Hanif? Pak Mail rasa seram sejuk jeee..'' soal Pak Mail jujur.. Dia dan isterinya tidak nampak lembaga berupa perempuan tua di bilik anaknya itu.. Lembaga itu menyeringai memandang ke arah kami dan segera pergi ke arah kepala Kamal.. Serentak dengan itu kepala Kamal bergerak-gerak menggeletar dan menggeleng-geleng ke kiri dan kanan.. ''Makhluk tuu ada dalam bilik nie Pak Mail..'' aku mewakili Hanif menjawab pertanyaan itu seraya memandang muka Pak Mail dan isterinya.. Serta merta wajah Pak Mail berubah, isterinya juga menunjukkan riak takut.. Dipeluk erat tangan Pak Mail oleh isterinya.. Apabila aku memandang kembali ke dalam bilik, makhluk tersebut sudah tidak kelihatan..
Kepala aku terdongak-dongak seperti mencari sesuatu, tetapi tidak ketemu.. Aku menghela nafas lega.. Serentak dengan itu, Kamal bangun dan duduk bersila di atas katil.. ''Kenapa kau ganggu aku..!!!'' Kamal berteriak.. Suaranya persis seorang perempuan tetapi agak garau.. Pak Mail tergamam, manakala isterinya hampir-hampir menjerit.. Mujurlah dia sempat menutup mulutnya.. ''Assalamualaikum warahmatullah..'' Hanif memberi salam, memulakan bicara.. Salam Hanif tidak terjawab, hanya dengusan yang kedengaran.. ''Kenapa kau kacau aku hah..'' sekali lagi Kamal bersuara, namun nadanya mendatar pada kali ini.. Hanif hanya tersenyum manakala aku menelan liur..
''Sebenarnya siapa yang mengganggu siapa? Kamu yang mengganggu dia..'' Hanif berkata sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah Kamal, yang memaksudkan Kamal yang sebenarnya diganggu.. ''Aku tidak menganggu dia.. Buktinya, dia melayan aku.. Dia menyukai aku..'' kata makhluk yang sedang merasuk jasad Kamal.. Hanif hanya tersenyum seraya berkata, ''Dia melayan kamu kerana kamu menyerupai perempuan cantik, dan hadir di dalam mimpinya.. Kan?'' duga Hanif.. Kali ini pertanyaan Hanif tidak dijawab, bagaikan jawapan sudah terbongkar.. ''Kamu Jin Asyik kan?'' soal Hanif lagi.. ''Kamu hebat budak.. Sebelum ini belum ada perawat yang sedar akan kehadiran aku bersama manusia ini..'' kata Kamal dengan angkuh..
''Hebat itu hanya milik Allah.. Kita semua makhluk ciptaan-Nya, tiada satu kehebatan pun..'' balas Hanif.. Kamal mendengus kemarahan, rancangannya untuk membuatkan Hanif berasa sombong tidak berjaya.. ''Arrgghhhhh..'' Kamal menjerit serta berlari ke arah Hanif untuk merempuh keluar.. Hanif mengangkat tangannya dan menolak telapak tangannya ke arah Kamal.. Kamal terpelanting ke belakang, merempuh almari di belakangnya.. Dia segera bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan Hanif, jaraknya 8 kaki dari Hanif.. ''Kenapa kau mencampuri urusan aku?'' soal Kamal kemarahan.. ''Kamu menganggu dia, dia adalah saudara kita.. Sesungguhnya setiap Muslim adalah bersaudara..'' tenang Hanif berkata-kata.. Kali ini Kamal terdiam..
''Wahai Jin, mahukah kamu mendengar tawaran kita?'' soal Hanif beserta seulas senyuman.. ''Apa tawaran kau?'' kata Kamal mendengus.. ''Bertaubatlah kepada Allah, nescaya kamu tidak akan kita sakiti..'' kata Hanif beserta senyuman yang masih belum memudar.. ''Aku tak mahu..!!!'' balas Kamal sambil menghentak-hentak kakinya.. ''Jika begitu, keluarlah kamu dari tubuh saudaraku ini sebelum kita menggunakan kekerasan..'' kata Hanif yang masih cuba bertolak-ansur.. ''Aku tak akan..!!! Aku suka budak ini..!!! Aku cinta budak ini..!!!'' balas Kamal berteriak.. ''Uwais.. Tolong azan..'' pinta Hanif kepada aku.. Aku teragak-agak untuk melaungkan azan.. Apabila aku cuba untuk azan, Kamal memandang aku dengan wajah yang menyeringai garang, matanya tajam merenung aku..
Aku seperti terkaku, suara aku bagaikan tersekat di halkum.. ''Uwais.. Ingat Allah.. Allah adalah punca segala kekuatan.. Tiada daya dan upaya dapat memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah..'' kata Hanif sambil menepuk bahu aku.. Serentak dengan itu, aku seperti mendapat kekuatan dan keberanian.. Aku melaungkan azan dengan lancar sambil memejamkan mata..'' Arrggghhhhh..!!!'' Kamal menjerit dan menerpa ke arah aku dengan tangannya yang dihulurkan ke hadapan seperti ingin mencekik batang leher aku.. Dengan pantas kilat, sekali lagi Hanif menolak tangannya ke arah Kamal yang membuatkan Kamal terpelanting dan terduduk apabila merempuh almari di belakangnya..
Dengan pantas, Hanif membaca sebaris ayat suci al-Quran dari surah Yaasin dan menepuk lantai.. Serentak dengan itu, Kamal bagaikan terikat.. Kamal meronta-ronta melepaskan diri tetapi tidak berjaya, umpama diikat oleh rantai besi yang kejap, tapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar.. Pak Mail dan isterinya ternganga mulut melihat kejadian itu, antara percaya dengan tidak.. Hanif menghampiri Kamal perlahan-lahan.. ''Sekarang, kamu mahu keluar sendiri atau mahu kita keluarkan?'' soal Hanif kepada Kamal.. Aku tidak akan keluar..!!! Kalau kau keluarkan aku, aku akan datang kembali..'' kata Kamal menggertak.. ''Kamu memang degil..'' kata Hanif perlahan..
Hanif berdiri di belakang Kamal, dan kedua belah jari telunjuknya ditekankan di belakang telinga Kamal, di bawah cuping.. Sambil itu, mulut Hanif bergerak-gerak membaca ayat-ayat suci al-Quran.. Kepala Kamal menggeletar, seperti orang yang terkena renjatan elektrik.. Namun mulutnya masih memaki Hanif walaupun suaranya perlahan dan terketar-ketar.. Seterusnya, Hanif meletakkan tangannya di atas ubun-ubun Kamal sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran..
''Lau anzalna hazal quran a'la jabalilla roaitahu, khoshia'mmutassoddia'mmin khoshyatillah..'' kedengaran Hanif membaca penghujung surah al-Hashr, yang digunakan secara meluas untuk menghalau jin yang merasuk, diikuti oleh ayat-ayat suci al-Quran yang lain.. Kamal meronta-ronta apabila diruqyah.. ''Keluarlah kamu dan jangan menganggu anak cucu Adam lagi..'' kata Hanif dengan nada mendatar tapi terselit ketegasan.. ''Bismillahi Allahuakhbar..!!!'' Hanif separa menjerit seraya tangan kanannya menepuk belakang badan Kamal.. Serentak dengan itu juga, kelihatan asap kehitaman, tetapi seperti bersifat lut sinar, keluar dari kepala Kamal dan terbang keluar dari arah jendela bilik.. Kamal jatuh terjelopok, tidak sedarkan diri.. Pak Mail serta isterinya segera mendapatkan anak mereka..
Aku meraupkan wajah yang berkeringat, debaran rentetan peristiwa sebentar tadi masih berbaki di dalam jiwa.. Hanif mendapatkan aku, ditepuk-tepuk tangannya ke bahu aku dengan wajahnya yang manis tersenyum.. Kamal tersedar apabila wajahnya direnjis air oleh ibunya.. Pak Mail dan isterinya melepaskan nafas lega melihat keadaan anak tunggalnya itu.. Kami meninggalkan Kamal yang ditemani oleh ibunya, seterusnya ke ruang tamu.. Pak Mail begitu teruja bertanyakan soalan, mukanya menggambarkan masih bersisa perasaan cemas dan risau.. ''Jin apa tuu Hanif?'' soal Pak Mail cemas.. ''Itu Jin Asyik, Pak Mail.. Jin yang jatuh cinta dengan manusia..'' jelas Hanif ringkas..
''Habis tuuu.. Lepas nie dia datang kacau anak Pak Mail lagi tak?'' soal Pak Mail lagi.. Risau benar dia tentang keselamatan anaknya itu.. ''Wallahu'alam.. Insya-Allah, tak kot.. Cuma Pak Mail kena sentiasa memperdengarkan bacaan al-Quran dalam rumah nie.. Kalau boleh, biar ayat al-Quran meniti di bibir Kamal setiap hari khususnya, dan di bibir kita semua yang bergelar Muslim.. Sebab kalam Allah ini sangat ditakuti oleh golongan jin dan syaitan..'' jelas Hanif panjang lebar.. ''Macam mana perawat sebelum nie tak dapat kesan kehadiran jin tuu?'' soal Pak Mail kehairanan.. ''Jin tuu tidak bersarang di dalam badan Kamal lagi, tidak juga berdamping dengan Kamal.. Cuma dia memantau dari jauh.. Apabila waktu Kamal tidur, barulah dia mendatangi Kamal..'' kata Hanif dengan segaris senyuman.. Aku hanya menjadi pendengar yang setia, tidak menyampuk sabarang kata..
''Kenapa Kamal sampai lemah macam tuuu.. Kurus kering..'' tanya Pak Mail lagi.. ''Salah satu faktornya Kamal tak makan dan tak minum.. Mungkin jin tuuu dah tau isteri Pak Mail mencampurkan air bacaan ruqyah ke dalam makanan dan minuman Kamal..'' kata Hanif.. Pak Mail mengangguk angguk.. ''Salah satu faktor lagi mungkin sebab.. Mungkin sebab..'' Hanif teragak-agak untuk meneruskan percakapannya.. ''Sebab apa Hanif?'' soal Pak Mail yang tidak sabar menanti jawapan.. Satu keluhan berat dihembuskan oleh Hanif.. Selepas itu, dia menyambung ayatnya yang tergantung.. ''Mungkin sebab Kamal mimpi bersetubuh.. Jin tuuu mendatangi Kamal dengan wajah wanita yang cantik dan menawan, dan bersetubuh di dalam mimpi..'' jelas Hanif sambil menghela nafas..
''Astagfirullahalazim..'' aku dan Pak Mail mengucap istigfar hampir serentak.. ''Apabila bermimpi macam tuuu kerap kali, memang automatik badan akan menjadi lemah..'' Hanif menyudahkan kata-katanya.. Aku dan Pak Mail hanya mampu menggeleng-geleng kepala.. Aku mengerling ke arah jam tangan.. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 12.45 malam.. Aku memandang Hanif dan membuat isyarat untuk meminta diri memandangkan banyak kerja-kerja pelajaran masih belum disiapkan.. Hanif mengerti dan menyatakan hasrat kami.. ''Pak Mail.. Kami ingin minta diri dulu.. Banyak lagi kerja belum disiapkan..'' kata Hanif mewakili aku.. ''Ohhh.. Ohhh.. Kemari kemari.. Pak Mail hantarkan..'' pelawa Pak Mail.. Apabila memastikan Kamal dalam keadaan yang baik, kami meminta diri dari isteri Pak Mail pula.. Berkali-kali isteri Pak Mail mengucapkan terima kasih.. Kami hanya mengangguk dan tersenyum.. Kami terus masuk ke dalam kereta Pak Mail, dan Pak Mail terus memandu.. Kali ini wajah Pak Mail kelihatan ceria, asyik tersenyum-senyum.. ''Alhamdulillah..'' gumam hatiku sendirian..TAMAT

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now