°dua puluh enam°

6.4K 224 14
                                        

"REEN jangan nak hubungi mereka berdua lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"REEN jangan nak hubungi mereka berdua lagi. Ayah tak suka. Dengan Izz pun ayah tak benarkan Reen berkawan. Mereka itu keluarga penipu." jerkah Encik Mansur.

Air mata Raysha berlinangan membasahi pipi. Dia sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak memujuk ayahnya. Hendak pulang ke London pun tidak dibenarkan.

"Kenapa ayah cepat sangat menjatuhkan hukum pada orang. Izz tak salah dan Izhaan dah pun bertanggungjawab atas kesalahan dia." ujar Raysha perlahan.

"Ayah bukan nak jatuhkan hukum. Tapi tengoklah apa mereka buat. Mujurlah kamu tak bertunang lagi dengan budak itu. Kalau tidak mana ayah nak sorokkan muka ni." Encik Mansur mengetap bibirnya geram.

"Tapi ayah, kita pun ada buat salah juga. Kenapa sampai nak putuskan silaturahim. Reen tahu ayah dah canang satu kampung ni yang ayah bakal bermenantukan menantu kaya kan." ujar gadis itu berani.

Encik Mansur merengus geram. "Yang kamu nak bela mereka sangat kenapa? Ayah dah pening dengan kamu ini. Mungkin dah dibutakan hati oleh dua manusia itu." Encik Mansur terus melangkah keluar dari rumah. Motosikal EX5 miliknya terus ditunggang pergi.

Puan Maya menghampiri Raysha lalu memeluk anak gadisnya itu. Dia juga tidak berani berkata apa-apa. Bukannya dia tidak tahu kepala angin suaminya itu. "Ibu, Izz tak salah. Kenapa ayah tak benarkan Raysha kawan dengan dia."

"Sabarlah Reen. Nanti ayah okaylah tu." pujuk Puan Maya.

Raysha mengesat air matanya kasar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Raysha segera menjawab panggilan tersebut. Reaksi wajahnya terus berubah dan bibirnya menjadi kelu. Telefon bimbit tersebut terus jatuh ke atas lantai.

"Reen kenapa ni?" soal Puan Maya sambil mengesat air mata anaknya.

"Izz... Izz...." Raysha terus berlari ke dalam bilik mendapatkan kunci kereta dan beg tangannya. Dia sudah tidak peduli jika Encik Mansur hendak memarahinya kali ini. Dia harus tahu akan keadaan Izz sekarang.

"Reen nak ke mana? Nanti ayah marah." jerit Puan Maya di muka pintu. Raysha tidak menghiraukan kata-kata ibunya malah terus memandu keretanya pergi.

Setibanya di hospital, Raysha segera mendapatkan Izhaan. Nampaknya lelaki itu tidak bersendirian, ada Elina di sampingnya. Raysha segera bersalaman dan memeluk Elina. Dia bahagia melihat senyuman yang tidak lekang di bibir wanita itu.

"Izz bagaimana?" soal Raysha.

Izhaan menunjukkan ke arah bilik yang menempatkan Izz. Mereka dipisahkan oleh cermin lut sinar yang tebal. Pilu hati Raysha melihat keadaan Izz. Matanya sedikit membengkak dan tubuhnya dipenuhi kesan calar. Apa lagi dugaan untuk kau Izz.

"Dah hampir dua minggu dia tak sedarkan diri. Tapi dia dah lepas tahap kritikal. Izz juga tak dapat jalani rawatan kimo dia. Itu yang membimbangkan saya. Kanser dia akan aktif nanti."ujar Izhaan.

"Boleh masuk?" soal Raysha.

Izhaan mengangguk. "Boleh. Tapi seorang saja. Jangan lama sangat. Doktor cakap nanti takut ganggu dia."

Raysha tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia segera duduk di atas kerusi di sebelah katil Izz. Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan Izz. Diusap perlahan tangan itu.

"Izz, bangunlah. Aku datang melawat kau ni. Kau dah janji dengan aku kan kau akan kuat. Bangunlah Izz." sayu Raysha memandang wajah Izhaan yang kelihatan cengkung. Tentu kau sakit kan sekarang ini. Wayar oksigen yang berada dalam salur pernafasan Izz yang dimasukkan melalui mulutnya saja sudah kelihatan sangat menyakitkan.

"Aku sayangkan kau Izz. Kau dengarkan. Aku sayangkan lebih dari seorang kawan. Aku tak pernah rasa tak happy kalau dengan kau. Kau istimewa Izz. Kau tak pernah nak menjatuhkan orang even orang tu dah buat jahat pada kau."

Raysha membelai rambut Izz lalu mengucup ubun-ubun lelaki itu. Dia terus melangkah keluar lalu menghampiri Izhaan dan Elina.

"Awak nak pergi mana lepas ini?" soal Izhaan.

Raysha mengangkat bahu. Tak mungkin dia pulang ke rumah. "Hotel kot. Lagipun ayah mesti marah kalau dia tahu saya datang sini."

"Tak payah stay hotel. Awak datang saja rumah kitorang. Lagipun malam ini saya ada kerja sikit. Boleh saya temankan Elina." ujar Izhaan.

"Yelah Raysha. Bahaya di luar sana. Awak datang je rumah kitorang okay." tambah Elina.

Raysha mengangguk lemah. Mereka terus sama-sama melangkah keluar dari hospital. Raysha meninggalkan keretanya di hospital lalu menumpang Izhaan. Dia banyak mendiamkan diri sahaja dalam perjalanan. Hatinya agak seronok melihat Izhaan dan Elina. Syukurlah lelaki itu sudah sedar akan tanggungjawabnya.

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now