'Cinta tak semestinya memiliki'
"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan
Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAGUSLAH Izz, kau dah hilang kawan baik kau buat selamanya. Tapi aku tak pernah kisah pun sebab aku juga boleh buang dia dari hidup aku sepertimana dia buang aku dari hidup dia. Sungguh aku dah terlampau penat dengan permainan dunia ini. Aku terlampau jaga hati orang sehingga aku sendiri disakiti kembali. Jika itu yang kau mahu Raysha Izreen, aku akan tunaikan. Kau tak akan jumpa aku lagi untuk selamanya.
"Jom Izz, driver dah tunggu nak hantar kita ke airport." Izhaan menepuk bahu aku perlahan.
Aku hanya mengukir senyuman pada Izhaan lalu mengikuti langkahnya keluar dari pangsapuri menuju ke arah kereta. Hari terakhir di London sepatutnya menjadi hari yang bahagia untuk aku, tapi sebaliknya pula berlaku. Jika semalam aku rindukan kehidupan di Malaysia, kehidupan di mana aku, Ray dan Amat sentiasa bergembira menikmati hari-hari kami kini akan aku lupakan. Aku akan kembali pada realiti kehidupan aku sebagai Izz Aryan Bin Dato' Afzan.
"Kau ada masalah ke Izz? Sejak balik dari Sungai Thames semalam kau moody je." soal Izhaan memecah kesunyian. Aku memandang ke luar tingkap menikmati perjalanan sepanjang ke lapangan terbang.
"Tak adalah. Aku rasa sedih saja nak tinggalkan London." Aku terpaksa menipu Izhaan.
"Come on Izz. Kau boleh terus stay di sinilah. Kau boleh uruskan syarikat daddy di sini. Aku pun penat juga ulang-alik dari Malaysia ke sini every month." Izhaan mengusap dagunya perlahan-lahan.
Kalau boleh, aku tak mahu ke sini langsung selepas ini Ann. Satu peristiwa sahaja telah membuatkan aku ada beribu kenangan pahit dalam hati.
"Tak nak lah. Bagaimana dengan awek kau? Kau janji nak kenalkan dekat aku." Aku cuba membuka topik baru. Izhaan tersenyum sahaja apabila aku membuka topik tersebut.
"Awek aku okay. Yang tak okay sekarang adalah dia nak jumpa family kita. Risau juga aku." Izhaan membuang pandang ke luar tingkap.
Aku menepuk bahu Izhaan perlahan. Entah apa yang susah sangat nak bawa kekasih dia berjumpa keluarga sendiri pun tak tahulah.
"Bawa ja. Aku dan daddy okay ja." aku cuba memujuk hati Izhaan.
"Kau tak faham Izz. Aku tak ready nak bawa dia berjumpa kau. I means our family." Izhaan melepaskan keluhan.
Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. "Aku bukan kenal pun awek kau. Kau ni kan, cakap macam awek kau tu aku kenal je." aku cuba mengumpan Izhaan.
'Memang kau kenal Izz. Kau kenal sangat dengan dia. Aku takut kau tak boleh terima sahaja' bisik hati Izhaan.
Izhaan hanya mendiamkan diri sahaja. Aku pun malas hendak bertanya lebih-lebih. Sekarang aku pula yang rasa Izhaan dalam masalah besar. Tak apalah Ann, bawa je kekasih kau jumpa aku dan daddy. Tak mungkin kami tolak dia daripada menjadi sebahagian dari keluarga kecil kita. Lagipun, aku pun nak kenal gadis mana yang telah berjaya mengubah hati abang aku ini.
Setibanya di lapangan terbang, Izhaan segera membantu aku mengangkat bagasi. Dia langsung tidak benarkan aku melakukan kerja berat. Kalau terlampau mengambil berat, aku pun naik rimas. Please Ann, aku bukan budak kecil.
"Jom Izz. Kau jangan gatal-gatal nak angkat bagasi ni kat KL nanti." Izhaan memberi amaran. Aku hanya mengangguk sahaja. Adik yang baik memang selalu menurut.
Setelah selesai mendaftar masuk, kami menuju ke balai perlepasan. Tak sabarnya aku nak pulang ke Malaysia. Aku rindukan iklim khatulistiwa dan aku rindukan......
Ah! Apa yang kau fikir ni Izz. Dia dah tak wujud di sana. Dia dah ada kebahagian di sini. Kau perlu bangun Izz. Kebahagian yang kau cari sekarang adalah Elina. Dia yang patut kau tumpukan sekarang. Walaupun Izhaan tak benarkan aku berhubung dengan Elina lagi, aku tetap berbuat demikian. Aku bingung sebenarnya kenapa Izhaan tidak benarkan aku berhubung dengan Elina lagi.
"Balik Malaysia kau jangan jumpa Elina." Izhaan ni dah macam ada kuasa baca fikiran aku pula.
"Nanti kau akan tahu juga sebab aku tak bagi kau berhubung dengan dia. Ini untuk kebaikan kau juga Izz." Izhaan kembali mengatur langkah.
Aku mengangkat bahu sahaja lalu memakai cermin mata hitam yang tergantung di leher bajuku. Jalan dalam airport pun mesti ada gaya. Tapi aku cemburu sikitlah dengan Izhaan, kenapa aku tak ada raut wajah macam dia ya? Sedikit punya buaya pun bagus juga. Eh, aku pun apa kurangnya. Dah kenapa tiba-tiba puji diri sendiri ni.
"Kau tunggu apa lagi Izz. Cepat jalan." jerkah Izhaan apabila dia ternampak aku sedang berada dalam duniaku sendiri.
Aku berlari-lari anak ke arah Izhaan. Tapi Izhaan terus menjegilkan matanya padaku memberi amaran supaya tidak berlari. Belum sempat dia membuka mulut. Aku terus memotong.
"Izz, jangan lari. Nanti kau penat. Kau boleh pengsan pula nanti. Kau ingat kan kau tak boleh letih. Aku tahu semua ayat kau Ann. Dah hafal pun. Come on laa Ann. Aku dah 27 tahun lah. Kau layan aku macam budak-budak pula." aku mula membebel. Izhaan memeluk tubuh memandangku.
"Kau tu yang tak nak dengar cakap aku. Kalau kau behave tak ada punya aku nak bebel dekat kau. Aku rasa sikap bebel mummy dah turun pada aku. Warisan turun-temurun tahu." Izhaan mencebik.
"Bagus sangat laa tu. Kau tahu tak orang banyak membebel ni cepat tua." aku membalas pedas padanya.
Izhaan hanya tersenyum sinis. "Tua aku pun ramai ja yang terpikat. Kau tu habuk pun tak ada. Ada hati nak kata aku. Orang cakap muka aku ni macam artis Thailand tu. Apa nama tah. Hah! Mario Maurer."
"Mario Maurer apanya. Kau tu Mario Mariono Bros adalah." sengaja aku samakan Izhaan dengan pelakon-pelakon filem tersebut. Siapa saja yang tidak pernah tonton filem itu di mana Salleh Yaakob dan Saiful Apek menjadi lelaki lembut.
Tangan Izhaan pantas menujal kepala aku. "Bagai langit dengan bumi tahu."
Sikit-sikit suka peraan. Macamlah dia handsome sangat. Dia belum tahu yang Izz Aryan belum beraksi. Nak samakan diri dengan artis Thailand konon. Beranganlah sampai ke sudah memang tak dapat punya.
"Kutuk aku dalam hatilah tu. Bagus laa buat perangai begitu." kau ada kuasa telepati ke Izhaan? Aku tersenyum sahaja.
Kami meneruskan langkah menuju ke arah kapal terbang. Aku menundukkan sedikit tubuhku apabila disambut oleh pramugari. Izhaan melangkah saja terus kearah bahagian business class. Kenapalah si Izhaan ni kedekut sangat dengan senyuman. Mati-matian pramugari tu senyum pada dia tadi. Boleh plak dia buat tak tahu.
"Izz tengok sini. Aku nak ambil gambar kau. Hantar laporan pada daddy yang kau selamat lagi dengan aku." sengaja aku mengangkat tangan membuat isyarat 'peace'. Selesai mengambil gambar Izhaan kembali pada tempat duduknya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sekarang aku rasa macam banduan yang duduk dalam penjara first class saja. Ada ke penjara begitu? Aku mengambil keputusan untuk tidur sahaja sepanjang perjalanan. Lagipun tubuh aku mudah sangat terasa letih sejak kebelakangan ini.