°dua puluh dua°

6.1K 233 11
                                        

"AKU terima nikahnya Elina Farisya Binti Ahmad Hafiz dengan mas kahwinnya RM70 tunai." Izhaan menghembus nafas setelah kadi dan dua orang saksi mengesahkan perkahwinan mereka. Disebabkan Elina sudah tidak mempunyai sesiapa lagi, mereka menggunakan wali hakim. Pernikahan mereka juga diadakan di pejabat agama sahaja dan tiada sesiapapun yang hadir.

Usai kadi membaca doa, Elina menghulurkan tangannya pada Izhaan. Tapi Izhaan langsung tidak menyambut malah terus melangkah pergi setelah mengucapkan terima kasih pada kadi dan dua orang saksi tersebut. Elina cuba memaniskan wajahnya tapi dia tidak mampu. Dia turut mengikut Izhaan menuju ke arah kereta.

"Kau balik duduk dekat aparment tu. Semua keperluan kau aku akan suruh Faiz hantar. Kau tak payah keluar mana-mana. Nanti orang nampak pula perut kau tu. One more, balik nanti kau mesej Izz dan cakap kau nak break dengan dia." Izhaan terus meloloskan dirinya ke dalam kereta.

Cermin kereta diturunkan sedikit. "Ingat pesan aku. Jangan sampai sesiapa tahu pasal perkahwinan ini. Setia hujung minggu aku akan balik dan bawa kau checkup. Kau jaga kesihatan kau."

Izhaan memandang Elina sekilas. Wajah polos Elina dipandang tanpa perasaan. Dia terus memandu keretanya pergi setelah itu.

Elina menghampiri keretanya. Air mata yang tertahan sejak tadi mengalir juga akhirnya. Hina sangatkah aku ini hingga suami sendiri pun taknak pandang aku. Aku tak pernah ada orang lain pun. Dia sedar siapa dirinya. Jika Izhaan tidak tolong dia keluar dari sarang maksiat dahulu pasti kini dia masih lagi berada di lorong gelap itu. Sekurang-kurangnya, dia hanya perlu melayan Izhaan sahaja setelah itu.

Kereta Elina dipandu meninggalkan perkarangan pejabat agama. Dalam masa yang sama dia sempat lagi menghantar mesej pada Izz untuk diajak berjumpa. Setelah 30 minit memandu, Elina tiba di lokasi yang dijanjikan untuk berjumpa Izz. Nampaknya Izz sudah menunggunya.

"You cantik sangat pakai baju kurung." Puji Izz. Dia tidak pernah melihat Elina berpakaian begitu. Siap ada selendang lagi dililitkan di kepalanya.

Elina hanya tersenyum senang. "I ada perkara yang nak cakap dengan you. Boleh kita duduk di situ." Elina menunjuk ke arah sebuah pondok.

Izz mengangguk lalu melangkah ke arah pondok tersebut. Dia juga akan memberitahu perkara yang sebenar pada Elina hari ini.

"First of all, I nak minta maaf. I tak boleh teruskan hubungan kita. I rasa semua ini tak betul. I dah kahwin Izz. I ada suami yang perlu I taat. I perempuan yang tak baik Izz." ujar Elina.

Izz terkejut mendengar kata-kata Elina. "You isteri orang? So, I berhubungan dengan isteri orang selama ini. Apa you buat ni El." hampir sahaja Izz terjerit.

Elina menarik tangan Izz supaya kembali duduk lalu dia melepaskan kembali tangan itu. Izz pula tak henti-henti meraup wajahnya.

"You dengar dulu Izz. I baru sahaja berkahwin. I minta maaf sangat. Lima tahun lepas, perempuan yang berada di sisi you adalah I. Tapi, you tak sentuh I langsung. I harap you maafkan I."

Peristiwa lima tahun lepas terus menjengah ingatan Izz. Elina adalah gadis itu. Gadis yang diupah oleh Izhaan. Peritnya untuk dia menelan semua ini. Izz melepaskan keluhannya.

"I tahu you cintakan Ray kan. Dari pandangan mata you, I boleh baca semua itu. You kejarlah cinta you. I dah rosakkan semuanya. I tak patut muncul pun. Kalau you nak tahu, dah lama Ray simpan perasaan pada you. Tapi dia tahu you cintakan I waktu itu." Elina cuba memancing minat Izz untuk mendengar ceritanya.

"Tapi bagaimana you tahu semua ini." Patutlah Raysha jauhkan diri daripadanya setelah dia bersama dengan Elina. Dia dah lukakan hati dan perasaan gadis itu. Maafkan aku Ray. Aku bodoh dan buta kerana tak nampak semua itu.

"Come on Izz. I tahu segalanya. Percayalah cakap I. You akan menyesal kalau you tak dapatkan Ray kembali." Elina kembali cuba membuatkan Izz yakin.

"I maafkan you El. Teruskan hidup you dengan husband you. I doakan yang terbaik. Terima kasih kerana ceritakan perkara sebenar pada I." Izz mengusap wajah Elina.

"Terima kasih Izz. I tak sangka you akan maafkan I. You memang baik Izz." ujar Elina. Air matanya mengalir laju sahaja.

"I pergi dahulu ya. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup I." Izz terus melangkah pergi.

Elina tersenyum sinis sambil mengesat air matanya. Dia terpaksa buat begini supaya Izhaan tidak dapat bersama dengan Raysha. Tentang perasaan Ray pula sebenarnya dia terjumpa diari gadis itu dalam kereta Izhaan. Setiap kali Izhaan bawah pengaruh alkohol, dia akan pulang ke pangsapuri mencari Elina. Dia akan buat apa sahaja supaya Izhaan tidak tinggalkan dirinya.

Elina mengusap perutnya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Kali ini dia menguasai permainan dan bukan lagi Izhaan. Dia sudah tidak tahan lagi menjadi perempuan simpanan Izhaan. Dia juga hendak rasa kasih dan sayang dari seorang lelaki. Biarlah Izhaan membencinya jika mengetahui apa yang telah dia ceritakan pada Izz. Yang penting Izhaan tak akan bersama dengan Raysha.

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now