°sebelas°

5.9K 236 4
                                        

"KEADAAN tuan dah teruk sangat sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KEADAAN tuan dah teruk sangat sekarang. Saya rasa tuan perlu stay di hospital. Klinik saya tak ada kelengkapan yang cukup." Doktor Herman memujuk Izz.

"Tapi doktor, berikan saya sedikit masa lagi. Saya janji akan buat apa sahaja yang doktor suruh. Berikan masa untuk saya bersama rakan-rakan saya." Izz meraup wajahnya. Memang dia perasan akan keadaan dirinya. Dia selalu sahaja mudah letih sejak akhir-akhir ini. Rongga hidungnya juga sering berdarah.

Doktor Herman menggeleng. " Kita dah tak ada masa tuan. Kalau lambat, kanser ini akan semakin teruk dan akan jadi stage four."

Izz menghela nafas panjang. Beginikah pengakhiran hidupnya? Doktor Herman menghampiri Izz lalu menepuk bahu anak muda itu. Wajah Izz yang pucat itu dipandang sayu. Sungguh dia tak sangka kanser Izz akan kembali aktif semula. Dahulu Datin Sara sentiasa menemani Izz semasa kimoterapi. Tapi kini Izz sendirian lagi.

"Saya beri masa pada awak satu minggu sahaja Izz. Lepas itu kita akan ke London. Saya mampu berikan masa sebanyak itu sahaja." ujar Doktor Herman separuh berbisik.

Izz memalingkan wajahnya ke arah Doktor Herman. Dia tersenyum senang apabila mendapat kebenaran daripada lelaki tersebut. Izz segera memeluk erat tubuh Doktor Herman. Tanpa menunggu lama, Izz terus berlari keluar dari bilik Doktor Herman.

Aku perlu manfaatkan seminggu ini sebaik mungkin. Mungkin aku tak akan jumpa kawan-kawan aku lagi selepas ini. Biarlah mereka tidak tahu tentang keadaan aku asalkan mereka melayan aku seperti biasa sahaja. Aku perlu ke hospital dulu jumpa Ray. Izz mendapatkan motosikalnya lalu ditunggang menuju ke hospital.

***

"Yelah, Ray akan ikut ibu dan ayah balik kampung. Tapi lepas sembuh Ray balik KL okay." Raysha mencebik. Ingatkan lama lagi perlu tinggal di hospital, malangnya dia dah boleh keluar pula.

Encik Mansur pula mengambil keputusan untuk membawa Raysha pulang ke Hulu Selangor. Takkanlah dia nak tinggalkan anak gadisnya itu di sini pula. Kaki Raysha juga masih belum betul-betul sembuh lagi.

"Reen dah habis kemas ke? Kejap lagi ada orang jemput kita balik. Takkan ayah nak bawa Reen naik bas dalam keadaan begini kan,"ujar Encik Mansur.

Raysha mengangguk kepalanya. Lagipun apa sahaja yang hendak dikemas, dia datang ke hospital pun sehelai sepinggang sahaja hari itu. Tapi, siapa pula nak jemput dia di hospital. Ayah bukannya kenal sesiapa pun di Kuala Lumpur ini. Takkanlah abang Razif yang jemput. Eh! Abang Razif kan masih di Jordan.

"Hah! Sampai dah pun Izhaan. Terima kasih sebab nak tolong hantarkan pakcik balik Hulu Selangor ya." Mata Raysha dibulatkan apabila dia ternampak Izhaan. Ayah ni pun satu lah, banyak-banyak manusia si Izhaan ni juga dia nampak. Bukannya Raysha tak ada kereta untuk Encik Mansur bawa balik kampung.

Izhaan bersalam dengan Encik Mansur. Puan Maya pula menunggu di rumah Raysha kereta dia mengambil barang Raysha untuk dibawa pulang ke kampung. Encik Mansur segera memapah Raysha untuk berjalan keluar dari wad. Izhaan pula mengikuti langkah kedua beranak itu dari belakang. Hati tercuit melihat muka tidak puas hati Raysha sebentar tadi.

"Pakcik, biar saya papah Reen. Kasihan saya lihat pakcik." Izhaan cuba menghulurkan bantuan. Awalnya Encik Mansur menolak. Tapi sakit pula pinggangnya apabila Raysha bergantung padanya untuk berjalan.

"Eh! Kalau ayah tak larat tak apa. Ray jalan sendiri ataupun ambil wheelchair saja." Raysha mula mengatur langkah. Tangannya berpaut pada dinding.

Izhaan segera merangkul tubuh kecil Ray. "Lain kali tak payah pura-pura kuat." sempat lagi Izhaan membebel. Dia terus berjalan menuju ke arah keretanya.

Izhaan membuka pintu kereta di bahagian sebelah pemandu. Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh Raysha.

"Mana ayah?" soal Raysha apabila dia tidak nampak kelibat Encik Mansur.

Izhaan hanya tersenyum. " Ayah kau drive kereta kau balik kampung. Kau naik dengan aku."

Terbuntang mata Raysha mendengar kata-kata Izhaan. Ayah ni memang la. Kenapa sekongkol dengan Izhaan ni. Baik naik kereta dia sahaja. Tak payahlah minta tolong mamat poyo ni. Mesti ada agenda lain ni. Semalam kan seharian Encik Mansur berbual dengan Izhaan. Raysha mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia hampir lupa memberitahu Izz bahawa dia sudah keluar dari wad.

Ray 2:30 P.M

Izz, aku dah keluar wad. Aku balik kampung.

Nanti kalau free meh la melawat aku okay.

"Kau mesej siapa tu." Izhaan mencuri pandang ke arah skrin telefon Raysha. Pantas sahaja Raysha menyimpan telefonnya. Sibuk saja.

Izhaan kembali fokus pada pemanduannya. Seronok dia lihat wajah tidak puas hati Raysha sebenarnya. Kalau diperhati betul-betul, cantik juga si ganas ini. Bolehlah tahan. Yang penting tak sama dengan perempuan-perempuan yang selalu kikis duit dia.

"Aku nak kau mengaku depan parents kau yang kita ada hubungan. Kalau tidak......" Izhaan tersengih.

"Kalau tidak apa. Kau ni memang gila kan. Kau nak ugut aku apa?" suara Raysha sudah meninggi.

Izhaan mengambil sesuatu di belakang kerusi Ray. Sebuah diari kecil berwarna merah terang ditunjukkan pada Raysha .

"Woi! Ni diari aku. Mana kau dapat," jerit Raysha lalu cuba merampas diari itu. Izhaan lebih pantas bertindak. Dia meletakkan diari itu di belakangnya. Memang tidaklah Raysha nak ambil kalau di situ.

"Hari kau drive kereta aku tu. Kau lempar beg kau di seat tepi kan. So diari kau jatuh dan takkan kau tak perasan diari kau ni hilang." Izhaan tersenyum mengejek.

Raysha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bagaimana dia boleh cuai begini. Habislah kalau Izhaan baca diari dia. Akhirnya dia mengangguk setuju dengan idea gila Izhaan. Ayah! Tolong Ray. Lelaki ini gila laa.

"That's my girl." Izhaan mengusap kepala Raysha perlahan-lahan. Seronok juga dapat mengenakan gadis ini.

×××
883 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now