°empat°

7.2K 295 9
                                        

Lima tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima tahun yang lalu...

Mata aku sangat pedih dan kepala aku terasa sangat sakit. Apakah yang terjadi semalam? Rasanya ada orang serang aku ketika pulang dari kampus semalam. Kenapa tangan aku terasa berat sekali? Siapa perempuan ini. Ah! Jahanam. Siapa pula main game dengan aku ni. Aku perlu pergi. Eh! Inikan bilik aku. Sejak bila pula aku ada dalam bilik ini.

Izz menolak kasar tubuh perempuan itu sehingga terjatuh dari katil. Dia baru perasan tubuhnya langsung tidak dibaluti apa-apa. Tangannya pantas menarik comforter menutup tubuhnya. Dia cuba melihat wajah perempuan di sebelahnya tetapi perempuan itu menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Sakit kepala Izz semakin menjadi-jadi.

"Izz! Apa Izz buat ni?" jerkah satu suara yang sangat dikenalinya.

"Daddy... Izz tak buat semua ini. Izz diperangkap." Izz merangkak turun dari katil lalu memeluk kaki Dato' Afzan.

Perempuan itu pula terus lari keluar dari bilik setelah disergah oleh Dato' Afzan. Air mata lelaki separuh abd itu mengalir laju membasahi pipi. Sungguh dia tak sangka anak yang diharapkannya jadi begini. Tubuh Izz ditolaknya kasar sehingga kepala lelaki itu terkena bucu katil. Izz mengaduh kesakitan sambil menahan darah yang mula mengalir.

"Izz tak buat daddy. Izz masih tahu batas agama. Percayalah daddy." Izz merayu sungguh-sungguh. Sekali lagi dia memeluk kaki Dato' Afzan. Dia tidak berdaya untuk berdiri kerana kepalanya sangat sakit dan tubuhnya bagai tiada tenaga.

Pandangan mata Izz menangkap susuk tubuh Izhaan yang sedang sedang memeluk tubuh di pintu. Bibirnya mengukir senyuman sinis dan bagaikan mengejek apa yang sedang dilalui oleh lelaki itu sekarang. Ahh ! Semua ini angkara Izhaan. Apa dosa aku pada kau sampai kau perlakukan aku begini.

"Aku kecewa sangat dengan kau. Kau yang paling aku percaya boleh jaga nama baik keluarga ini. Tapi apa yang kau buat Izz? Kau hancurkan keluarga ini. Kau bukan anak aku lagi Izz. Pergi dari sini. Kau jangan tunjukkan lagi muka kau." Kata-kata Dato' Afzan mengubah reaksi wajah Izz.

Izz mencapai tangan tua itu lalu diciumnya. Dia tidak pernah buat perkara terkutuk itu. Dia tak pernah hancurkan hidup mana-mana perempuan pun. Izz memandang Izhaan tajam. Tak semena-mena dia bangun lalu melangkah ke arah Izhaan. Satu tumbukan hinggap di pipi Izhaan. Tidak cukup dengan itu, disepak pula kembarnya itu berkali-kali. Hatinya bertambah sakit apabila Izhaan tidak melawan malah hanya tersenyum saja. Dia tahu, lelaki itu memang sengaja berbuat demikian.

"Stop it Izz! Kau pergi dari sini. Pergi!" Dato' Afzan menarik tubuh Izz. Satu tamparan hinggap di pipi anaknya itu.

"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan jantan itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman," jerkah Izz lalu mengutip pakaiannya yang berterabur di atas katil.

Dia segera menyarung kembali pakaiannya. Tidak satu pun barang di dalam bilik itu yang diambilnya. Semua kad kredit dan wang yang diberi oleh Dato' Afzan dikeluarkan lalu dilempar ke atas katil. Hanya motosikalnya sahaja dibawa pergi kerana itulah satu-satunya harta miliknya. Tanpa disedari, air mata jantan Izz turut gugur. Dia sedih kerana bercakap kasar dengan Dato' Afzan sebentar tadi. Sepatutnya dia tidak terlalu mengikut emosi sehingga begitu sekali.

"Izz... Kau okay tak?" Raysha mencuit bahu sahabatnya itu apabila perasan Izz sedang mengelamun jauh.

Iz segera menyeka air matanya. Dia segera menguntum senyuman untuk Raysha. Kepala gadis itu diusap perlahan. Bibir Raysha yang lebam dipandang sayu. Dia mula terbayangkan wajah Izhaan yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya. Sakitnya hati ini tiada siapa pun tahu. Tidak puas lagikah Izhaan perlakukan dirinya begitu sehingga hendak libatkan Raysha pula. Tak mungkin sebab kopi itu sahaja Izhaan perlakukan Raysha sedemikian rupa. Dia yakin sangat bahawa Izhaan mempunyai agenda yang lain.

"Izz, aku dahaga teh tarik mamak kat depan tu lah. Jom keluar," ujar Ray tiba-tiba.

Iz mengangguk. Tangannya segera mencapai kunci motosikal bersama helmetnya. Raysha hanya mengikuti langkah Izz menuruni anak tangga pangsapuri. Ketika Izz sedang menghidupkan enjin motosikal, ada seseorang memanggil lelaki itu. Wajah Raysha terus mencuka melihat pemilik suara itu.

"Elina. You buat apa di sini?" soal Izz tersenyum senang.

"I saja nak datang cari you. Tak sangka pula jumpa di sini. I boring laa di rumah. Nak ajak you lepak ja," ujar Elina.

Raysha sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Kenapa perempuan ini selalu muncul saat dia hendak bersendirian dengan Izz. Kenapa perempuan ini macam sengaja berbuat demikian.

"Oh ya. I pun nak keluar lepak sebenarnya dengan Ray. Kalau you sudi jom la join." Izz menepuk-nepuk bahu Raysha . Raysha menguntum senyuman pahit.

"Ray okay ke. I macam ganggu je," ujar Elina sambil memandang Raysha di sisi Izz.

"It's okay. Korang keluarlah berdua. Aku balik dulu." Raysha terus melangkah pergi meninggalkan Izz terpinga-pinga. Air matanya terus jatuh membasahi pipi. Sedaya upaya dia mengesat air matanya dengan lengan. Kenapa aku lemah sangat jika berkaitan dengan lelaki ini?

"Ray..... Please jangan begini. Aku takkan pergi kalau kau tak suka. Kau ingat janji aku kan. Aku takkan tinggalkan kau. Kau kan sahabat aku dunia akhirat. Aku kan milik kau. Kau ingat lagi janji persahabatan kita kan." Entah dari mana Izz muncul sambil menarik lengan Raysha.

"Pergilah Izz. Aku okay ja. Serius aku tak tipu. Kau kan dah lama nak dekat Elina itu. Inilah masanya. Kau kena tawan hati dia. Takkanlah sebab aku kau nak tolak peluang baik." Raysha meleraikan pegangan tangan Izz.

Izz memandang ke dalam mata sahabatnya itu. Dia tahu Raysha sedang menipu dirinya. Dia menarik tangan Raysha ke arah Elina yang sedang menunggu di tangga pangsapuri. Dia segera memeluk bahu Raysha setibanya di hadapan Elina.

"Jom pergi. I akan drive kereta Ray. You tak kisah kan," ujar Izz.

Kenapa korang rapat sangat jika korang hanya kawan biasa? Aku takkan biarkan hubungan mereka terus begini. Aku akan jauhkan Ray daripada Izz. Sakitnya hati aku lihat kemesraan mereka. Adakah Izz cintakan Ray? Tak mungkin Izz akan simpan perasaan pada perempuan seperti ini.

Raysha perasan akan perubahan reaksi wajah Elina sewaktu Izz memeluk mesra bahunya. Apa boleh dibuat. Dia dan Izz memang sangat rapat. Pertemuannya dengan Izz lima tahun lepas sangat bermakna untuknya. Izz telah membantunya ketika diragut oleh seorang penagih dadah. Kebetulan pula hari itu ialah hari pertamanya berada di kota Kuala Lumpur ini. Walaupun sudah lama kenal dengan lelaki itu, Izz sangat berahsia tentang keluarnya. Apabila ditanya tentang keluarga, dia hanya tersenyum sahaja.

×××

1035 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now