Bab 2

25.5K 699 29
                                    

"Bos, lepas lunch you ada meeting dengan Farisha." Kata-kata Maya menghentikan pergerakan tangan Fakhrul di atas papan keyboard. Kepala di angkat memandang assistantnya.

"Pica? Meeting pasal apa?" soal Fakhrul kembali.

"Meeting pasal implementation phase yang dah dijalankan minggu lepas, dia nak bagi feedback sebelum testing and integration phase di jalankan minggu depan."

"Okay, who'll attend this meeting?"

"You, Nick and Farisha."

"Okay, you come with me. Bring everything that we need for that project."

Maya hanya menganggukkan kepala, tanda faham dengan arahan Fakhrul.



"Hello. How are you?" Sapa Nick kepada Fakhrul dan Maya yang baru sampai.

"I'm fine. How 'bout you?" balas Fakhrul sekadar berbasa-basi. Nick hanya mengangguk sambil tersenyum sebagai membalas pertanyaan Fakhrul.

Mereka duduk di meja yang disediakan di bilik Nick sementara menunggu Farisha datang menyertai mereka.

"Sorry guys, I'm late." Farisha berjalan tergesa-gesa berjalan masuk ke pejabat Nick.

Perbincangan mereka dimulakan dengan penuh professional.



"Yul, you terus balik office ke?" tanya Farisha.

"Yup. Why Pica?"

"Lunch?" ajak Farisha dengan muka yang dicomelkan.

"I came with Maya." Fakhrul cuba memberikan alasan.

"Tak apa bos, I balik naik cab." Maya tidak mahu menjadi halangan mereka berdua.

"Okay, macam ni. Yul, you bagi Maya bawa balik kereta you. Nanti I hantar you balik office." Bersungguh Farisha memujuk Fakhrul.

"It's okay. Nah, Maya. Hati-hati drive. Nanti I balik sendiri. Kalau ada sesiapa cari I, cakap I masuk lambat sikit." Fakhrul memutuskan sebelum menghulur kunci kereta syarikat kepada Maya. Mujur dia memandu kereta syarikat ke sini. Tidak mungkin dia akan membenarkan orang lain memandu keretanya.



Fakhrul membiarkan Farisha membawanya ke tempat makan yang agak jauh. Malas mahu mempersoalkan tindakan Farisha. Bukan dia tidak tahu, benda kecil seperti ini pun boleh buat mereka gaduh besar.

"What do you want to eat?" tanya Farisha apabila mereka sudah duduk di dalam kafe yang sering kali di gelar hipster oleh rakan-rakannya.

"I teman you makan je. I dah lunch tadi sebelum meeting." Balas Fakhrul.

"Alaa, Yul. I tak seleralah nak makan, kalau you tak makan sama. I orderkan you lasagna eh?"

"Up to you." Fakhrul mengikut saja kehendak Farisha menimbulkan sengihan besar di bibir Farisha.

"Sebab ni lah I sayang you tau." Balas Farisha sambil ketawa kecil. Fakhrul hanya membalas dengan senyuman.

Fakhrul melayan saja sikap Farisha sepanjang menemani wanita itu makan.



"Pica, I kena balik office. Nak kena siapkan projek. I tengah handle dua project sekarang ni." ajak Fakhrul setelah setengah jam di habiskan untuk menemaninya makan.

"Project dengan Nick tinggal sikit je kan?" soal Farisha.

"Memanglah, yang projek lagi satu baru nak start, tu yang busy sikit."

"Jomlah, I hantar you balik office." Pelawa Farisha.

"It's okay, I'll grab a cab from here."

"I yang ajak you kan. So, let me." Akhirnya Fakhrul hanya membiarkan Farisha menghantarnya.

Fakhrul menghulurkan tapak tangannya kepada Farisha ketika mereka berjalan keluar café. Farisha yang melihat huluran itu tersenyum sebelum meletakkan tangannya di atas tapak tangan milik Fakhrul sebelum menggenggamnya erat.

Namun begitu, tindakan Farisha mengejutkan Fakhrul. Lantas tangannya ditarik laju. Tindakannya menimbulkan tanda tanya pada Farisha.

"Kenapa Yul?"

"Pica, you kenapa?"

"You hulur tangan, I bagilah tangan I." balas Farisha selamba.

"I minta kunci kereta you. Takkan I nak biar you drive." Terang Fakhrul.

"Ohhhh." Farisha buat mulut O sambil mencari kunci kereta didalam beg tangannya. Baru saja nak terbuai dengan sifat romantik Fakhrul, rupanya dia hanya salah faham. Keluhan dilepas kasar.

"Aik. Kenapa mengeluh? Tak bagi I drive kereta you ke?" soal Fakhrul pelik mendengar keluhan Farisha.

"Hmm. Nothing." Balas Farisha malas.

"Kalau you nak pegang-pegang, tunggu halal ye. Masa tu nanti I tak kisah you nak buat apa dengan I." balas Fakhrul menyedari Farisha sudah mula mahu merajuk dengannya.

"Halal? Bila?" soal Farisha mula teruja.

"InsyaAllah, when the right time is coming."

"Okay sayang." Balas Farisha dengan senyum lebar.

"Hey, lovebirds. Mengular eh?" tegur satu suara.

"Zack!" Farisha yang teruja sedikit menjerit.

"Bro." Fakhrul menghulur salam sebelum kedua-dua menghulur tangan 'bro fist'.

"Hai Zack, bawa girlfriend tak nak kenalkan dengan kami ke?" tegur Farisha apabila melihat tangan Zack menggenggam tangan seorang wanita di belakangnya.

"Oh, sorry. Guys, meet my girlfriend, Delisha Zulfa. Dell, meet my buddy Yul and his girlfriend Pica." Zack memperkenalkan Dell kepada kawan baiknya.

"Nice to meet you guys." Ramah Dell menyapa.

"You look familiar. Have we meet before?"

"Lame...." Selamba Farisha mengusik Fakhrul.

"No. Seriously." Fakhrul masih tidak berpuas hati.

"Tak kisahlah kalau korang pernah jumpa ke apa sebelum ni. yang penting, sekarang kau kena ingat dia girlfriend aku." Zack memutuskan persoalan Fakhrul diselangi dengan ketawa mengusik.


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now