IZZ melangkah masuk ke dalam pejabat Dato' Afzan perlahan-lahan. Niatnya hari ini hanyalah hendak memperbaiki hubungan Izhaan dan Dato' Afzan. Harap-harap Dato' Afzan dapat menerima kehadiran Zayyan dan sudi memaafkan Izhaan. Izz berhenti melangkah apabila ternampak Dato' Afzan sedang berbual dengan dua orang pekerjanya. Dato' Afzan segera mengarahkan pekerjanya keluar meninggalkan mereka berdua sahaja.
Tanpa banyak bicara,Dato' Afzan terus memeluk Izz erat. Lama dia memeluk Izz lalu baru meleraikan pelukannya. Dato' Afzan segera menarik tangan Izz lalu memandang sedih parut yang berada di tangan itu.
"Maafkan daddy Izz. Daddy terlalu ikut emosi sangat. Izz sihat? Dah berbulan daddy tak jumpa Izz." ujar Dato' Afzan sambil menarik Izz duduk di sofa.
"Izz tak datang sendiri....." ujar Izz perlahan. Dato' Afzan terus melepaskan tangan Izz. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Izz.
Dato' Afzan terus bangun menuju ke tingkap pejabatnya. Hati tuanya masih belum cukup kuat untuk bertemu dan memaafkan Izhaan. Entahlah kenapa dia tak boleh memaafkan Izhaan seperti dahulu lagi.
Izz menghampiri Dato'Afzan. "Hidup Izz dah tak lama daddy. Dua hari lepas, Izz bertemu Doktor Herman dan dia cakap kanser Izz dah stage four. Izz nak sangat lihat family kita bersatu. Ini sahaja permintaan Izz."
Dato' Afzan terus memandang Izz. Mata Izz kelihatan agak berkaca kerana menahan air matanya dari mengalir. "Daddy jumpa Ann okay. Please daddy." ujar Izz lagi.
Dato' Afzan mengangguk walaupun hatinya sangat berat. Dari pandangan matanya, dia nampak Izhaan melangkah masuk sambil membawa seorang bayi. Izhaan perlahan-lahan menghampiri Dato' Afzan.
"Ini anak saya. Elina dah meninggal waktu lahirkan Zayyan." ujar Izhaan perlahan.
Dato' Afzan memegang bahu Izhaan lalu memeluk anaknya. Dia terus meleraikan pelukan apabila Izhaan bergerak-gerak di antara mereka. Dato' Afzan mengambil Zayyan lalu mencium si kecil itu berkali-kali. Malangnya nasib kamu Zayyan. Tapi tak mengapa, kamu mempuyai ramai lagi yang akan berikan kamu kasih sayang.
Izz tersenyum memandang Izhaan dan Dato' Afzan. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang amat. Pandangannya menjadi kabur. Izz memicit belakang lehernya perlahan, malangnya sakit itu semakin kuat.
"Ann.... Daddy...." Izz terus jatuh tidak sedarkan diri.
|\|\|\|
Raysha berlari menuju ke ruangan kecemasan. Encik Mansur dan Puan Maya turut mengikut sekali. Setelah dikhabarkan tentang keadaan Izz yang tenat, mereka terus bergerak ke Kuala Lumpur.
"Mana Izz?" soal Raysha sebaik sahaja ternampak Izhaan.
Izhaan menggeleng-geleng kepalanya. Dia juga tidak pasti akan keadaan sebenar kembarnya itu. Encik Mansur mendekati Dato' Afzan lalu bersalaman. Waktu-waktu begini memang tidak sesuai untuk mereka bertekak teentang perkara yang lepas. Apa yang penting sekarang adalah keadaan Izz.
"Siapa waris Encik Izz?" soal seorang doktor lelaki yang baru keluar dari bilik kecemasan.
Dato' Afzan dan Izhaan segera mendekati. "Encik Izz sangat lemah sekarang. Dia dah sedar tapi perlukan banyak rehat. Nak masuk melawat boleh. Tapi jangan ramai-ramai sangat." Doktor itu masuk semula ke dalam bilik kecemasan.
Izhaan menghembus nafas lega mendengar kata-kata doktor itu. Dia terus masuk ke dalam bilik tersebut untuk bertemu Izz. Sayu hatinya melihat Izz terlantar di atas katil. Izz masih lagi tersenyum walaupun dalam keadaan sakit. Kembarnya itu perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Sorry Ann. Sekali lagi aku susahkan kau. Mesti kau nak happy dengan daddy tadi kan." ujar Izz sambil tersenyum.
Izhaan menggeleng lemah. "Kau tak pernah susahkan aku Izz. Kalau kau sakit, aku akan susah hati Izz."
Tidak lama selepas itu, kelibat Raysha pula kelihatan. Matanya sudah merah kerana banyak menangis. Dia terus memeluk Izz erat lalu meleraikan pelukan apabila Izz terbatuk kecil.
"Kenapa kau suka buat aku susah hati? Kenapa tak jaga diri kau baik-baik Izz." ujar Raysha sambil air matanya mengalir laju.
Izz masih lagi tersenyum. "Mana ada aku buat kau susah hati. Aku okaylah. Kau janganlah risau. Dulu kau banyak susahkan aku. Sekarang giliran aku pula lah."
Raysha ketawa kecil sambil mengesat air matanya. "Aku janji akan jaga kau Izz. Kau kena janji juga takkan tinggalkan aku."
Izhaan terus melangkah keluar. Dia perlu memberi ruang kepada dua orang itu. Dia sedar bahawa Raysha sangat sayangkan Izz lebih daripada seorang kawan. Hal itulah yang sangat menyakitkan hatinya. Tapi dia sedar, dia hanyalah orang baru dalam hidup Raysha.
"Ray, aku laparlah. Kau boleh masakkan rendang ayam untuk aku? Aku teringin sangat nak makan. Rendang kau sedap." ujar Izz tiba-tiba.
"Mana boleh. Kau sakit lagi. Nanti kau sihat sikit aku masakkan okay." jawab Raysha.
Izz menggeleng-geleng. Tekaknya ini memang nak sangat makan rendang ayam yang dimasak oleh Raysha.
"Okaylah. Nanti aku masakkan okay. Kau nak apa-apa lagi tak?" soal Raysha.
"Tak ada apa-apa. Aku nak tidur dahulu. Kau suruhlah Ann dan daddy balik dulu. Aku okay kat sini." ujar Izz lemah.
Raysha mengangguk. Tangannya pantas mengusap kepala Izz perlahan lalu dia keluar meninggalkan Izz. Sebaik sahaja Raysha hilang dari pandangan, Izz terus memuntahkan darah. Perit sekali dia rasakan sekarang.
|\|\|\|
"Keadaan Encik Izz dah teruk sangat. Masa encik dah tak lama. Saya perlu beritahu keluarga encik."ujar doktor lelaki yang merawat Izz.
"Tolonglah doktor. Jangan beritahu keadaan saya pada mereka. Saya tak nak mereka sedih." ujar Izz.
"Tapi encik...."
Izz segera memotong. "Saya merayu sangat doktor. Beritahu saja saya okay. Ini sahaja permintaan saya." Izz memandang doktor itu penuh harapan.
Doktor itu mula mengangguk. "Baiklah jika itu permintaan encik. Saya keluar berjumpa keluarga encik dahulu." doktor itu terus melangkah kelaur dari bilik kecemasan.

YOU ARE READING
IZZ ARYAN ©
Romance'Cinta tak semestinya memiliki' "Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...