°ending°

12.7K 335 86
                                        

PAGI ini terasa sangat dingin sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI ini terasa sangat dingin sekali. Aku terjaga apabila ada cahaya yang menyuluh mataku. Aku cuba bergerak, malangnya ada sesuatu yang agak berat berada di atas perutku. Baruku sedar bahawa itu tangan Izz. Aku mengalihkan tangannya lalu memandang wajahnya yang pucat itu. Tangannya aku capai lalu digenggam erat. Kenapa tangan Izz sejuk? Sejuk sangat seperti aku genggam ais sahaja. Aku segera bangun lalu menatap wajah lelaki itu. Perlahan-lahan aku menampar pipi Izz mengharapkan ada tindak balas darinya. Tapi Izz langsung tidak bergerak. Tidurnya bagaikan langsung tidak terganggu. Aku memanggil nama Izz perlahan. Pipinya juga aku usap perlahan. Air mataku sudah mula mengalir.

"Izz, jangan buat aku begini. Bangunlah Izz. Kau tak kasihankan aku. Izz... Bangunlah..."

Tanpa banyak bicara, aku terus berlari mendapatkan doktor. Tidak lama selepas itu, doktor mengesahkan bahawa Izz telah pergi meninggalkan aku. Semua wayar yang berada di tubuh Izz dibuang dan seorang jururawat menyelimutkan tubuh Izz yang kaku hingga menutupi kepalanya. Lutuku terasa lemah sekali. Aku bagaikan hilang tempat untuk mengadu terus.

"Izz...." aku terdengar getar suara seseorang. Rupanya Izhaan yang baru muncul. Mungkin dia hendak menghantar makanan kepada kembarnya itu kerana aku melihat dia membawa bekas berisi bubur nasi.

Izhaan menghampiri katil Izz. Tangannya terketar-ketar membuka selimut yang menutupi tubuh Izz. Aku perasan ada mutiara-mutiara jernih yang mengalir melalui tubir matanya. Siapa sangka Izz akan pergi meninggalkan aku hari ini. Sungguh senang sekali dia pergi di saat aku enak tidur dalam pelukannya.

"Izz, hari ini hari lahir kita Izz. Selamat hari lahir yang ke-27 kembar. Aku sayangkan kau." Izhaan mengesat air matanya sehingga kering lalu mengucup dahi Izz.

Nampaknya lelaki sekuat Izhaan juga akan mengalirkan air mata apabila orang yang disayangi pergi meninggalkan dirinya. Aku menghampiri Izhaan lalu memeluknya dari belakang. Aku perlukan tempat untuk aku menumpang kekuatan sekarang. Sungguh aku tak kuat untuk terima semua ini.

"Izz dah tinggalkan saya...." Izhaan mengalihkan tubuhnya lalu memeluk aku erat. Tubuhku agak rendah berbanding dirinya. Dia terus meletakkan kepalanya di atas bahuku. Perlahan-lahan aku menggosok belakang tubuhnya.

Selemah-lemah aku, lemah lagi Izhaan yang hilang kembarnya. Izhaan bagaikan hilang separuh dirinya. Aku memandang ke arah tubuh Izz yang sudah kaku. Baru semalam aku merasakan bahagia, tapi hari ini kau dah tinggalkan aku Izz. Kau memang jahat Izz. Kau suka buat aku sedih.

🍃🍃🍃

SELESAI sudah majlis pengebumian Izz. Aku dapat melihat ramai pekerja di Axoc Cafe datang memberi penghormatan terakhir. Amat yang kelihatan agak sedih. Matanya sahaja sudah bertukar menjadi merah. Dato' Afzan tidak dapat hadirkan diri di tanah kubur kerana kurang sihat. Dia hampir sahaja terkena serangan jantung setelah mengetahui berita kematian anaknya itu. Kini hanya tinggal aku,Izhaan dan Zayyan sahaja di tanah perkuburan. Lelaki itu masih lagi berteleku di tepi kubur Izz.

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now