'Cinta tak semestinya memiliki'
"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan
Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
IZHAAN memandang ke arah Raysha yang sedari sejak tadi asyik menundukkan pandangannya. Dia bercadang untuk memberitahu perkara yang sebenar pada keluarganya dan juga keluarga Raysha. Tapi kuatkah dia untuk mengungkap kebenaran tersebut. Dato' Afzan memandang ke arah anaknya itu. Entah apa yang penting sangat hendak diberitahu oleh Izhaan hingga memaksa dia pulang dari Dubai secepat mungkin.
"Sebelum itu, saya nak minta maaf atas apa yang bakal saya sampaikan ini. Saya langsung tiada niat nak menyakitkan hati mana-mana pihak." ujar Izhaan lemah.
Izz berdehem memecah kesunyian lalu dia menyuruh Izhaan menyambung semula percakapannya. Situasi sekarang kelihatan agak tegang.
"Ann dah berkahwin dengan seorang perempuan kerana dia dah mengandung." hanya itu yang diungkapkan oleh bibir Izhaan.
Dato' Afzan sangat terkejut. Dia menghampiri Izhaan lalu menampar pipi anaknya itu hingga hujung bibir Izhaan berdarah. Mujurlah Izz menahan Dato' Afzan dari terus menyakiti Izhaan.
"Saya nak putuskan terus hubungan dengan keluarga ini. Saya tak mahu anak saya berhubungan dengan keluarga seperti Dato'." Ujar Encik Mansur.
Encik Mansur terus menarik tangan Raysha keluar dari banglo tersebut. Hati tuanya sangat terguris mendengar kebenaran tersebut. Bapa mana yang sanggup melihat anaknya ditipu begitu. Dia ingatkan Izhaan lelaki yang baik. Malangnya langsung tidak.
"Aku tak pernah ajar anak aku belakangkan keluarga. Aku juga tak pernah ajar anak-anak aku halalkan benda yang haram." jerkah Dato' Afzan. Dia menolak Izz ketepi lalu melangkah ke arah stor.
Dato' Afzan kembali semula dengan membawa sebatang kayu golf. "Biar aku ajar kau cukup-cukup. Kau memang dari dulu lagi tak guna." tubuh Izhaan terus dilibas tanpa belas kasihan.
"Aku memang silap dalam besarkan korang. Aku memang bapa yang tak guna. Sejak dahulu, aku bagi semuanya cukup pada kau Izhaan. Tapi ini kau balas." jerit Dato' Afzan.
Izz terus berlari memeluk Izhaan. "Stop daddy. Stop !" jerit Izz. Malangnya Dato' Afzan terus menggila malah terus melibas tubuh Izz.
Puas memukul anak-anaknya. Dato' Afzan melepaskan kayu golf tersebut. Tubuhnya terus tersandar pada dinding. Hati tuanya meraung sekuat hati. Entah apalah dosanya hingga diuji begini. Salahkah dia dalam mendidik anak-anaknya.
Izhaan segera menarik Izz apabila terasa ada darah mengalir di pipinya. Izz sangat lemah dengan rongga hidungnya tanpa henti mengalirkan darah. "Maafkan aku Izz. Izz....." raung Izhaan. Belakang tubuh Izz dipenuhi kesan calar dan berdarah.
Izhaan memandang ke arah Dato' Afzan. Matanya merah sahaja kerana menangis.
"Memang daddy bagi semuanya cukup pada Ann. Tapi daddy lupa yang Ann juga perlukan kasih-sayang. Sejak kecil Ann diabaikan. Daddy sedar semua itu? Kalau daddy beritahu perkara sebenar tentang Izz, mungkin Ann akan mengalah. Tapi apa yang daddy buat? Daddy abaikan Ann. Daddy buat macam Ann tak wujud. Sebab itu Ann dendam pada Izz. Pada darah daging Ann sediri." jerkah Izhaan.
"Sakit Ann....." Izz terus tidak sedarkan diri. Izhaan terus merangkul tubuh Izz menuju ke arah kereta. Belakang badannya juga terasa pedih dan sedikit berdarah kerana dipukul tadi. Tapi dia harus fikirkan kembarnya dahulu.
"Kenapa kau tolong aku Izz. Aku memang layak dihukum Izz. Aku anak tak guna." Izhaan mengenggam tangan Izz sambil memandu kereta menuju ke hospital. Air matanya mengalir bercampur darah di hujung bibirnya yang pecah.
Setibanya di hospital, Izz terus dimasukkan ke dalam zon merah. Izhaan pula hanya dirawat sebagai pesakit luar kerana kecederaanya tidak teruk.
"Encik waris kepada Izz Aryan?" soal seorang doktor lelaki.
Izhaan mengangguk. Tubuhnya terasa agak sengal selepas lukanya disapu dengan ubat. Tangannya juga terdapat kesan calar.
"Encik Izz sekarang tidak sedarkan diri. Dia lemah sangat dan kritikal. Kami harap encik banyak bersabar ya." doktor itu menepuk bahu Izhaan perlahan lalu melangkah pergi.
"Maafkan aku Izz........" raung Izhaan lalu terus jatuh terduduk. Lemah sekali kakinya ketika itu untuk terus berdiri.
Izhaan melangkah menuju ke arah ruangan yang menempatkan Izz. Dia hanya dibenarkan melihat Izz dari luar bilik tersebut sahaja. Banyak wayar yang berselirat di atas tubuh itu. Wajah Izz juga kelihatan sangat pucat dan tubuhnya dipenuhi kesan luka. Sepatutnya dia yang berada di situ dan bukannya Izz.
"Aku berdosa dengan kau. Kau kena kuat Izz." Tangan Izhaan mengusap cermin di hadapannya. "Sejak dahulum aku selalu menyusahkan kau Izz. Aku memang tak guna kan. Daddy pun cakap aku anak tak guna." Izhaan menumbuk dadanya perlahan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
+Susahnya lahai nak cari gambar diorang berdua. 😕 +Ada yang ni saja yang nampak normal sikit. 😑