E K S O T I K

238 23 1
                                    

"Aik, bulan ni sikit je Wak? Permintaan tinggi, susah lah saya kalau macam ni."

"Kau jangan risau Wan, Wak cari lah lagi nanti, kau pun tahu kan macam mana susahnya nak buru binatang-binatang ni."

"Saya bukan apa Wak, orang ramai tanya. Terutama dari seberang sana. Diorang suka benda-benda eksotik macam ni. Yang buat makan pun ramai, boleh tambah tenaga katanya."

"Iya.. Wak faham tu. Bulan depan kamu datang lagi, Wak janji sediakan banyak sikit."

"Ok, janji? Jangan tak on Wak. Susah saya nanti. Nah ni duit untuk yang bulan ni punya."

Wang kertas bersilih ganti, tangan berjabat tanda urusniaga telah selesai. Pak Masri atau lebih mesra dipanggil sebagai Wak, tersenyum melihat lori yang dipandu Wan menderu pergi. Di dalamnya terisi bersangkar-sangkar haiwan-haiwan hutan eksotik yang mana menurut Wan permintaannya agak tinggi. Wak tersenyum lagi melihat ikatan wang kertas di tangannya. Semuanya berwarna ungu. Kali ini senyumannya lebih lebar. Berniaga haiwan begini memang menguntungkan. Wak buang jauh-jauh rasa simpati pada haiwan, asalkan tiap-tiap bulan masyuk.

Wak Masri kembali semula ke belakang rumah. Di situ ditempatkan beberapa sangkar besar yang berisi binatang-binatang seperti monyet, sesumpah, biawak, orang utan dan lain-lain jenis lagi. Binatang-binatang ini masing-masing menjerit bising tatkala Wak Masri mendekati mereka. Mungkin mereka marah kerana dikurung sebegitu rupa. Habitat mereka bukanlah di dalam sangkar seksa ini, tapi di hutan yang penuh dengan ketenangan alam hijau. Keluarga dan kaum binatang-binatang ini semua ada di sana, tentulah sedih diculik dan dipisah. Haiwan juga punya hati dan perasaan.

"Diamlahh!" Wak Masri marah sambil menghentak batang kayu dipintu sangkar. Bergegar seluruh sangkar dan isinya. Monyet-monyet yang daripada tadi terlompat-lompat kini terdiam melutut membisu di sudut sangkar.

Semua haiwan ini bagai sudah tahu nasib apa yang bakal menimpa mereka selepas mereka dikurung. Tentunya nanti Wan atau sesiapa orang tengah akan datang dengan lori dan mengambil mereka semua untuk dijual. Nasib mereka selepas itu memang boleh dikatakan tidak baik. Terutama jika 'tuannya' seperti Wak Masri. Matanya kelabu dengan wang, jiwanya sudah hitam dengan gelodak nafsu kekayaan, rasa simpati pada haiwan sudah lama pudar. Dulu dia hanyalah pengait kelapa, tapi langsung ditinggalkan kerana perniagaan yang kini lebih menguntungkan.

Cash is king. Bak kata orang-orang kaya.

Dalam banyak-banyak binatang, yang paling kuat menjerit dan meronta adalah monyet-monyet. Dah nama pun monyet. Adakalanya mata mereka terkebil-kebil memandang Wak Masri yang sedang membersihkan sangkar besar di sebelah.

"Kau nak apa monyet? Duduk diam-diam tak boleh ke? Itulah.. aku cakap dulu jangan sibuk, jangan mengendap orang tengah buat kerja. Kan sekarang tak pasal-pasal duduk ramai-ramai dalam sangkar tu. Padan lah muka korang semua"

"Haish... Sepatutnya korang ni jadi kura-kura. Tengok dorang tu, senyap je kan. Tak macam korang, terlompat-lompat macam monyet.. Tapi nak buat macam mana, daging korang lagi manis, lagi sedap, orang pun lebih suka monyet daripada binatang lain.. permintaan tinggi! hahaha!"

Kali ni monyet-monyet tersebut semakin agresif, menjerit meronta-ronta mahu keluar dari sangkar. Seperti memahami apa yang Wak Masri cakapkan tadi. Wak Masri hanya tersenyum buat bodoh. Langsung tidak dihiraukan apa yang monyet-monyet tersebut lakukan. Wak Masri harus cepat bersihkan sangkar-sangkar yang lain, kerana banyak lagi haiwan-haiwan yang bakal disumbatkan ke situ.

Selepas selesai membersihkan sangkar, Wak Masri naik ke atas rumah untuk menyiapkan kelengkapan memburu. Satu batang kayu sebesar lengan, jaring dan beberapa utas tali dimasukkan ke dalam satu guni besar. Satu guni besar lagi juga dibawa untuk menyumbat binatang-binatang yang berjaya diburu nanti. Dua barang yang paling penting disediakan, iaitu kemenyan dan sebotol minyak. Kalau tak ada dua barang ini maka kerjanya tak boleh dilakukan. Wak Masri biasanya pergi memburu seorang diri, ini kerana dia bimbang aktiviti memburu binatang secara haram ini sampai ke pengetahuan orang-orang kampung.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now