I S T A N A L A M A 3

161 19 1
                                    

Semakin lama, kapal tersebut semakin hampir. Azri semakin resah, dia terus menyorok di balik pokok-pokok kecil. Kapal tersebut nampak bukan seperti kapal biasa, ini kerana reka bentuknya kelihatan agak purba dan menakutkan. Badannya daripada kayu, kain layarnya tinggi berwarna hitam dengan koyak-rabak. Beralun-alun ditiup angina kuat. Semboyan dibunyikan lagi untuk menandakan ketibaan barangkali. Azri tak jadi untuk turun memandangkan keadaan agak bahaya. Dia naik semula ke atas tebing selepas menyedari ada puluhan orang anak-anak kapal sedang bersiap sedia untuk turun daripada kapal misteri itu. Penampilan, pakaian serta wajah mereka sangat menakutkan. Kesemuanya berpakaian lama serba hitam serta bertopeng.

Entah dari mana tiba-tiba muncul pula beberapa kapal-kapal yang berekabentuk sama di kiri dan kanan kapal utama tadi. Mungkin Azri tak perasan ia muncul dan bergerak dari celah-celah kabus di sekeliling laut. Azri kira satu-satu, ada 10 buah kapal kesemuanya. Di dalamnya juga terdapat puluhan anak kapal yang turut berpakaian seragam sama seperti yang lain tadi, nampaknya mereka sedang bersedia untuk turun menuju ke pantai. Azri pantas naik ke atas lalu menyorok di sebalik pokok besar. Langit semakin hitam menandakan alamat tidak baik. Sebenarnya mereka semua ini siapa? Atau adakah Azri sekarang berada di dimensi lain?

Azri lihat ratusan anak kapal tadi berkumpul membuat satu barisan di pantai. Kesemua mereka sudah bersiap sedia memegang mengangkat senjata.

Guruh berdentum, kilat sabung menyabung, langit semakin hitam. Nampaknya segalanya baru bermula. Dalam beberapa milisaat lagi semuanya akan tercetus, peperangan hebat barangkali.

...............................................

"Han, lebih baik kita keluar dari sini. Kita turun ke bawah dan minta bantuan orang kampung untuk sama-sama mencari Azri. Mereka lebih tahu tentang tempat ni!"

"Zana.. Kau tak perasan ke semakin kita masuk ke hutan ni, permandangan dan suasananya semakin aneh. Aku pun tak tahu di mana jalan asal kita masuk tadi. Semuanya nampak lain dan asing."

Zana terduduk mendengar kata-kata Johan. Sebenarnya sejak dari di penjara lama tadi dia sudah tidak sedap hati. Dia pun bersependapat dengan Johan. Kawasan ini jika semakin di lihat, rasanya semakin aneh. Perasaannya juga lain tidak seperti mana sewaktu awal-awal mereka datang siang tadi. Bagaikan berada di sebuah tempat lain.

"Johan.. aku rasa Azri mungkin tersesat jalan disebabkan perkara ini."

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri kerana mereka tahu, mereka berdua juga telah tersesat disebabkan perkara yang sama. Mereka mungkin sedang berada di alam atau dimensi lain sekarang ini. Zana terkebil-kebil apabila tiba-tiba terdengar sesuatu.

"Hann.. bunyi apa tu..?"

Telinga Zana cepat menangkap suatu bunyi yang didengari tidak jauh dari tempat mereka berdiri sekarang ini. Johan khusyuk mengamati bunyi tersebut.

"Ini.. ini macam bunyi tapak kaki, dalam bilangan yang agak ramai!"

Johan dan Zana terdiam membatu. Mereka ketakutan sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan untuk memastikan dari mana datangnya arah bunyi tersebut. Bunyi derapan tapak kaki yang jika dikira-kira seperti dalam bilangan ratusan orang. Semakin lama bunyi itu semakin menghampiri mereka. Johan menarik Zana supaya bersembunyi di balik tembok-tembok runtuhan bangunan usang. Sambil itu mereka tercari-cari bunyi yang semakin kuat.

"Zana, tengok tu!"

Johan terkejut apabila terlihat satu rombongan orang yang berpakaian melayu lama sedang berjalan beramai-ramai di kawasan lapang di pinggir hutan hadapan sana. Entah dari mana datangnya. Johan mahupun Zana langsung tidak menyedari kehadiran mereka ini. Tahu-tahu sahaja sudah mucnul di sana. Mungkin mereka beramai-ramai meredah menyelusuri hutan ini. Beratus-ratus orang kesemuanya. Tidak terkira, memang ramai. Pakaian mereka serba merah dipadankan dengan rona hitam, siap bertanjak lagi. Dari segi lagak dan gaya macam pahlawan. Senjata seperti keris dan tombak juga tersisip rapi.

WELCOME TO YOUR NIGHTMARETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon