V I D E O C A L L

534 34 1
                                    


"Aku nak share cerita dengan kau ni Ekin."Aku pandang wajahnya melalui video call yang kami buat, biasa je kawan aku ni macam selalu aku tengok je wajahnya.Manis, sweet-sweet macam selalu cuma dah dekat dua minggu dia tak muncul di alam maya berbual dengan aku macam biasa.Dia duduk jauh dari aku, tapi kami memang lah pernah berjumpa sebelum ni.

"Kau nak cerita fasal apa?"aku tanya.Tunggu dia bercerita. Dia beri isyarat tunggu sekejap aku nampak dia bangun dan keluar daripada pintu biliknya.Aku tetap menghadap skrin menunggu dia masuk ke dalam bilik.

Dari video call yang kosong aku melihat pintu bilik Liya terbuka sedikit.
"EH dia ni boleh pula acah-acah nak masuk."aku merungut sendiri.Boleh jadi dia sengaja tidak menarik rapat pintu nya tapi aku dengar jelas melalui speaker dia menarik pintu nya kuat.
Lima minit aku menunggu,tetapi bayangan Liya lansung tidak muncul,pintu yang separuh terdedah bertambah lebar bukaan nya.Hati aku merasa tidak sedap.Mana Liya ni?
Aku merenung skrin yang terbuka...tiba-tiba sebuah anak patung beruang milik Liya tercacah di hadapan skrin, terkejut aku di buatnya!
""Liya... liya kau ada sana ke?"aku menjerit memanggil Liya.tetapi suasana tetap sunyi sepi.Skrin komputer masih juga terbuka, aku masih boleh melihat keseluruhan bilik liya yang kosong, anak patung beruang milik Liya juga lenyap daripada skrin.Pintu yang tadi nya terbuka sudah kembali tertutup.Aku memerhati lagi..menanti Liya muncul.

Tiba-tiba skrin menjadi gelap. Tetapi kami masih pada status conected. Apa jadi ni?aku tertanya-tanya, beberapa saat kemudian skrin menjadi terang tetapi di dalam bilik Liya aku melihat ada banyak bayangan hitam berlegar-legar seperti terbang tidak tentu hala terkurung di dalam bilik.

"Tak boleh jadi ni, aneh benar situasi ni."aku berjeda. Aku berkira-kira mahu menelefon sahaja si liya ni terus,tetapi aku terpandangkan telefon pintar liya di tepi skrin.
"Memang kena tunggu Liya muncul semula."

"EKIN...."liya tiba-tiba muncul di skrin.Pelik!daripada tadi aku memerhatikan skrin Liya, serius aku memang tak nampak dia masuk melalui pintu.

"Kau pergi mana Liya?lama aku tunggu..."tanya aku.
"Aku ke dapur lah buat air milo ni ha...eh aku nak sambung cerita dengan kau ni. Nak dengar tak?"tanya liya kembali,
"Aku tunggu sikit punya lama ni sebab nak dengar cerita kau lah."jawab aku.

"Kau ada nampak benda pelik dekat dalam bilik ni tak tadi."tanya nya. Aku telan air liur.Mesti lah aku nampak.
"Kau nampak kan ada aktiviti paranormal dalam bilik ni."tanya nya lagi. Aku mengangguk.
"Tu lah yang aku nak cerita dengan kau ni...."
"Sebelum ni ada ke gangguan seram macam ni dalam bilik kau Liya."
"Tak ada lah. Semua nya bermula masa aku pergi bercuti minggu lepas dekat sebuah tempat peranginan."
"Kau pergi bercuti...?"Bila masa pula Liya pergi bercuti, tak ada pula Liya memberitahu dia apa-apa.

"Masa dekat hotel tu... aku dah rasa lain macam. Masuk je bilik aku dah bau semacam, macam bau bangkai.Yang pelik aku je bau, kawan yang lain tak ada bau pun."
"Malam pertama je dia ganggu aku, tarik selimut, tarik kaki. Main air dalam bilik air."

"Habis kau tak minta tukar bilik?"kalau dah kena ganggu macam tu baik tukar bilik, buat apa nak tunggu. Kira si Liya ni berani lah.. tapi sejak bila dia jadi berani macam ni?

"Tu lah, aku dah minta tapi tak ada bilik kosong.malam kedua dia buat lagi. Bunyi seram datang dari atas bumbung dengan balkoni. Tiba-tiba dalam bilik karpet basah macam ada orang siram. Tengah malam sikit, katil aku bergegar macam ada orang gegar ramai-ramai."

"Mak aih...seram nya aku Liya."
"Aku rasa benda dari hotel ni ikut aku balik lah."Liya berbisik.
"Mesti lah dia ikut, mesti dia asyik kacau kau je kan?"
"Memang...dah dekat 5 hari aku tak dapat tidur. Aku takut Ekin..kau mesti tolong aku."
"Tak nak aku Liya...aku pun penakut nak tolong kau macam mana?"
"Tolong aku ekinnn....." masa tu aku nampak pintu bilik Liya terbuka sendiri, aku dapat melihat jelas bayangan hitam masuk ke dalam bilik dan tiba-tiba video call terpadam sendiri.

Aku dail lagi untuk mendapatkan Liya tetapi langsung tidak dapat aku hubungi.
Aku dail pula nombor telefon Liya, tetapi tidak berangkat.aku cuba sekali lagi buat video call tapi ia tetap sama hampa sahaja. Aku mula kerisauan, pada siapa aku hendak bertanya.aku cuba sekali lagi dengan harapan Liya akan menyambut panggilan aku.

Video call bersambung... gambar bilik Liya kembali tertayang pada skrin tetapi ia kosong tanpa Liya. Biliknya juga tetap macam tadi.
Baru sahaja hendak berpaling, wajah Liya muncul...
Dia tersenyum dan memanggil nama aku.
"Wey...."belum sempat aku bertanya Liya, telefon aku berbunyi. Nama Liya tertera pada skrin.

"Liya..kau okey, kenapa tak cakap dalam video call je."macam peluru aku bertanya.
"EH ekin kau dah kenapa ni?...video call... agak-agak lah. Aku tak ada on line pun." Jawapan Liya menyebabkan aku memandang kembali skrin yang terdedah... hitam kosong!
"Kau jangan nak takut kan aku Liya."
"Takut kan apa, aku kat rumah tok aku, tak bawa laptop pun..."
"Habis tadi dengan siapa aku berbual?"

Ekin merasa seram sejuk. Adakah dia berbual dengan hantu?

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREDonde viven las historias. Descúbrelo ahora