°tujuh belas°

5.7K 261 21
                                        

"KENAPA Izz tak jawab panggilan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA Izz tak jawab panggilan aku. Mana dia pergi? Mungkin dia dengan Elina sekarang." Raysha meletakkan kembali telefon bimbitnya.

Semenjak Izz dan Izhaan pulang ke Kuala Lumpur, dia terasa sunyi sahaja. Jika tidak hari-hari dia bergaduh dengan dua orang manusia itu. Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan terdapat notifikasi. Raysha terus mencebik melihat mesej tersebut.

Izhaan 9:50 P.M

Good Night sweetheart 😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Good Night sweetheart 😘

Ray 9:52 P.M

Selfie macam orang tua 👴.

Izhaan 9:54 P.M
Biarlah. Kau tak rindu aku ke?

Ray 10:00 P.M

Memang taklah. Gila ke kau ni.
Dah la, aku nak tido.

Izhaan 10:00 P.M
Yelah. Bye my babe 💑

Tanpa disedari, bibir Raysha mengukir senyuman membaca perbualannya dengan Izhaan. Walaupun Izhaan sering mengganggu hidupnya, dia senang dengan kehadiran lelaki itu.

"Dah kenapa anak ibu senyum sendiri tu. Dah berbaik dengan Izhaan ya," tanya Puan Maya lalu mengambil tempat di sebelah Raysha .

Raysha menggeleng. Dia segera bangun dari pembaringan lalu memeluk lengan ibunya. Puan Maya segera membelai kepala anaknya. Hatinya terasa sikit tenang apabila dekat dengan ibunya. Semenjak Izz dan Elina ada hubungan, rakannya itu tidak pernah menghubunginya. Dia cuba menyedapkan hati bahawa Izz sudah ada yang punya dan dia tidak patut mengganggu hubungan Izz dan Elina.

"Kenapa dengan Reen ni. Ibu perasan dua tiga hari ini kamu moody saja atau lebih tepat selepas Izz balik. Reen ada apa-apa nak kongsi dengan ibu." Puan Maya menarik tangan Raysha ke dalam genggamannya.

Air mata Raysha mula mengalir mendengar kata-kata ibunya. Puan Maya selalu sahaja perasan akan perubahan dirinya. Di kala dia sedih atau gembira, ibunya sentiasa di sisi dan sudi mendengar semua masalahnya.

"Ibu, Ray sayangkan Izz lebih daripada seorang kawan. Ray tak pernah kenal Izhaan pun. Dia muncul dalam hidup Ray setelah Ray tolong dia dari kena rompak. Izz tak pernah nampak perasaan Ray ibu. Dia dah ada orang lain. Orang yang sangat dia dambakan." Tangisan Raysha makin menjadi-jadi.

Puan Maya mengesat air mata anaknya. Sungguh dia tidak tahu akan perasaan anaknya terhadap Izz. Dia ingatkan Izhaan adalah kekasih Raysha. Puan Maya memeluk erat Raysha lalu mengucup ubun-ubun anaknya.

"Hati Ray sakit sangat selepas dia beritahu Ray yang dia dah ada relay dengan perempuan itu. Ray sakit ibu... Sakit sangat." Raysha mengemaskan lagi pelukannya.

"Ibu tak kisah dengan siapa Reen nak berkawan. Izz adalah budak yang baik. Mungkin dia tak nampak Reen sebab dia dah anggap Reen sebagai sahabat sejatinya. Izhaan juga baik. Ibu nampak dia cuba berbuat baik dengan kamu. Reen fikirlah baik-baik," ujar  Puan Maya.

Raysha meleraikan pelukan Puan Maya lalu mengesat air matanya. Ray memandang ke dalam mata ibunya. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Betul cakap ibu, kedua-dua mereka memang ada kebaikan masing-masing. Sudahlah Ray, Izz sudah bahagia sekarang. Kau pun perlu mencari kebahagian kau sendiri. Sudah tiba masanya untuk kau menjadi Raysha Izreen yang dahulu.

Ya, aku perlu kembali pada fitrah aku kembali. Ray yang dahulu tidak pernah menangis sebab lelaki. Ray yang tidak sekasar sekarang. Ray yang tidak pernah bergantung pada orang lain. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku perlu lupakan Izz Aryan. 

"Ibu, Ray nak further study. Ray nak bawa diri pergi jauh dari sini. Rasanya duit yang Ray himpun untuk sambung belajar sudah cukup. Ibu izinkan tak?" soal Raysha dalam tangisan. Sedaya-upaya dia mengesat air matanya yang degil mengalir.

Puan Maya mengangguk. Itulah yang dia ingin dengar semenjak hari pertama anaknya itu mengambil keputusan untuk bekerja demi melanjutkan pelajaran. Bukannya dia dan suaminya tidak mempunyai wang untuk membiayai pengajian Raysha, anaknya itu sahaja yang degil kerana ingin menyambung pelajaran menggunakan duitnya sendiri.

"Esok Ray akan balik KL dan uruskan beberapa urusan. Then, selepas selesai semua tu baru Ray balik ke sini," ujar Raysha tersenyum.

Raysha melangkah ke arah meja belajarnya untuk mengambil beg sandangnya. Matanya dapat menangkap objek berbentuk empat segi di dalam begnya. Ini ialah diari yang ada pada Izhaan. Sejak bila pula Izhaan letak sini. Raysha mengeluarkan diari itu lalu menyelak helaian demi helaian hinggalah muka surat yang terakhir. Sekuntum mawar yang sudah kering jatuh dari muka surat itu.

Raysha Izreen Binti Ahmad Mansur

Kau pernah baca cerita Beauty and the Beast kan. Okay apa yang aku cuba kaitkan dekat sini tak ada kena mengena dengan cerita itu pun. Just nak cakap kau tu beast dan aku pula beauty dalam cerita itu.

Okay aku serius kembali. Kau ingatkan waktu aku belasah kau belakang kafe tu. Bodohnya aku buat begitu. Memang dayus gila lelaki belasah perempuan. Tapi kali kedua jumpa kau tujal kepala aku pula kan.

Tipulah kalau aku cakap aku tak ada simpan perasaan pada kau. Kalaulah kau boleh dengar bunyi degupan jantung aku ni kan, mesti kau ketawakan aku separuh mati. Iyalah, mamat handsome macam aku ni pandai cover tahu. 

Aku jujur ni yang aku memang cintakan kau. Tapi aku takut nak cakap depan-depan. AKu curi tulis dalam diari kau je. By the way, aku tak baca diari kau okay. Sumpah ! Aku tak tahu isi kandungan dalam ini. Aku pinjam page akhir je nak tulis ini.

Kalau kau dah sedia nak terima aku baru kau beritahu aku okay. Kalau tidak kau layan je aku macam biasa dan kau tak pernah baca pun luahan aku ni. Bukannya apa, aku ini lelaki yang sangat pemalu. Okay bye. I love you 👉👈

Izhaan Lutfil

Tawa Raysha terus meletus secara tiba-tiba. Apa masalah manusia ini. Baru je tadi aku menangis bagai. Kalaulah Izhaan ada depan matanya memang dia akan bahan lelaki itu. Baru kenal dua tiga hari dah jatuh cinta bagai. Izhaan ni lawaklah.

×××
919 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now