D E E P W E B

1.1K 30 2
                                    


Admin ada terbaca satu artikel yang bertajuk Pengalaman Masuk Ke Deep Web. Kisahnya bermula ada seorang mamat ni dia seorang budak technician yang buat kerja service/repair laptop.

Dipendekkan cerita, dia kena tolong betulkan masalah internet connection kat laptop seorang pekerja di sebuah pejabat. Semasa dia tengah betulkan laptop pekerja tu, dia buka laptop dia juga untuk check internet connection.

Tiba-tiba laptop dia terscan satu network yang agak ganjil, dia tanpa fikir panjang terus connect network tu di laptopnya. Selepas beberapa minit, laptop dia tiba-tiba freeze, dia mula rasa aneh adakah masuk virus ke apa. Dia terus buat hard reset.

Bila laptop dia on balik, screen dia berkelip-kelip dan browser dia terbuka sendiri. Dia syak laptop dia dah dijangkiti malware, mungkin berpunca dari network tadi. Dia cuba disconnect network tu tapi tak dapat. Dia cuba buat hard reset balik namun tiba-tiba keluar chat box kat screen laptopnya.

Dalam chat box tu ditulis:

"Hello. I want to talk to you. You need to leave this network now. This is your last warning."

Mamat ni ingat ni mesti automatic pop up mesej yang sengaja nak bagi hacker takut. So dia pun sengaja balas chat tu.

"Or what?"

Response yang dia terima lepas itu membuatkan dia berasa takut. Dia terima list informasi tentang diri dia, nama, alamat, nombor telefon, kredit kad dan juga nama ibu bapa dia. Webcam laptopnya terpasang dan dia telah diperhatikan oleh seseorang melalui network itu.

Selepas itu dia menerima gambar-gambar yang mengerikan seperti gambar mayat-mayat yang dibunuh kejam, video manusia bunuh diri, video cannibal dan korban manusia.

Dia berasa sangat takut lalu tutup laptopnya dan terus pulang ke rumah. Keesokan paginya dia mengalami pengalaman yang ganjil. Dia pergi ke sebuah bangunan yang besar dan unik. Dia masuk ke dalam sebuah bilik kosong. Ketika dia mahu patah balik, dia tak menjumpai pintu keluar.

Dia mula gelisah dan ketika itu, siling bilik itu terbuka dan muncul seorang lembaga lelaki. Lembaga itu adalah orang yang beri mesej kepada dia semalam. Dia begitu takut kerana diekori. Tiba-tiba lembaga itu bertukar menjadi syaitan yang bertanduk dua......

Selepas admin baca lembaga itu bertukar menjadi syaitan, admin terus stop baca artikel tu. Binawe sungguh, ingatkan artikel ni kisah benar tentang deep web. Haram jadah sungguh.

Admin agak kecewa jadi admin ingin kongsikan kekecewaan admin kepada anda semua. Harap anda semua kecewa ye. hehehhehehehe..

p/s sorry kalau korang kecewa. kalau ada story best admin kongsikan ye. ;)

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin