°dua puluh empat°

6.1K 228 16
                                        

"DAH cantik dah anak ibu ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DAH cantik dah anak ibu ni. Cepatlah, Izhaan dah sampai." tegur Puan Maya.

Sejuk hatinya melihat cara penampilan Raysha yang sudah berubah. Jika dahulu dia hanya akan mengenakan t-shirt bersama seluar jeans lusuh sahaja. Rambutnya pula akan disembunyikan di sebalik topinya. Tapi kini Raysha lebih banyak bergaya dan dia kelihatan selesa mengenakan dress dan skirt sahaja.

"Baiklah ibu. Reen pula lewat malam ini. Ibu masak untuk ayah sudah ya." Raysha mencium pipi dan tangan ibunya lalu berlari keluar dari rumah. Puan Maya hanya menggeleng kepala sahaja melihat kelakuan anaknya.

Ketika Raysha hendak melangkah keluar dari rumah, dia tersepak bendul pintu dah hampir sahaja terjatuh. Mujurlah Encik Mansur berada di hadapan pintu dan sempat menyambut tubuh anak daranya itu.

"Bertuah punya anak dara. Lari dalam rumah pula. Kalau jatuh macam mana?" bebel Encik Mansur.

Raysha tersengih sahaja sambil menggaru kepalanya. "Maaflah. Reen takut Izhaan tunggu lama sahaja. Sebab itu Reen nak cepat."

Izhaan menjegilkan matanya pada Raysha. Berani pula gunakan dia sebagai alasan. Padahal siapa tak kenal sikap Raysha yang kalut itu. Semua benda nak dilakukan dengan cepat.

"Saya minta diri dulu ya pakcik. Malam nanti saya hantar Raysha balik." selesai bersalam dengan Encik Mansur, Izhaan melangkah ke arah keretanya. Raysha juga berlari-lari anak ke arah kereta Izhaan.

"Nak pergi mana dahulu? Nak beli cincin dahulu or tengok baju dahulu?" soal Izhaan sambil memandu keretanya.

"Hmm... Mana-mana dahululah. Saya tak tahulah." ujar Raysha.

Sebenarnya Dato' Afzan dan Encik Mansur mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di antara Raysha dan Izhaan. Raysha mengikut sahaja keputusan ayahnya walaupun dia sangat berat hati. Masih dia ingat perubahan reaksi Izz setelah diberitahu tentang pertunangan ini. Majlis pertunangan akan diadakan sebelum Raysha pulang ke London bulan hadapan.

"Okaylah. Kita beli cincin dahulu okay." ujar Izhaan.

Raysha mengangguk sahaja. Wajah Izhaan kelihatan sangat gembira sekarang ini. Kalaulah lelaki itu tahu tentang perasaannya ketika ini.

"Terima kasih sebab sudi terima saya." tiba-tiba Izhaan menarik tangan Raysha lalu digenggam kemas.

Raysha tersenyum. "Saya yang patut ucapkan terima kasih sebab sudi terima saya. Tak sangka ya saya akan menjadi tunang kepada Izhaan Lutfil."

Kini kereta yang dipandu oleh Izhaan memasuki perkarangan sebuah pusat membeli-belah. Ramai sekali orang di situ sehingga Izhaan suka mendapatkan tempat parkir. Jadi, Izhaan mengambil keputusan untuk menurunkan Raysha dahulu sementara dia mencari tempat parkir.

"Awak tunggu dekat kafe biasa kat dalam okay. Kejap lagi saya datang." ujar Izhaan lalu memandu pergi.

Raysha hanya tersenyum lalu melangkah ke dalam pusat membeli-belah itu. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Raysha segera menoleh dan dia sangat terkejut dengan kehadiran individu tersebut.

"Boleh aku bercakap sikit dengan kau." soal Elina.

"Silakan." jawab Raysha sepatah.

"Tapi bukan di sini. Boleh kita ke sana?" ujar Elina sambil menunjukkan ke arah tempat duduk yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai.

Raysha terus melangkah pergi. Lagipun dia yakin Izhaan pasti lambat lagi. Jadi tak mengapa kalau dia bercakap dengan Elina sebentar.

Elina menarik nafas lalu menceritakan semuanya berkaitan dirinya dan Izhaan. Tidak satu pun yang dia tinggalkan dan disembunyikan dari Raysha. Perlahan-lahan air mata Raysha mengalir mendengar kebenaran yang keluar dari bibir Elina.

"Maafkan aku Raysha. Aku beritahu semua ini bukan sebab nak halang hubungan korang. Tapi kasihankan aku dan anak aku. Aku nak perkahwinan yang sama seperti orang lain. Kau nak tahu? Aku terpaksa mengemis dengan suami sendiri hanya untuk secebis perhatian dari dia." Elina menarik tangan Raysha lalu menggengam kemas tangan gadis itu.

"Kau tak salah. Aku tak sangka Izhaan begitu. Aku takkan rampas dia dari kau. Tapi aku terpaksa menelan semua ini walaupun pahit. Izhaan lelaki yang baik. Kau jagalah dia okay." Raysha menepuk perlahan peha Elina.

Elina terus memeluk Raysha. Bibirnya terus mengukir senyuman sinis sementara Raysha menangis dalam pelukannya. "Maaflah. Aku terpaksa pergi."ujar Raysha apabila dia ternampak kelibat Izhaan.

Lemah sahaja langkahnya dibawa menuju ke arah Izhaan. Wajahnya sehabis mungkin dimaniskan. Dia tak mahu Izhaan syak apa-apa.

"Mana awak pergi? Saya cari dalam kafe tu tadi." ujar Izhaan.

"Saya ke tandas tadi. Maaf. Izhaan boleh kita beli barang lain kali. Saya nak ke tasik. Boleh awak bawa saya?" ujar Raysha perlahan.

"Boleh. Awak tak sihat ke?" soal Izhaan sambil memegang bahu Rasyha. Gadis itu segera menepis perlahan lalu melangkah pergi meninggalkan Izhaan.

Izhaan memandang ke arah Raysha. Apa yang berlaku? Tadi Raysha semangat sahaja nak beli barang untuk pertunangan mereka. Sekelip mata sahaja dia dah berubah. Izhaan terus berlari mendapatkan Raysha. Mereka langsung tidak bercakap ketika di dalam kereta hinggalah tiba di tasik. Raysha hanya memandang ke luar tingkap sahaja.

Setibanya di tasik, Raysha terlebih dahulu turun dan melangkah ke arah tepi tasik. Izhaan menghampiri Raysha perlahan. Dia tak tahu apa yang berlaku pada gadis itu sebenarnya.

"Izhaan, awak ada sembunyikan sesuatu daripada saya?" soal Raysha tiba-tiba.

Izhaan tercengang mendengar kata-kata Raysha. "Saya tak faham. Apa yang awak cuba sampaikan."

Raysha tersenyum sahaja tapi air matanya pantas sahaja mengalir. Izhaan menghampiri tapi Raysha terus menjauhkan diri.

"Saya tak tahu apa salah dan dosa saya hingga diduga begini. Apa salah saya Izhaan. Saya dah letih Izhaan. Baru sahaja nak temui bahagia sudah diuji begini."

"Cakap pada saya Rasyha. Saya tak faham." Izhaan merayu. Dia tak sampai hati melihat gadis itu terus menyalahkan dirinya sendiri.

"Baliklah pada wife awak. Dia sangat perlukan awak sekarang Izhaan. Saya taknak jadi penghalang dan orang ketiga antara awak dan Elina."

Izhaan terkejut mendengar kata-kata Raysha. Mesti Elina ekori dia dan berjumpa dengan Raysha tanpa dia sedari. Izhaan meraup wajahnya.

"Saya tak berniat nak tipu awak. Saya cintakan awak. Saya langsung tak sayangkan Elina. Memang saya dah berkahwin dengan dia. Tapi saya akan lepaskan dia selepas dia beranak." ujar Izhaan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

"Izhaan ! Awak sedar tak apa yang awak cakap. Awak fikir perkahwinan ini perkara main-main. Elina itu juga manusia biasa. Dia juga mahukan belaian dari seorang suami. Awak tah faham sebab awak tak ada di tempat dia." jerkah Raysha. Sungguh dia tak sangka Izhaan akan berkata sebegitu rupa.

Izhaan menghampiri Raysha lalu memegang bahu gadis itu erat. "Saya tahu saya salah. Tapi ini berkaitan hati dan perasaan saya juga. Tak mungkin saya terima dia."

Raysha cuba melepaskan pegangan Izhaan. Tapi lelaki itu menguatkan lagi. Dia terasa sakit di bahagian bahunya. Dia ingatkan Izhaan tak akan menyakitinya lagi. Tapi dia silap. Izhaan masih bertahan dengan egonya lagi. Air matanya mengalir semakin laju.

"I'm sorry Raysha. I didn't mean it." Izhan melepaskan Raysha.

"Awak pentingkan diri sendiri Izhaan. You're selfish. Awak memang tak pernah berubah. Saya harap awak boleh bahagiakan Elina. Lupakan saya." Raysha pantas pergi meninggalkan Izhaan. "Awak jangan salahkan Elina dalam hal ini. Dia hanya mahu rumah tangganya selamat sahaja." pesan Raysha.

Izhaan meraup wajahnya yang sudah kemerahan menahan amarah. Tapi benar juga kata-kata Raysha tadi. Dia bukan sahaja berbohong pada Raysha malah pada dirinya sendiri. Dia memang tak berguna. Dari bibir sahaja dia mengucapkan tentang tanggungjawab. Malangnya dia melepaskan tanggungjawab itu tanpa dia sedari.

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now