'Cinta tak semestinya memiliki'
"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan
Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
IZHAAN mengemaskan tali lehernya di hadapan cermin. Hari ini adalah hari yang sangat penting untuknya. Puas dia memujuk Raysha untuk pulang ke Malaysia tiga minggu lalu untuk dibawa berjumpa keluarganya. Akhirnya Raysha bersetuju untuk pulang. Berdebar pula rasanya. Yang paling dia ingin lihat adalah reaksi Izz. Pasti Izz sangat terkejut kalau dia tahu Raysha adalah kekasih hatinya. Selesai mengemaskan diri, Izhaan mencapai kunci kereta di atas katil lalu melangkah menuruni anak tangga. Izz dan Dato' Afzan sudah sedia menantinya.
"Ann, pergi jemput dia dahulu. Rasanya dia dah nak sampai tadi. Lagipun dia datang dengan ayah dan ibunya" kata Izhaan sekadar berbasa-basi.
Dato' Afzan mengangguk sahaja. Jika diikutkan hati dia nak buat perjumpaan itu di tempat lain. Tapi, Izhaan berkeras mahu berjumpa di rumah. Biarlah keluarga mereka kenal lebih rapat katanya. Izz pula masih lagi leka bermain telefon bimbitnya sementara Izhaan sudah berjalan menuju ke pintu pagar utama.
Raysha memandu keretanya perlahan apabila menghampiri kediaman banglo mewah Izhaan. Hatinya sangat berdebar. Bagaimanakah keluarga Izhaan. Mahukah mereka menerima dia. Kedudukan mereka berdua sangat berbeza. Raysha memberhentikan keretanya di pintu pagar utama. Kelihatan Izhaan sudah sedia menantinya di situ. Encik Mansur keluar dari kereta lalu bersalaman dengan Izhaan. Raysha pula hanya menyembunyikan diri di belakang Puan Maya.
"Silakan masuk pakcik, makcik dan Raysha. Daddy dan kembar saya dah tunggu di dalam." Izhaan menghadiahkan senyuman yang sangat manis.
Raysha agak terpesona dengan dekorasi perkarangan banglo mewah itu. Luarnya sudah cantik apatah lagi dalamannya. Encik Mansur bersalaman dengan Dato' Afzan. Nampaknya mereka tidak kekok dan Dato' Afzan juga sangat merendah diri. Izz pula telah berlalu ke dapur sebentar tadi tanpa bertemu dengan tetamu. Dia ingin memberitahu orang gaji supaya menyediakan makanan.
"Sudah lama Raysha dan Izhaan kenal ya. Manis juga Raysha ini. Sesuai dengan Izz." ujar Dato' Afzan.
Kata-kata Dato' Afzan disambut oleh tawa Encik Mansur dan Puan Maya. Raysha pula tersipu malu. Mata Izhaan melilau ke hulu dan ke hilir mencari Izz. Tapi dia langsung tidak nampak bayangan kembarnya itu.
"Hah, itu dia anak kedua saya. Kembar Izhaan. Cepat salam dengan pakcik dan makcik dan ini kekasih Ann." ujar Dato' Afzan sebaik ternampak Izz.
Izz menghampiri tetamu di ruang tamu. Belum sempat dia bersalam dengan tetamu, dia sudah dikejutkan dengan suatu perkara. Raysha yang ternampak Izz terus berdiri. Lemah sekali lututnya ketika itu. Izz meneruskan niatnya bersalaman dengan Encik Mansur dan Puan Maya. Pasangan itu juga terkejut melihat Izz sebenarnya.
"Patutlah dulu kamu berdua ni macam muka ada iras sikit. Kembar rupanya." ujar Encik Mansur menepuk bahu Izz perlahan.
Izz mengambil tempat di sebelah Izhaan iaitu berhadapan dengan Raysha. Matanya menatap sahaja wajah Raysha yang polos. Raysha pula berpura-pura berlagak tenang walaupun jantungnya bagaikan mahu pecah sahaja. Jika ditoreh tangannya ketika itu belum tentu akan berdarah.
"Ann bawalah Raysha bersiar-siar di taman belakang. Izz pun ikutlah sekali berkenalan dengan Raysha. Daddy ada perkara nak bincang dengan Encik Mansur dan Puan Maya ini." ujar Dato' Afzan.
Izhaan segera mempersilakan Raysha keluar ke taman belakang rumah. Izz pula hanya mengikuti langkah mereka berdua. Dia tidak tahu apa perasaan dia sekarang. Sedihkah? Gembira ataupun marah. Tapi kenapa dia perlu marah pula.
"Korang berbual dahulu. Mesti korang lama tak berjumpa kan. Aku masuk ambil makanan dan air sebentar." ujar Izhaan lalu berlalu ke dalam semula.
Raysha pula diam tidak berkutik. Dia tak tahu apa yang perlu diperkatakan. Izz juga memilih untuk mendiamkan diri. Come on Raysha, dulu kau dan Izz tak macam ni pun.
"Ya dan kau kekasih Izhaan. Kecilkan dunia ini Ray. Tak sangka kau yang Izhaan pilih untuk jadi kakak ipar aku." sengaja dia menekan perkataan kakak ipar itu.
Raysha baru tersedar sesuatu. Jika Izz adalah kembar Izhaan, maksudnya Izz adalah kembarnya yang sakit dan selalu diceritakan itu. Tidak hairanlah jika fizikal Izz sudah banyak berubah. Tubuhnya agak kurus dan wajahnya kelihatan sedikit cengkung dan pucat. Rambut? Itu adalah mahkota Izz dahulu. Tapi kini ia sudah makin menipis.
"Kau sihat Izz? Aku dengar kau sakit." soal Raysha lalu mengambil tempat di sebelah Izz.
Izz tersenyum sinis. "Aku dah nak mati pun. It's okay Ray. Terima kasih sebab kau dah berjaya mengubah Izhaan."
"Kau tak boleh cakap begitu. Izz yang aku kenal dulu bukan seorang yang cepat mengalah. Aku tak tahu tentang penyakit kau. Aku minta maaf." entah kenapa air mata Raysha terlalu degil hingga mengalir membasahi pipinya.
"Aku taknak kau risau. Sebab itu aku tak beritahu kau. Aku gembira sangat jumpa kau di London hari itu. Tapi kau buang aku Ray. Tak apa, aku faham. Semua itu salah aku juga sebab belakangkan kau sebagai sahabat." Izz menguntumkan senyuman pada Raysha.
Raysha terus memeluk Izz. Dia sangat rindukan lelaki ini sebenarnya. Kalau dia tahu tentang penyakit Izz, pasti dia tidak bertindak demikian. Dia sepatutnya berada di sisi Izz dan sentiasa menyokong sahabatnya itu.
"Ray..... Please. Ini salah... Kau tak boleh." Izz meleraikan pelukan Raysha. Dia memegang kedua-dua belah bahu gadis itu.
"Aku minta maaf sebab menipu kau selama ini. Aku tak pernah beritahu kau tentang family aku. Aku banyak sakitkan hati kau." Raysha masih menundukkan wajahnya. Air matanya tidak henti mengalir membasahi pipi.
"Izz, boleh kita berkawan semula. Tolong lupakan kata-kata aku ketika di London. Aku geram sangat bila kenangkan kau hilang diri begitu sahaja." ujar Raysha perlahan.
"Come on Ray. Kita kan kawan. By the way, aku dah kena praktis panggil kau kakak eh. Kau kan nak jadi kakak ipar aku." perit sekali hendak meluahkan kata-kata itu sebenarnya.
Izhaan kembali semula dengan menatang dulang minuman. Sebenarnya dia nampak tadi Raysha dan Izz berpelukan. Tipulah kalau dia tidak cemburu. Tapi dia tahu akan hubungan mereka berdua. Dia tiada hak untuk menghalang.
"Jom minum dahulu. Kejap lagi kita masuk dan makan okay." ujar Izhaan keriangan.
Raysha cepat sahaja mengesat air matanya lalu memaniskan senyumannya. Hati dia sudah berbelah bahagi sekarang. Izz sudah kembali dan Izhaan pula adalah pilihannya kerana hendak lupakan Izz. Adakah dia silap percaturan sekarang?