°tujuh°

6.3K 286 16
                                        

IZZ mengenakan sehelai jacket pada tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IZZ mengenakan sehelai jacket pada tubuhnya. Hoodie jacket tersebut digunakan menutup kepalanya. Hari ini dia ada temujanji dengan Doktor Herman. Kenapalah aku tak ambil motor belakang kafe tu. Kan dah susahkan diri sendiri. Terpaksa pula jalan kaki ke hulu dan ke hilir. Buatnya motor aku pun dah tinggal bangkai ja belakang kafe tu.

"Selamat datang Tuan Izz. Doktor Herman dah tunggu tuan di dalam," sapa jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran.

Izz mengangguk. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Tanpa langkahnya terhenti sebaik sahaja membuka pintu tersebut. Wajahnya terus merona kemerahan kerana menahan marah yang semakin kemuncak.

"Doktor dah janji kan. Kenapa doktor panggil orang tua ni? Aku boleh hidup tanpa dia lah." Izz terus menghempas pintu sekuat hati lalu berlari keluar dari klinik. Malangnya langkah Izz dihalang oleh dua orang bodyguard Dato' Afzan.

"Tepilah. Aku nak keluar." Izz cuba menolak kedua-dua lelaki itu malangnya langsung tidak berganjak.

"Maaf Tuan Izz. Kami terpaksa bawa tuan ke dalam semula." Tubuh Izz terus dibawa ke dalam bilik rawatan.

"Izz, duduk dulu. Daddy nak cakap sikit." Dato' Afzan menghampiri Izz. Bahu anaknya itu disentuh perlahan. Izz segera menepis tangan Dato' Afzan. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki separuh abad itu.

"Daddy minta maaf Izz. Daddy buat keputusan terburu-buru sangat lima tahun lalu. Izz tak salah. Daddy tahu semua itu." Pandangan Dato' Afzan sayu sahaja menerpa wajah Izz.

Izz hanya memeluk tubuh. Kata-kata Dato' Afzan langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan pada dirinya. Doktor Herman hanya diam sahaja di tempatnya. Tak mungkin dia akan masuk campur urusan dua beranak itu.

"Izz, pandanglah daddy. Izz memang betul-betul buang daddy dari hidup Izz ke. Izz nak daddy berlutut pada Izz ke? Daddy akan buat asalkan Izz maafkan daddy." Dato' Afzan segera melutut di hadapan Izz. Air matanya mengalir laju membasahi wajah tuanya.

"Sudahlah Dato'. Saya tak ada kena mengena dengan Dato' laa. Sia-sia sahaja Dato' menangis bagai. Hidup saya susah sangat dahulu. Saya kena buang universiti. Semua syarikat taknak ambil saya bekerja. Sebab apa? Sebab Dato' tak percayakan saya dahulu. Dato' buang saya bagai sampah sahaja. Saya tahu Dato' ada kuasa. Kuasa itulah yang Dato' gunakan ke atas saya. Saya merayu pada Dato' dahulu. Tapi apa Dato' buat? Dato' halau saya," ujar Izz separuh menjerit. Dia segera menjauhi daddynya yang sedang melutut itu.

"Daddy tahu semua ini salah daddy. Izinkan daddy tebus salah daddy. Kita rawat penyakit Izz dulu ya." Dato' Afzan kembali berdiri.

Izz meraup wajahnya kasar. Benarlah dia perlu fikirkan penyakit yang dialaminya.

"Kanser Tuan Izz sudah kembali aktif sejak beberapa bulan yang lepas. Kanser ini juga sudah mula merebak ke bahagian organ yang lain. Tuan Izz perlu jalani kimoterapi untuk matikan sel-sel kanser itu," terang Doktor Herman apabila keadaan sedikit tenang.

"Doktor, saya boleh bekerja seperti biasa semula kan?" soal Izz. Itu sahaja yang dia harapkan sekarang.

"Tuan Izz boleh kembali bekerja. Tapi tuan tak boleh terlalu letih."

"Izz tak perlulah kerja. Daddy akan tanggung segala kos perubatan Izz. Daddy juga akan tanggung segala keperluan Izz," ujar Dato' Afzan.

"Tak perlulah Dato'. Pandailah saya jaga diri saya. Doktor, saya pulang dahulu ya. Nanti doktor whatsapp saya je." Izz terus pergi.

Dato' Afzan menggeleng-geleng kepalanya mengenangkan sikap Izz. Tapi semua ini salahnya juga. Kalaulah dia siasat dahulu apa yang berlaku dahulu pasti semuanya tidak teruk begini. Izhaan dengan sikap keras kepalanya. Izz pula dengan pendiriannya yang tetap. Susah benar dia hendak mengawal kedua anaknya ini.

"Doktor, ini cek bernilai RM 15 000. Gunakan cek ini untuk rawatan Izz. Saya akan tambah lagi nanti." Setelah menyerahkan cek tersebut, Dato' Afzan meminta diri untuk kembali ke pejabatnya.

Izz 3:00 P.M

Jumpa aku dekat tasik sekarang. Aku ada hal sikit nak cakap.

Ray 3:10 P.M

Okay. Kejap lagi aku sampai..

Izz menyimpan kembali telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya. Bibirnya segera menguntum senyuman apabila ternampak Elina. Ini kalau jumpa tiap hari, sakit pun boleh sembuh.

"Lama I tak jumpa you. You ada masa tak? Boleh kita pergi minum. I belanja," ujar Elina.

Izz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah berjanji dengan Ray pula. Alahai, dah beberapa kali dia menolak ajakan Elina sebenarnya.

"Sorry El. I dah janji nak jumpa Ray. Lain kali okay. Sorry tau." Izz memaniskan mulutnya. Risau juga jika Elina salah anggap pada dirinya. Dia bukan jual mahal. Tapi itulah realitinyaa.

"Oh okay. Tak apa. I okay ja. Nanti kita jumpa lagi ya." Elina segera melangkah pergi. Sakit pula hatinya bila nama Ray meniti di bibir Izz. Apa kurangnya dia berbanding perempuan kasar itu. Asyik Ray sahaja yang Izz nampak.

Izz kembali menyambung perjalanannya menuju ke arah tempat yang dijanjikan. Mujurlah tasik tersebut tidak jauh dengan klinik doktor Herman. Jadi tak perlulah dia membuang duit untuk naik teksi.

"Izz !" Raysha berlari mendapatkan Izz yang berada di tepi tasik. Sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

"Aku dah cakap kan. Jangan merokok." Raysha menarik rokok yang berada di bibir Izz lalu dibuang di atas tanah.

Izz mencebik. "Leceh laa kau ni." Dia kembali memeluk tubuh.

"Kau nak cakap apa dengan aku? Macam penting saja," soal Raysha .

"Tak ada apalah. Kan dah lama tak lepak dengan kau. Takkan kau tak rindu aku," ujar Izz selamba.

Raysha mencebik. Kau tak tahu Izz, aku separuh mati rindukan kau. Kalaulah kau tahu perasaan aku yang sebeanr terhadap kau.

"Wei, kau tak payahlah pakai cap ni. Better kau lepaskan rambut kau begini. Kan cantik. Ini tak, aku rasa macam dengan jantan mana ja." Izz menarik cap yang menutupi kepala gadis itu. Rambut Raysha yang tersembunyi di sebalik cap jatuh mengurai.

Raysha terjinjat-jinjat mencapai cap yang berada di tangan Izz. Mentang-mentanglah dia tinggi, berani pula buli aku kan.

"Aku tak selesa lah. Aku lebih selesa dengan imej sekarang." Raysha menyimpul kembali rambutnya lalu disorokkan ke dalam cap.

"Yelah tu. Kau ni kalau lembut macam perempuan lain. Sah ramai lelaki cair punya. Tapi aku memang tidak lah. Sebab kau ni bukan taste aku pun." Izz menarik pipi Raysha hingga kemerahan.

"Woi sakitlah. Eleh cakap sahaja kau tu. Jangan nanti kalau aku tak ada, kau pula yang angau lebih." Raysha menjelirkan lidahnya.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang memandang kemesraan mereka penuh kebencian.

×××

1029 p.p

IZZ ARYAN ©Where stories live. Discover now