'Cinta tak semestinya memiliki'
"Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan
Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah di...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DATO AFZAN menarik nafas lega apabila Izz mahu bercakap dengannya. Setelah mendapat panggilan daripada Doktor Herman, Dato' Afzan terus bergegas ke mari. Keadaan Izz sangat lemah buat masa sekarang. Jadi, dia tidak dapat berborak lama dengan Izz. Hatinya juga tersentuh melihat Izhaan yang menjaga Izz hampir setiap dahri dari luar bilik Izz. Mungkin Izhaan tak mahu merosakkan emosi Izz dengan mendekatinya kembarnya itu.
"Ann, baliklah rehat dulu. Nanti datang semula. Daddy dah suruh maid cuci apartment untuk Ann. Tapi maid cakap Ann tak pernah balik pun," ujar Dato' Afzan sambil mengambil tempat di sebelah Izhaan.
"It's okay daddy. Ann nak tunggu Izz di sini. Daddy pergilah balik. Lagipun daddy baru sampai kan." Izhaan cuba mengukir senyuman.
Dato' Afzan mengangguk sahaja. Lagipun Izhaan tak akan dengar cakapnya. Lebih baik dia kembali ke pangsapuri dahulu. Tubuhnya juga terasa sengal-sengal akibat penerbangan yang lama dari Malaysia. Dato' Afzan terus berlalu pergi meninggalkan Izhaan.
Tidak lama selepas itu Izhaan terdengar Izz terbatuk-batuk. Dia segera berlari masuk ke dalam bilik Izz. Rongga hidung Izz mengeluarkan darah yang pekat. Batuknya juga mengandungi darah yang agak pekat. Izhaan menggosok-gosok perlahan belakang Izz.
"Ann, aku sakit sangat Ann. Aku rasa macam nak putus asa saja," adu Izz sambil menumbuk dadanya berkali-kali.
Izhaan menahan tangan Izz dari terus menumbuk dadanya. Tangannya terus mencapai tisu di tepi katil Izz lalu mengelap darah yang mengalir dari rongga hidung Izz.
"Kau tak boleh putus asa Izz. Kau ada aku dan daddy. Ingat tu. Kau perlu kuat. Aku dan daddy perlukan kau." Izhaan tidak henti-henti memberi kata-kata semangat pada Izz.
Izz terus-terusan memuntahkan darah hingga Izhaan terpaksa memanggil doktor. Setelah disuntik dengan sejenis ubat, Izz kembali tidur. Sungguh Izhaan tak sanggup melihat keadaan kembarnya itu. Telefon bimbit Izhaan tiba-tiba berdering. Nama yang tertera di skrin telefonnya membuatkan dia naik angin.
"Eh perempuan, kan aku dah cakap jangan call aku lagi. Lagipun payment yang aku bagi pada kau tak cukup ke. Aku dah suruh kau stop buat semua itu kan," ujar Izhaan separuh menjerit.
"No Izhaan. I tak akan stop. Lagipun Izz dan I kan dah ada relay. You jangan macam-macam dengan I. Lima tahun lepas pun I dah tolong you kan. Setelah apa yang I bagi pada you selama ini, you nak tinggalkan I begitu ja. Now you suruh I stop," ujar Elina sinis.
Izhaan meraup wajahnya. "Jauhkan diri kau dari Izz. Kau ambil saja semua kereta dan kad kredit tu pada kau. Jangan ganggu Izz lagi. Okay El, aku akan bertangungjawab pada kau. But, please tinggalkan Izz."
Elina tidak berkata apa-apa malah dia terus menamatkan panggilan telefon. Izz melempar telefon bimbitnya ke atas lantai hingga berderai. Kini kebodohannya sendiri memerangkap dia. Izhaan memandang Izz sayu. Aku harap sangat kau cepat sembuh Izz.
Lima tahun yang lalu.....
"You tunggu di rumah I. Jangan risau sebab daddy I akan balik lewat. Semua orang gaji I dah bagi cuti dekat diorang. So, you bebas dalam rumah I." Izhaan menamatkan panggilan telefonnya.
Kini dia hanya perlu tunggu Izz pulang dari universiti sahaja. Izhaan memandu keretanya ke arah tempat yang ditetapkan. Tempat di mana dia akan memulakan semua rancangannya.
"Izhaan, Faiz cakap Izz dah bertolak balik. Maybe dalam perjalanan sekarang," ujar Ayed. Izhaan segera menyarungkan topeng pada kepalanya. Ayed turut berbuat demikian. Mereka menanti kereta Izz lalu di kawasan tersebut.
Faiz terus melompat ke arah jalan raya apabila ternampak kereta Izz. Mereka sengaja merancang kemalangan tersebut supaya Izz akan berhenti kerana dia telah melanggar seseorang.
"Oh my God! Encik okay ke." soal Izz kalut setelah dia keluar dari kereta. Berkali-kali dia menggoyang tubuh Faiz. Izhaan terus menekup wajah Izz dengan sehelai sapu tangan yang diletakkan cecair klorofom.
"Cepat angkat dia masuk kereta aku. Kau drive kereta dia then simpan dalam garaj." Mereka segera mengangkat Izz masuk ke dalam kereta. Mujurlah jalan itu agak sunyi. Jadi senang sikitlah mereka hendak menjalankan rancangan itu.
Izhaan tersenyum puas melihat Izz yang tidak sedarkan diri di sebelahnya. Hari ini daddy akan buang kau terus Izz. Aku nak lihat reaksi daddy bila anak yang dia sangat percaya selama ini hancurkan harapan dia. Biar kau rasa peritnya disisihkan oleh keluarga sendiri Izz. Kereta yang dipandu Izhaan sudah memasuki perkarangan rumahnya.
Faiz terus memarkir kereta Izz di dalam garaj lalu dia membantu Izhaan mengangkat Izz masuk ke dalam rumah. Nampaknya Elina lebih pantas bertindak. Dia sudah bersedia di atas katil dalam bilik Izz.
"Handsome juga kembar you. Kan bagus kalau dia pun buaya macam you. Boleh I layan dia macam I layan you kan." Elina menghampiri Izhaan lalu tangannya mula melingkari pinggang lelaki itu.
Izhaan tersenyum sinis. Pipi Elina dielus lembut. "Now, you jalankan tugas you. I akan tunggu di bilik. Tepat jam 10:00 malam, daddy akan balik. Pastikan Izz tak nampak muka you kalau dia sedar."
Elina memanjat naik ke atas katil setelah Izhaan keluar dari bilik. Sengaja Izhaan biarkan pintu bilik Izz terbuka supaya senang Dato' Afzan nampak. Satu persatu butang kemeja Izz dibuka. Dia menarik comforter menutupi tubuh Izz sebelum dia juga masuk ke dalam comforter itu. Tangan Izz ditarik memeluk tubuhnya.
Apabila dia terasa Izz bergerak-gerak, Elina terus membatukan diri. Kenapa kesan klorofom ni sekejap sahaja. Mujurlah dia sempat jalankan bahagian tugasnya. Kalau tidak memang gagal sahaja yang si Izhaan tempa. Tiba-tiba Izz menolak tubuhnya kasar hingga terjatuh katil. Elina segera menyembamkan wajahnya ke atas lantai. Dia perasan yang Izz cuba melihat wajahnya.
"Izz ! Apa Izz buat ni?" akhirnya Dato' Afzan sudah balik. Elina terus berlari keluar dengan hanya membaluti tubuhnya dengan comforter.
Ketika dia berlari menuruni anak tangga, tubuhnya telah berlanggar dengan Izhaan.
"Good job sayang. You balik dulu okay. Ambil kereta I. Malam ini I pergi apartment okay." Izhaan mengelus bibir Elina yang kemerahan. Langkahnya terus dibawa menuju ke bilik Izz. Tangisan Dato' Afzan jelas kedengaran di telinganya. Sungguh dia sangat bahagia sekarang ini.
+Dear #TeamIzhaan, Izhaan dah baik dah tuuu.... 👉😒👈