A N A K

607 44 3
                                    

Zila sedang membasuh pinggan apabila mendengar anaknya tertawa kecil di ruang tamu. Dia hanya tersenyum, lalu menghabiskan basuhan dan pergi mendapatkan anaknya. Sarah, satu-satunya buah hati Zila sedang melukis sambil sekali sekala tersenyum lebar.

"Seronoknya anak ibu nie," tegur Zila sambil mengelus lembut kepala anaknya.

"Amy dan Lia buat lawak ibu," balas Sarah sambil menggosok krayon di lembar lukisannya.

"Ye la," balas Zila sambil terus memerhatikan anaknya melukis.

Sejak anaknya petah bercakap di umur 3 tahun, dia sudah terbiasa mendengar nama Amy dan Lia itu. Namun, dia tidak pernah bertemu mereka. Dia faham perkembangan minda kanak-kanak turut melibatkan ciptaan 'kawan imaginasi'. Setakat ini, tiada perkara yang membimbangkan pernah berlaku jadi dia tidak pernah menganggap itu perkara yang serius. Walaupun nama Amy dan Lia itu amat mengejutkan dirinya sewaktu mula-mula anaknya Sarah bercerita tentang mereka. Nama itu membawa dia mengimbau kembali kenangan silam yang pahit, 3 tahun sebelum kelahiran Sarah.

*****

Zila mengigit jari. Fikirannya jadi bercelaru. Alat pengesan kehamilan yang dipegangnya direnung lagi. Sudah hampir 10 kali dia membelek sampul alat itu. Sah, 2 garis yang kelihatan mengesahkan ketakutannya.
Dia kembali ke bilik, lalu duduk di birai katil. Faiz yang sedang berbaring, memeluknya dari belakang.

"Kenapa nie sayang," soal Faiz lembut, melihatkan wajah kelam Zila.

"U..."

"Ye sayang," balas Faiz.

"I pregnant," jawapan Zila membuatkan mata Faiz terbeliak. Dia bingkas bangun dan duduk di sebelah Zila.

"U pasti?" soal Faiz. Zila hanya mampu mengangguk.

"Macam mana nie U?" soal Zila lagi. Kali nie, nadanya mendesak, menyesakkan fikiran Faiz yang tiba-tiba kusut.

"I akan sediakan wang. Kita cari tempat yang elok ye," balas Faiz. Zila hanya mengangguk.

Tiada kata yang perlu diungkapkan untuk menjelaskan tentang keputusan dan persetujuan antara mereka. Mana mungkin mereka akan membiarkan bayi ini lahir sedangkan mereka sendiri belum berkahwin. Aib yang akan menimpa menjadi sebab utama untuk mereka memilih jalan ini. Petang itu, mereka ke sebuah klinik di bandar, yang mengesahkan lagi kandungan Zila.

"Sudah masuk 8 minggu," hanya itu kata-kata Doktor yang bermain di fikiran Zila sewaktu Faiz memandu mereka pulang ke rumah usai perjumpaan dengan Doktor itu.

2 minggu yang berikutnya, Zila kembali ke klinik yang sama. Petang, setelah kembali dari klinik, Zila ambil cuti seminggu dari tempat kerjanya manakala Faiz setia menjaga Zila.

6 bulan berikutnya, perkara yang sama berlaku dan sekali lagi mereka melakukan 'itu'. Walaupun ketika itu mereka sedang membuat persiapan untuk melangsungkan pernikahan, mana mungkin mereka teruskan dengan kandungan itu. Apa kata orang bila sudah bersalin sedangkan baru beberapa bulan berkahwin? Kandungan berusia 10minggu itu dihapuskan di klinik yang sama oleh Doktor yang sama.

Faiz dan Zila tidak pernah membincangkan tentang kandungan mereka ini, mereka hanya tahu ini adalah satu-satunya jalan yang mereka ada, tiada yang lain. Namun jauh di sudut hati Zila, disimpan kenangan ini sebaik mungkin. Gambar scan kedua-dua kandungannya disimpan rapi, siap dicatatkan masa dan tarikh, untuk ingatan.

Memang dia telah 'membunuh' mereka tetapi dia berjanji kepada dirinya, dia tidak akan melupakan 'mereka' sehingga ke akhir hayatnya. Inilah dosanya yang tidak akan tertebus. Dalam fikirannya yang naïf, dia mengharapkan agar 'mereka' ini sudah berbahagia sebagai pari-pari kecil di syurga. Hanya untaian doa yang tidak putus kepada pari-pari ini supaya 'mereka' memaafkan dia, yang telah merampas hak 'mereka' untuk lahirkan ke dunia. Walau apapun alasan, tiada apa yang menghalalkan perbuatan ini dan Zila tahu, inilah dosa yang akan dipikul sehingga ke akhirat kelak. Dan dia namakan mereka, Amy dan Lia.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now