°dua puluh sembilan°

6.6K 211 16
                                        

Beberapa bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa bulan kemudian

Izhaan mencium penuh kasih ubun-ubun bayi yang berada dalam pangkuannya. Bayi itu sangat comel dan pipinya kemerahan. Mungkin sebab terkena pancaran cahaya matahari. Izz menghampiri Izz lantas memaut bahu kembarnya. Dia segera membuka payung yang berada di tangannya lalu memayungi Izhaan dan juga si kecil.

"Jom balik Ann. El dah tenang di sana. Kau perlu jaga Zayyan baik-baik," ujar Izz. Izhaan menguntum senyuman. Matanya masih lagi setia memandang tanah kubur yang masih merah dihadapannya.

Akhirnya mereka sama-sama pergi meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Sebaik sahaja memasuki kereta, Izz mengambil Zayyan dan diletakkan di atas ribanya.

"Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup ini. Kenapa cepat sangat Elina pergi tinggalkan aku." Izhaan meraup wajahnya berkali-kali.

"Sudahlah Ann. Kalau El tahu kau sedih macam ni, dia lagilah sedih. Dia dah tinggalkan amanah pada kau." Izz mengusap lembut pipi Zayyan.

Izhaan memandang ke arah Zayyan lalu terus memandu keretanya meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

|\|\|\|

"Puan Elina mengalami komplikasi untuk melahirkan anaknya. Kami harap encik bersabar ya. Kemungkinan hanya satu nyawa sahaja yang dapat diselamatkan." Izhaan terus jatuh terduduk di atas lantai. Dugaan apa lagi yang perlu dia tempuhi sekarang.

Doktor meminta supaya Izhaan melawat Elina sebelum memindahkannya ke bilik pembedahan. Lemah sekali kaki Izhaan melangkah ke dalam ruangan yang menempatkan Elina. Dia tak sanggup melihat isterinya terlantar sakit di atas katil tersebut. Perlahan-lahan Izhaan mendekati Elina lantas mengusap ubun-ubun wanita itu.

"Walau apapun terjadi pada saya, awak mesti jaga anak ini baik-baik. Jika saya pergi hari ini. Saya redha. Mungkin ini balasan untuk saya." Elina menggenggam erat jemari Izhaan.

Izhaan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Elina.

"Awak mesti kuat. Awak dah janji nak bawa baby ini jumpa daddy kan. Awak pun masih belum jumpa daddy."

Elina mencium tangan Izhaan penuh kasih. Sesekali dia mengerang kesakitan. Dia sudah tidak sanggup lagi menahan kesakitan tersebut. Tidak lama selepas itu, dua orang jururawat masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka perlu memindahkan Elina ke bilik pembedahan secepat mungkin.

"Saya sayangkan awak Elina. I love you." ucap Izhaan perlahan tapi jelas didengari di telinga Elina. Dia tidak pernah lagi mendengar lelaki itu mengucapkan kata-kata tersebut.
Jururawat terus menolak troli Elina menuju bilik pembedahan.

|\|\|\|

"Apa plan kau lepas ini?" soal Izz.

Izhaan mengeleng. Dia masih belum mempunyai apa-apa perancangan. Apa yang perlu dia fikirkan sekarang adalah tentang anaknya Zayyan.

"Kita balik jumpa daddy okay?" pujuk Izz.

Izhaan menggeleng lagi. "Aku masih tak boleh nak berdepan dengan daddy. Aku rasa hina sangat."

"Ann, kau ingatkan peristiwa lima tahun lepas. Daddy masih boleh maafkan kau even dia tahu apa yang kau buat. Dia diamkan sahaja." ujar Izhaan perlahan.

"Kita balik okay. Aku ada dengan kau Ann." Izz menggosok belakang Izhaan lalu berlalu ke bilik tidur.

Izhaan memandang ke arah langit. Perlukah dia pulang berjumpa dengan Dato' Afzan. Dia sangat buntu sekarang. Lagipun sampai bila dia hendak mendiamkan diri begini. Semua masalah tak akan selesai jika dia terus diamkan diri. Lagipun Elina juga sudah tiada. Izhaan menghampiri Zayyan yang berada di atas sofa. Si kecil Si kecil itu sedang tidur dengan nyenyak. Alis mata Zayyan sangat mirip dengan Elina.

"Esok kita pulang jumpa Atok okay. Daddy dah buntu sebenarnya sekarang. Daddy takut Atok tak akan terima daddy lagi." Izhaan mengangkat si kecil itu lalu terus masuk ke dalam bilik.

Izhaan terus dibayangi dengan bayangan Elina. Setiap malam isterinya itu tidak dapat tidur dengan selesa disebabkan sakit belakang. Elina juga mengalami morning sickness yang agak teruk sepanjang mengandungkan Zayyan. Ah ! Bohonglah kalau dia tidak mula sayangkan Elina sepanjang wanita itu bergelar isterinya. Tapi apakan daya, jodoh mereka tak panjang.

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now