R E D R O O M

320 22 0
                                    

"KALAU kau teringin nak rasai pengalaman game online yang baru, cuba klik link ni..."
Fendi menatap pesanan ringkas dari sahabatnya, Miyo melalui peti pesanan Facebook sambil mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja. Tidak lama tadi dia telah menghantar pesanan kepada sahabatnya itu menyatakan bahawa dia sudah bosan bermain game online yang sama asyik berulang-ulang. Dia inginkan sesuatu yang baru yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Jadi Miyo telah membalas dengan memberikannya satu link seperti yang tertera pada kaca skrin.

Fendi seakan-akan teragak untuk menekan pada link tersebut kerana menurut Miyo, ianya merupakan pautan yang akan membawa dirinya jauh ke web yang 'paling dalam' dan agak merbahaya untuk orang awam sepertinya. Untuk ke pautan itu pula, dia tidak boleh sekadar copy paste di kotak carian Google atau Yahoo dan yang seangkatan dengannya tetapi dia perlu memuat turun satu carian enjin khas bernama Tor.

"Kau akan rasai pengalaman yang paling menyeronokkan dalam hidup kau sebab web ni bukan macam web biasa yang orang selalu guna. Ada banyak lagi input-input web yang tak pernah kita jumpai di web biasa tetapi ada di dalam web ni. Welcome to other site of the web, bro! Itu pun kalau ada bran lah haha XD..."

Pesanan terakhir sahabatnya itu sedikit sebanyak telah menggugat kejantanannya namun dalam pada masa yang sama dia turut berasa cuak untuk melayari web 'paling dalam' itu. Silap-silap hari bulan dia boleh ditangkap oleh pihak berkuasa kerana telah mencerobohi kawasan larangan. Tetapi jiwa mudanya meronta-ronta untuk dihidangkan dengan perkara-perkara baru yang mencabar lagi ekstrim.
Tanpa menunggu panjang dia terus menekan link tersebut sambil mengikut setiap langkah-langkah yang telah diberikan oleh Miyo.

Dengan bertemankan bunyi guruh yang berdentam-dentum di luar dia menantikan dengan penuh kesabaran untuk masuk ke dalam web tersebut yang dikatakan akan mengambil masa yang agak lama. Sambil menunggu dia membuang pandang ke luar tingkap sambil melihat langit yang semakin memekat di luar. Suasananya seperti bukan waktu tengahari tetapi seperti waktu nak senja. Mendung sangat. Setelah lama menunggu sehingga dia sempat tertidur akhirnya simbol loading yang sedari tadi terpampang di skrin telah hilang.

WELCOME TO OUR WEBSITE; THE RED ROOM

Fendi tersenyum senget sambil membaca kata-kata aluan dari web tersebut yang seakan menerima baik kehadirannya. Rasa tak sabar-sabar pula menunggu permainan baru yang akan dimainkan olehnya tidak lama nanti.
Dia kemudiannya terus membaca beberapa pesanan yang tersedia oleh pemilik web khas buat para pengunjungnya. Menurut pesanan tersebut, pemilik web adalah merupakan sebuah organisasi persendirian yang menjalankan beberapa eksperimentasi terhadap suatu subjek yang dijalankan secara live broadcast di mana para pengunjung web yang berminat untuk turut serta perlu membayar beberapa amaun Bitcoin (sejenis duit perantara atas talian) sebelum dapat turut serta menjalankan eksperimen terhadap subjek dengan memberikan arahan seperti yang kita inginkan melalui chat box yang telah tersedia.

Wow!

Fendi tergamam. Dia berasa begitu teruja sekali membaca peraturan permainan tersebut kerana tidak pernah lagi di dalam seumur hidupnya dapat menyaksikan sebuah eksperimen nayata secara live di mana dia dapat turut serta menjalankan kajian tersebut! Dengan perasaan yang teruja dia terus memindahkan amaun Bitcoin seperti yang telah diarahkan tanpa sedikitpun berasa was-was. Dia sangat yakin yang permainan kali ini pasti berbaloi walaupun dengan bayaran Bitcoin yang agak tinggi.

Setelah transaksi berjaya, Fendi telah dibawa ke satu laman baru di mana terdapat skrin kamera live yang memaparkan satu susuk manusia yang telah diikat pada kerusi sambil kepalanya ditutup dengan kain guni di dalam sebuah bilik kecil. Subjek hanya ditemani dengan sebuah lampu neon di atasnya dan sebuah komputer di atas meja tidak jauh darinya. Di sisi skrin kamera, terdapat satu chat box di mana para pengunjung dapat berinteraksi dengan admin web yang juga merupakan ketua kepada eksperimen tersebut. Tidak lama kemudian muncul satu susuk tubuh manusia bertopeng Anonymous sedang berjalan ke arah komputer sambil menaip sesuatu di atasnya.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now