°dua puluh tujuh°

6.2K 213 7
                                        

AKU di mana sekarang? Kenapa sekeliling aku sangat gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU di mana sekarang? Kenapa sekeliling aku sangat gelap. Adakah aku sudah mati? Kalau ini memag benar, aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Aku akan pergi kepada kehidupan yang abadi.

"Izz.... Bangunlah. Izz....." suara siapa pula tu. Kenapa dia seakan-akan menangis? Aku perlu mencari pemilik suara itu. Tapi, itukan suara Ray. Kenapa dia menangis pula?

Aku berjalan tanpa arah tuju dalam kegelapan itu. Suara tangisan Ray semakin jelas kedengaran di telinga aku. Sayu saja mendengar dia memanggil namaku berulang kali. Mana aku nak cari kau Ray? Aku tak tahu di mana aku berada sekarang. Mata aku dapat menangkap satu susuk tubuh yang sangat aku kenal. Izhaan? Aku cuba mencapai tangannya. Malangnya bayangan itu terus hilang bagai ditiup angin.

Aku semakin mara melangkah ke depan. Cahaya apakah yang terang itu? Aku segera menutup mataku dengan kedua-dua belah tangan. Semakin lama aku semakin memasuki cahaya itu sendiri dan ...............................

Perlahan-lahan mataku dibuka. Cahaya terang itu datangnya dari lampu yang berada di atas kepalaku. Aku cuba menelan liur, tapi terasa pedih sekali tekak. Di mana aku berada sekarang? Sukarnya aku nak gerakkan tangan aku. Belakang badanku juga terasa pedih.

"Izz..... Kau dah sedar. Aku panggil doktor dahulu." ujar Ray lalu berlari keluar dari bilik tersebut.

Aku ternampak seorang lelaki berkot putih melangkah ke arahku. Dia segera memeriksa keadaan aku tanpa banyak bicara. Kemudian dia bercakap dengan seorang wanita yang berdiri di sebelahnya. Mungkin seorang jururawat.

"Encik Izz ada sakit di mana-mana?" soalnya. Aku hanya menggeleng lemah.

"Baiklah kalau begitu. Saya keluar dahulu. Nanti akan ada jururawat datang pantau keadaan Encik Izz." doktor itu terus pergi.

Aku memandang Ray yang berada di sisiku. Wajahnya jelas sekali menggambarkan kerisauan. Aku dapat rasa jemari Ray mula menggengam tanganku perlahan. Tidak henti dia mengesat air matanya yang degil mengalir.

"Kau jangan buat aku risau lagi okay?" ujarnya perlahan.

Aku hanya mampu mengangguk lemah. Aku tiada daya untuk bercakap. Hujung bibirku juga terasa agak pedih. Ray ada memberitahuku bahawa bibir sedikit luka disebabkan wayar oksigen yang disambung kedalam saluran pernafasan. Mujurlah ia sudah dikeluarkan setelah keadaanku kembali stabil.

Mataku dapat menangkap bayang Izhaan di pintu bilik. Dia mula melangkah ke arahku dan dibelakangnya adalah Elina. Kenapa dia ada sekali? Sunguh aku tak faham.

"Syukurlah kau dah sedar Izz. Aku risau betul tengok kau terlantar tak sedarkan diri." Izhaan mengusap rambutku. Mataku masih lagi tertancap pada Elina. Izhaan perlu jelaskan perkara ini.

"Elina adalah isteri aku." ujar Izhaan apabila bagaikan memahami apa yang bermain di fikiranku.

"Ya Izz. Izhaan adalah suami yang saya ceritakan pada awak. Maafkan saya." Elina menundukkan wajahnya.

Aku cuba mengukir senyuman. Sekarang aku rasa sangat bodoh kerana dipermainkan orang sekeliling. Apa lagi yang korang sembunyikan pada aku? Kenapa kau mudah sangat ditipu Izz Aryan. Dulu kau tak begini pun.

"Maafkan aku Izz. Aku tahu aku salah." Izhaan menjauhi aku sedikit.

Ray menghampiri aku semula lalu mengusap bahuku perlahan. Aku langsung tak mampu berbuat apa-apa sekarang. Aku menghela nafas panjang. Aku memandang Izhaan dan Elina.

"Korang... Tak bersalah... Aku dah lama... Maafkan apa yang... Korang lakukan...." ujarku tersekat-sekat.

Izhaan terus memeluk aku. "Aku dah tak ada sesiapa lagi kecuali kau Izz. Daddy dah buang aku dari hidup dia. Kau memang baik Izz."

"Ray... Aku nak tidur. Aku letih..." Ray segera mengangguk. Izhaan dan Elina pula melangkah keluar meninggalkan kami berdua.

"Tidurlah dulu." Ray mengusap kepalaku perlahan.

Mataku kembali terpejam rapat. Sungguh aku sangat letih dengan permainan dunia ini. Bolehkah aku tidur buat selamanya?

+Okay part ini pendek sikit sebab takda idea.. ✌✌✌✌

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now