'Cinta tak semestinya memiliki'
"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan
Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"WELCOME to Axoc Cafe sir. May I take your order?" soal Izz sambil tersenyum.
"One iced mocha." Ketat saja muka lelaki itu membuat pesanan.
"Okay sir. RM 7.19 sir." Menyampah betul melayan pelanggan yang seperti ini. Aku punyalah tersenyum bagai nak patah rahang. Tengok muka aku pun tidak ya. Tahu laa kaya pun. Betul lah dia kaya. Guna credit card pun gold punya tahu. Menyampah betul.
Lelaki itu terus pergi setelah mengambil pesanannya. Izz pula tak henti-henti mengutuk lelaki itu di dalam hati.
"Izz... Malam ni jom lepak jalan TAR nak? Ada buskers terbaik punya dekat sana. Amat dengan Joe pun nak join." Terjah Raysha yang entah dari mana muncul.
Izz yang terkejut segera mengurut dadanya. Tak boleh ke dia datang bagi salam baik-baik. Ini tak main terjah aku saja. Nasib aku ni bukan sakit jantung.
"On ja. Tapi kau belanja aku makan malam ni boleh? Pokai sikit laa." Izz tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
Raysha membulatkan matanya. Bukannya dua hari lepas baru terima gaji ke. Biar betul si Izz ni. Dia shopping apa sampai habis.
"Kau jangan nak bohong. Gaji kau mana? Saja kan kau ni nak habiskan duit aku pula."
"Alah Ray. Boleh laa. Aku malas nak pergi bank sebenarnya. Bukan selalu kau belanja aku tau." Jari Izz mula berjalan di bahu Raysha.
Raysha menepis tangan Izz. Geli pula dibuatnya. Akhirnya dia setuju saja dengan permintaan rakannya yang seorang itu. Ray segera berlalu ke dapur apabila ternampak Elena baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe. Gadis itu pasti akan memilih kaunter yang dijaga oleh Izz.
"Weh Ray......... Dah hilang plak." Izz tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila Raysha sudah tiada di sisinya. Baru sahaja nak minta tolong sikit. Tak boleh diharap betul.
"Hi Izz," sapa Elena.
Izz mengalihkan pandangannya ke arah Elena. Dia sedaya upaya mengawal reaksi wajahnya yang sangat gembira melihat Elena. Hari ini Elena mengenakan sehelai jersi berlengan panjang bersama legging sahaja. Dari gayanya seperti baru pulang dari gym.
"You nak order apa-apa?" soal Izz.
Elena pantas menggeleng. Dia hanya singgah sebentar untuk bertemu dengan Izz sahaja.
"You free tak sekarang? Temankan I makan boleh?" Elena hanya tersenyum.
Izz menggeleng-geleng kepalanya. Memanglah dia tidak free sekarang sebab sekarang ini waktu bekerja. Lagipun waktu lunch lambat lagi. Elena hanya tersenyum melihat gelengan Izz. Dia segera meminta diri untuk ke tandas sebentar. Izz pula kembai menongkat dagunya di kaunter.
"Izz, awak boleh keluar dengan Elena sekarang. Kaunter awak Ray akan isi. Pergilah." ujar Cik Suzy yang muncul di hadapan kaunternya.
"Tapi ini bukan waktu rehat. Mana boleh begitu. Saya ada kerja lagi kan." Izz menolak sungguh-sungguh.
Elena muncul tersenyum senang di belakang Cik Suzy. Sebenarnya Cik Suzy adalah rakan baiknya. Jadi dia hanya meminta pertolongan wanita itu untuk melepaskan Izz sebelum waktu rehatnya.
"Pergi sajalah," arah Cik Suzy.
Izz menundukkan sedikit wajahnya tanda terima kasih. Dia segera menanggalkan apron lalu bergegas ke bilik loker untuk menukar pakaian. Setelah menukar pakaian, Izz mendapatkan Elena yang sudah menantinya di hadapan kafe.
"You drive ya." Elena menghulurkan kunci keretanya kepada Izz.
Wohoo! Porsche. Eh, tapi aku macam pernah lihat kereta ini. Tapi di mana? Nombor plat pun hampir sama. Takkanlah..... Ah! Abaikan lah. Mungkin kebetulan saja ni. Takkanlah Elena kenal dengan manusia seorang itu.
"Kita nak pergi mana ni El?" soal Izz apabila menghidupkan enjin kereta. Dah lama rasanya dia tidak memandu kereta sebegini. Jika dahulu dia mempunyai sebuah Nissan Fairlady yang dihadiahkan oleh Dato' Afzan. Tapi itu dahululah.
Elena di sebelahnya hanya diam seperti memikirkan sesuatu. Izz pula memandu kereta perlahan-lahan menyelusuri kesesakan Kuala Lumpur sambil menanti jawapan Elena.
"Temankan I ke resort daddy I di Port Dickson boleh? I rindu nak makan steak dekat sana. You should try it too," ujar Elena keriangan.
Izz hanya meneruskan pemanduan tanpa sebarang kata. Port Dickson adalah tempat yang banyak menyimpan kenangannya bersama mummy. Lama dia tak ke situ setelah mummy sakit.
"Hey Izz. You menungkan apa?" sergah Elena.
Izz segera mengesat air mata yang hampir mengalir. Nasib baik tak mengalir lagi. Kalau tidak hilang macho aku.
"Are you okay Izz?" soal Elina lagi.
Izz menggeleng kepalanya lalu kembali fokus pada pemanduan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Amat tertera pada skrin telefonnya.
"Ya Amat. Kenapa ya?" soal Izz. Selepas mendengar kata-kata Amat di hujung corong telefon, Izz segera memusingkan kembali arah keretanya menuju ke sebuah tempat. Nampaknya dia sangat tergesa-gesa.
Elina yang perasan pemanduan Izz semakin laju segera mencapai tali pinggang keledar. Pelik juga lelaki itu. Mana pula nak pergi. Dah la tak cakap sepatah pun. Mereka kini memasuki perkarangan sebuah hospital. Setelah memarkir kereta, Izz tergesa-gesa pergi. Elena pula terpinga-pinga dengan tindakan Izz itu.
"Amat, macam mana dengan Ray?" soal Izz tergesa-gesa apabila terjumpa Amat di hadapan pintu masuk ruangan kemasan.
"Dia dekat dalam lagi. Aku pun tak tahu laa bagaimana minyak panas tu boleh tumpah atas kaki dia." Amat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tidak lama selepas itu, seorang doktor perempuan keluar dari ruangan kecemasan.
"Siapa waris Raysha Izreen?" soal doktor tersebut.
Izz tampil ke hadapan. "Waris dia dalam perjalanan dari Hulu Selangor. Saya kawan dia. Bagaimana keadaan dia?" soal Izz risau.
"Cik Raysha okay. Kaki dia tidak teruk sangat cuma dia tidak dibenarkan berjalan untuk beberapa hari ini. Kami juga perlu tahan Cik Raysha di hospital untuk rawatan lanjut." ujar doktor itu sebelum berlalu pergi.
Izz menghela nafas lega. Mujurlah keadaan Ray tidak teruk. Izz dan Amat segera masuk ke dalam ruangan yang menempatkan Ray. Pandangan Izz jatuh pada kaki Ray yang berbalut. Kenapalah perempuan ni cuai sangat. Kan dah teruk begini.
"Izz, aku balik dululah. Lagipun Ray sedang tidur tu. Kau nak stay ke?" ujar Amat.
Izz mengangguk. Dia akan menunggu Ray malam ini. Kasihan juga hendak ditinggalkan sendirian.
"Eh Amat, tolong suruh si Elina balik dulu, Dia tunggu aku dekat tempat parkir rasanya." sungguh dia hampir terlupa akan Elina. Harap sangat gadis memahami. Izz segera mengeluarkan telefon bimbitnya.