°lima belas°

5.5K 237 38
                                        

SETIBANYA di Kuala Lumpur, Izz terus mencari Elina di pangsapurinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETIBANYA di Kuala Lumpur, Izz terus mencari Elina di pangsapurinya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis idamannya itu. Lama juga Izz menunggu Elina di bawah. Akhirnya gadis itu muncul dengan mengenakan sehelai t-shirt tanpa lengan bersama seluar pendek paras betis. Apa saja yang dipakai oleh Elina sentiasa nampak cantik di mata Izz.

"I'm sorry Izz. Tadi waktu you whatsapp, I ada dekat gym," ujar Elina.

Memang nampak sangat dia baru keluar dari gim. Peluh pun masuh berbekas di dahinya. Wajah Elina juga kelihatan kemerahan.

"Hey Izz, you menungkan apa?" Elina memetik jarinya berkali-kali di hadapan Izz.

Izz segera tersedar dari lamunannya. Alahai malunya muka aku. Pahal boleh mengelamun pula waktu macam ni.

"Eh, jom duduk dekat situ. I ada benda nak cakap sikit," ujar Izz.

Elina segera melangkah ke arah taman bunga mini di sebelah pangsapurinya. Izz mengambil tempat yang agak jauh dari Elina. Ini adalah jalan selamat supaya dia tidak terlampau gugup. Elina memandang Izz kosong. Dia ternanti-nati apa yang hendak dicakapkan oleh lelaki itu.

"Emm, I sebenarnya.... Emm... Sebenarnya...." Izz sudah mula tergagap-gagap.

"Sebenarnya apa Izz. Cakap je." Elina bermain-main dengan hujung rambutnya.

Izz menelan liur. Janganlah pintal rambut. Buat abang tergoda sahaja ni. Aduh, nak cakap pun tak keluar ni.

"I like you. I like you more than a friend. Okay, I tahu I gila sikit sebab cakap begini. Tapi I dah tak boleh nak sembunyikan. Lama I perhatikan you sebenarnya. I happy sangat waktu hari first you tegur I. I ni tak guna sebab takut nak mulakan langkah pertama. Okay, sorry I cakap banyak pula. Ah ! Malunya." Izz memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia takut hendak memandang wajah Elina.

"Ouch Izz! You're so cute. I like you too. I mean I love you." Elina terus menarik kedua-dua belah pipi Izz manja.

Pipi Izz sudah menjadi kemerahan kerana diperlakukan begitu. Dia juga tidak sangka dengan reaksi Elina. Ingatkan gadis itu akan menolaknya mentah-mentah. Tapi apa yang terjadi sebaliknya pula.

"Thank you Elina. I ingat you nak reject I," ujar Izz separuh berbisik.

Elina terus memeluk Izz. Tindakannya menyebabkan Izz agak terkejut.

"Tak mungkin I reject you Izz. I dah lama tunggu you cakap pada I. Kalau tak I jadi anak dara tua la."

Izz meleraikan pelukan Elina apabila dia perasan ada mata yang memandang. Tidak enak juga dia berbuat begini di tempat awam.

"But, how about Ray?" soal Elina tiba-tiba. Wajahnya sudah mula keruh.

Kening Izz diangkat sebelah.

"Maksud you?" soalnya kembali. Elina merapatkan kedudukannya dengan Izz.

"Dia kekasih you kan." suara Elina mula mengendur.

"Hey, Ray tu kawan baik I tau. Dia istimewa sangat pada I. Tak ada siapa yang sebaik dia. Dia selalu ada saat I susah. Yang penting, I sangat sayangkan dia. I tak tahulah apa akan jadi dengan hidup I kalau tiada dia," ujar Izz sambil tersenyum. Wajah Elina sudah mula mencuka.

"Tapi, you dapat tempat di hati I. You lagi istimewa sebab you yang akan temani hari-hari I. You tahukan, kekasih dan kawan tak mungkin akan dapat kedudukan yang sama." Izz menarik dagu runcing Elina. Gadis itu kembali tersenyum.

"You jangan puji Ray lebih-lebih tahu. Sekarang, you milik I okay." Elina memeluk erat lengan Izz.

Izz tersenyum senang. Kenapa saat dia berkata-kata mengenai Ray, jantungnya bagai berdegup kencang. Ah ! Tidak mungkin aku boleh simpan perasaan pada sahabat baik aku sendiri. Sekarang aku sudah ada Elina. Dia segalanya untuk aku. Tapi, aku perlu pergi jauh. Kalau aku tak kembali lagi, pasti dia akan sedih.

"Izz, I nak pergi mandi dulu. Badan I melekit lah. You balik dulu. Nanti I whatsapp you okay," ujar Elina.

"Okay El. I balik dulu okay." Izz tersenyum senang.

Elina mengangguk lalu melambaikan tangannya pada Izz. Pandangan mata Izz hanya memandang Elina sahaja sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit. Perkara gembira begini perlu dikongsi bersama Ray.

Izz 3:00 P.M

Ray! I'm in love. Hehehehe.

Aku dah cakap pada Elina.
Dia tak reject aku pun. 😱

Ray 3:02 P.M

Congrats Izz. I'm happy for you.

Izz 3:05 P.M

Thank you beb. Aku
nervous betul tadi.

Ray 3:10 P.M

Chill lah. Yang penting dia tak reject kau pun. 👌👌👌
BTW, aku ada hal sikit. GTG.

Izz 3:12 P.M

Oh okay. Sorry ganggu
kau. Bye kawan 😆.

Raysha menyeka air matanya. Perkataan 'kawan' di hujung perbualan mereka sangat mengguriskan hatinya. Izz sangat bahagia sekarang. Kenapa aku pula nak sedih dengan kebahagiaan Izz. Come on Ray! Kau kena bahagia untuk Izz juga. Dia kan kawan kau.

"Kau kenapa Ray? Takkan sebab aku nak balik kau sedih pula," tegur Izhaan tiba-tiba.

Ray segera mengesat air matanya.
"Bukanlah, ada habuk masuk. Semua barang kau dah kemas ke? Jom lah." Raysha melangkah keluar dari rumah menuju kearah kereta Izhaan.

"Kau drive baik-baik. Jangan nak race pula," ujar Ray dingin lalu terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Izhaan hanya tersenyum. Dia segera mencapai tangan Encik Mansur lalu dicium. Setelah itu beralih kepada Puan Maya pula. Setelah itu dia terus masuk ke dalam keretanya. Sebenarnya dia terasa berat hati untuk tinggalkan kampung itu. Dia sangat gembira dengan layanan keluara Raysha. Dia dapat rasakan rumah itu penuh dengan kasih sayang yang tidak pernah dia rasai sejak kecil. Sudahlah Izhaan, kau perlu kembali pada realiti kehidupan kau di Kuala Lumpur sana.

+Sis redha jaa Izz dengan Elina. Uhukkk 😢😢😢😢😢

×××
899 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now