°lima°

6.9K 295 11
                                        

IZZ memicit kepalanya yang kesakitan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IZZ memicit kepalanya yang kesakitan. Sakit yang dialaminya itu semakin teruk sejak beberapa hari lepas. Darah yang mengalir melalui rongga hidungnya dilap dengan belakang telapak tangan. Matanya dipejam erat memikirkan penyakit yang dihidapinya itu. Takkanlah........

"Izz, kau okay ke? Kaunter kau kosong je dari tadi. Cik Suzy dah bising tu. Kalau kau tak sihat aku suruh Amat je gantikan," tegur Raysha .

Kalut Izz mengelap darah yang berbaki di hidungnya.

"Tak apa. Aku okay je. Kejap lagi aku masuk."

"Betul ke kau okay ni? Pucat je muka kau." Raysha menghampiri Izz lalu melekapkan tangannya pada dahi lelaki itu. Izz segera menepis tangan Raysha . Tindakan Izz mengejutkan Raysha .

"Keluarlah. Kan aku dah cakap aku okay. Kau pergi sana dulu. Kejap lagi aku pergi," ujar Izz separuh menjerit. Dia cuba melawan sakit yang dialaminya ketika itu.

Ray tersentak. Dia terus melangkah keluar dari bilik rehat meninggalkan Izz. Pelik juga dia rasa. Izz tak pernah seperti itu pun sebelum ini.

Tekaknya terasa loya pula. Izz berlari ke tandas lalu memuntahkan segala isi perutnya. Apa yang tak kena dengan aku ni? Sisa muntah Izz bercampur dengan darah. Izz jatuh terduduk di atas lantai. Dia bagaikan tiada kudrat untuk berdiri.

"Janganlah kau datang lagi." Darah yang mengalir semakin bertambah banyak sehingga Izz tak dapat mengawalnya lagi. Pandangan Izz menjadi sangat kelam dan dia terus tidak sedarkan diri.

"Weh Izz. Kau kenapa ni?" Amat yang baru masuk ke dalam tandas segera mendapatkan Izz yang terlantar di lantai. Pipi Izz ditampar perlahan-lahan supaya lelaki itu sedar.

"Amat... Bawa aku ke Klinik Dr. Herman sekarang. Jangan sampai Ray nampak aku begini." Suara Izz kedengaran tersekat-sekat.

"Okay aku bawa kau. Kau tahan ya." Amat segera memapah Izz keluar dari tandas lalu menuju ke arah kereta Viva miliknya yang berada di belakang kafe. Mujurlah hari ini dia terasa nak bawa kereta datang kerja.

Amat memandang Izz di kerusi penumpang di sebelahnya. Darah yang mengalir dari rongga hidung Izz membuatkan tekaknya agak loya. Maklumlah, manusia yang takut darah sepertinya memang tidak mampu memandang cecair itu lama-lama. Amat cuba berbual dengan Izz sepanjang perjalanan. Dia tidak mahu Izz terus tidak sedarkan diri.

"Izz, kita dah sampai. Aku panggil doktor kejap ya. Kau tunggu sini." Amat berlari ke dalam klinik untuk mendapatkan Dr. Herman. Tidak lama selepas itu Amat kembali semula dengan seorang lelaki separuh abad.

"Ya Allah Izz. Nurse cepat ambil wheelchair." Doktor Herman mengusap pipi Izz yang berbekas dengan darah. Wajahnya jelas terpancar kerisauan yang amat. Izz segera dimasukkan ke bilik rawatan.

Amat mundar-mandir di tempat menunggu. Dia sangat buntu sekarang ini. Pada siapakah dia hendak khabarkan keadaan Izz. Pada Ray? Oh tidak. Dia dah janji pada Izz sebentar tadi. Dia juga tak kenal keluarga Izz. Ahh! Serabutnya. Tidak lama selepas itu Doktor Herman keluar dari bilik rawatan.

"Encik boleh pulang dahulu. Tentang Izz jangan risau. Dia tak apa-apa. Tubuhnya cuma terlalu panas sahaja hingga menyebabkan pendarahan. Izz perlu berehat di sini dahulu," ujar Doktor Herman.

Amat menarik nafas lega. Risau juga jika Izz ada penyakit lain yang teruk. Selepas melawat Izz, Amat mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Lagipun keadaan Izz agak lemah dan keadaan itu menghalangnya untuk berbual dengan lebih lanjut.

"Tuan Izz, penyakit kamu kembali lagi. Malah ia makin teruk. Kamu perlu beritahu Dato' Afzan," ujar Doktor Herman.

Pandangan mata Izz tajam menusuk mata Doktor Herman. Dia tidak suka nama itu disebut di hadapannya. Biarlah dia mati sekalipun, perasaan bencinya takkan pernah hilang pada lelaki itu.

Izz menarik kolar baju Doktor Herman kasar.

"Jangan pernah sebut nama dia.Aku lebih rela mati sendiri daripada mati di samping dua orang manusia di banglo itu. Doktor janji dengan aku takkan beritahu tentang hal ini pada dia."

"Tapi tuan......" Izz segera memintas kata-kata Doktor Herman.

"Jangan doktor. Aku pergi dulu. Ingat doktor!" Izz terus keluar dari bilik rawatan.

Doktor Herman segera mendapatkan Izz yang berura-ura untuk keluar dari kliniknya. Sebungkus plastik yang berisi pelbagau jenis ubat diserahkan pada Izz. Sempat juga dia berpesan kepada Izz agar sentiasa mengambil ubat itu mengikut dos dan masa. Izz berjalan menghampiri tempat perhentian yang berhampiran. Jalan raya masih sesak dengan kereta. Gelap malam sudah mula melabuhkan tirainya. Matahari juga semakin hilang dari menyinari bumi ini. Izz mengeluarkan telefon bimbitnya. Baru dia perasan terdapat begitu banyak mesej daripada Raysha. Tidak cukup dengan itu, Raysha juga menelefonnya.

Ray 3:00 P.M

Kau pergi mana Izz?

Ray 3:30 P.M

Izz! Mana kau pergi ni. Kau tak pernah pun tak reply mesej aku. Jawab laa call aku

Ray 4:45 P.M

Reply laa Izz. Aku risau ni. :'(

Maafkan aku Ray. Aku tak boleh jumpa kau untuk beberapa hari ini. Keadaan aku sangat tidak mengizinkan aku berhubung dengan dunia luar. Kenapa penyakit aku perlu kembali lagi. Aku sangat lemah sekarang. Dahulu, mummy ada di sisi aku dan sentiasa memberi semangat untuk aku. Kini, aku tiada sesiapapun. Mummy, Izz sakit mummy. Sakit sangat. Tanpa disedari, air mata jantan Izz gugur membasahi pipi.

×××

808 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now