I S T A N A L A M A 1

243 23 0
                                    

"Jauh lagi ke Han? Dekat satu jam lebih dah ni."

"Tak jauh dah. Ada lah dalam 30 minit lagi. Rileks lah Azri, kau tengok Zana tengah berdengkur lagi kat belakang tu."

Azri menjeling ke tempat duduk belakang. Tak sangka perempuan seperti Zana yang cantik manis ini apabila tidur berdengkur juga. Dengan mulut yang luas ternganga, tudung pula sudah senget-benget.

Johan, Azri, dan Zana. Tiga rakan sekerja ini ditugaskan ke satu tempat untuk menjalankan misi kerja-kerja arkelogi. Tempat yang mereka bakal tuju ini sudah sebulan lebih perancangan dan kajiannya, cuma bermula bulan ini setelah semua diluluskan barulah mereka dapat pergi. Mengikut beberapa kajian yang mereka telah lakukan, tempat ini terletak di sebuah daerah kecil luar bandar. Pada abad ke-18, daerah ini merupakan sebuah tempat yang gah di mata pedagang dan pelabur oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan teluk dan pantai. Ia menjadi satu pelabuhan yang masyhur dan sibuk suatu ketika dahulu. Ramai pedagang dari serata asia serta eropah singgah datang berurus niaga. Ia bagai menjadi satu pintu masuk utama perdagangan di negeri ini.

Tetapi kemasyhuran itu hanya sementara. Kini ia hanyalah sebuah pekan kecil yang tiada apa-apa boleh dibanggakan. Tidak ada begitu banyak kemodenan yang boleh didapati di sini, penduduknya hanya mencari rezeki berdasarkan komoditi utama di situ, iaitu bertani dan menjala ikan. Tidak seperti abad-abad dahulu, kini ia jauh berbeza. Kelihatan mundur. mengikut kajian yang mereka telah dapati, katanya Sultan yang memerintah tempat ini dahulu pernah bersumpah ke atas pekan dan negeri ini. Beliau bersumpah negeri ini mundur menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan. Tidak dapat dipastikan mengapa sumpahan itu berlaku. Pasti ada sesuatu yang pernah terjadi di situ. Mungkin ada logiknya juga mengapa daerah ini mundur.

Jadi tugas tiga rakan sekerja yang bekerja di bawah satu organisasi arkeologi ini adalah untuk mempelajari kehidupan manusia masa lalu dengan meninjau dan mengkaji dari peninggalan budaya dan juga artifak. Johan, Azri, dan juga Zana memang penggemar dan pencinta sejarah dan ilmu arkeologi. Jika tidak mereka tidak mengambil kursus yang sama sewaktu di universiti dahulu.

"Zana. Weh, kita dah nak sampai ini."

Terkejut Zana daripada lena. Barangkali putera raja yang rupawan sudah begitu hampir menyentuhnya tetapi suara daripada Johan dan Azri telah membantutkan mimpi indahnya. Potong stim bak kata orang. Terkocoh-kocoh dia membetulkan tudungnya yang sudah herot-berot. Mulutnya termuncung-muncung. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Johan berdesup laju melintasi papan tanda 'selamat datang' bertulisan jawi.

"Zana, cuba buka fail dan periksakan lokasi tempat sebenar yang kita nak tuju ni"

Pantas Zana membuka dan menyelak helaian-helaian kertas untuk mencari alamat. Jari telunjuk Zana dileretkan pada sebaris nombor di atas sehelai kertas.

"Nak aku bacakan koordinatnya ke Han?"

"Tak perlu, baca sahaja alamatnya, lebih mudah." Johan tersenyum sambil melihat cermin pandang belakang. Zana masih kelihatan mamai. Kenderaan mereka kini berpusing-pusing mencari arah tuju tempat lapangan yang mereka hendak tuju. Dugaan awal. Mereka nampaknya mempunyai kesukaran untuk mencari. Azri memberi idea, adalah lebih baik jika bertanya dengan masyarakat setempat. Mereka lebih tahu.

Tayar kereta berhenti betul-betul di sebuah gerai tepi jalan. Orang-orang di situ melihat mereka dengan riak muka hairan. Rata-ratanya sedang menikmati sarapan. Iyalah, orang luar datang kampung. Mereka mesti berasa hairan. Azri turun daripada kereta, memberi salam lalu mendekati mereka. Gaya pemakaian Azri yang berjaket dan berkasut but tinggi membuatkan kening masing-masing terangkat. Ditambah pula dengan gaya jalannya yang kelihatan sedikit maskulin.

Azri kemudiannya menyapa semua yang ada di situ. Masuk tempat orang mestilah pandai menjaga diri, budi dan santun jangan dibuang jauh. Orang-orang kampung nampak selesa dengan Azri.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now