Bab 27

17.6K 480 13
                                    

Sementara menunggu Fakhrul bersiap, Dell menghubungi Puan Mariam untuk bertanyakan tentang kesihatan Fakhrul.

"Mama, pagi tadi Yul muntah-muntah. Yul ada gastrik ke apa-apa ke? Risau pulak Dell tengok Yul pucat je."

"Biar betul? Angah jenis jarang sakit. Sebelum ni memang angah tak ada gastik. Dah pergi klinik?"

"Kejap lagi Dell bawa Yul pergi klinik area sini."

"Okay, nanti apa-apa Dell bagitahu mama tau."

"Okay ma. Assalamualaikum."

"Abang dah siap?" kepala di jenguk kedalam bilik air. Melihat Fakhrul yang sudah siap melilit tuala dipinggangnya, Dell tayang sengih.

"Baru Dell nak tolong abang."

Fakhrul geleng kepala.

"Sayang. Abang tengah tak larat ni."

"Okay abang. Laters okay?" bibir Fakhrul di kucup sekilas.

"Okay, saya rasa husband puan tak ada apa-apa. Cuma masuk angin. Bila last awak makan?"

"Pagi tadi dalam pukul pukul 3 lebih."

"Saya bagi ubat, lepas ni jangan skip makan ye."

Fakhrul dan Dell sama-sama mengangguk faham sebelum beredar ke farmasi.

"Abang. Mama ajak lunch kat rumah."

"Abang tak laratlah sayang."

"Dell drive. Nanti Dell masakkan bubur untuk abang." Senyuman manis diberikan bagi memujuk si suami. Jujur, masih banyak yang masih mahu di pelajari tentang kebiasaan dan perangai suaminya, lebih-lebih lagi ketika sakit begini.

Akhirnya Fakhrul mengangguk sebelum menyandarkan kepalanya di bahu Dell.

"Assalamualaikum." Dell memberi salam ketika sampai di hadapan rumah mertuanya.

"Sayang, abang masuk bilik dulu eh."

Fakhrul segera berlalu menuju ke bilik tanpa menunggu jawapan isterinya. Dell menjenguk ke dapur apabila ibu mertuanya masih tidak kelihatan.

"Assalamualaikum ma."

"Eh, Dell. Bila sampai ni? Tak perasan mama. Mana angah?"

"Baru je sampai ma. Yul terus masuk bilik ma. Tak larat."

"Okay tak apa. Nasib baik mama dah siap masakkan sup."

"Sup?"

"Angah ni. Kalau demam ke tak sihat ke. Memang sup ayam je dia cari. Tak susah."

Dell mengangguk menanam maklumat itu terus ke dalam kepalanya. Tangannya lincah mencapai mangkuk untuk menghidangkan sup untuk diberi kepada Fakhrul setelah disuruh Puan Mariam.

"Abang. Bangun sekejap." Bahu Fakhrul di tolak perlahan mengejutkan suaminya yang sedang terlelap di selubungi selimut walaupun aircond mahupun kipas tidak di hidupkan. Dahi Fakhrul di tekap dengan telapak tangan mengukur suhu badannya. Serentak itu Fakhrul menggeleng kepala.

"Abang.... Makan sikit ye. Lepas ni makan ubat ye."

Melihat Fakhrul yang bangun secara perlahan sebelum duduk bersandar di kepala katil buat Dell senyum. Entah kenapa, melihat suaminya yang begini terasa comel pula.

Mangkuk sup dihulur kepada Fakhrul. Namun, Fakhrul hanya membuka mulut minta di suap. Melihat perbuatan Fakhrul buat Dell kembali tersenyum. Baru dia sedar, sejak pagi tadi, Fakhrul merupakan seorang yang manja ketika sakit.

Sudu disuakan ke arah Fakhrul yang sudah bersedia membuka mulutnya dengan mata tertutup seolah sedang tidur. Namun, hanya satu suapan, Fakhrul membuka mata sebelum menggeleng kepala. Mangkuk yang dipegangang Dell juga ditolak perlahan.

"Makanlah sikit abang. Nanti nak makan ubat macam mana." Pujuk Dell.

"Sayang janji nak masakkan bubur." Suara Fakhrul yang seolah berkecil hati buat Dell garu kepala.

"Ini mama dah siapkan sup untuk abang."

Fakhrul menggeleng mendengar balasan Dell.

"Abang nak bubur sayang masak." Balas Fakhrul sebelum kembali berselubung dengan selimutnya.

"Eh, kenapa banyak lagi sup tu. Angah tak nak makan ke?" tegur Puan Mariam apabila melihat mangkuk sup di tangan Dell masih banyak berbaki.

"Yul nak makan bubur ma. Nanti sup ni Dell habiskan." Terasa bersalah mahu menjawab soalan ibu mertuanya.

"Oh, tak apalah, Dell masak je. Tahu kan? Buat saja macam rumah sendiri. Mama nak jenguk angah sekejap ye." lembut Puan Mariam berkata kepada Dell. Dell membalas dengan anggukan sebelum tersenyum manis.

Melihat Fakhrul yang baring beralaskan peha Puan Mariam, Dell ketuk pintu sebelum masuk. Puan Mariam segera menoleh ke arahnya.

"Eh, kenapa nak ketuk-ketuk. Masuk saja. Bilik sendiri kan."

"Dell takut ganggu." Dell tayang senyum serba salah.

"Angah, ni isteri kamu dah masakkan bubur." Bahu Fakhrul ditepuk perlahan mengarahkannya bangun. Melihat Fakhrul yang bermalas-malasan mahu bangun buat Puan Mariam menolak bahu Fakhrul membetulkan kedudukan anaknya itu.

"Sejak bila angah pandai makan bubur ni?"

Soalan Puan Mariam buat Dell terkejut,

"Abang tak makan bubur ke?" tanya Dell polos kepada Fakhrul.

"Biasanya angah tak suka sangat makan bubur ni." Puan Mariam menjawab bagi pihak Fakhrul.

"Abang nak Dell masakkan apa-apa ke? Selain bubur?"

Fakhrul geleng kepala sebelum menggamit Dell mendekat, minta disuapkan bubur.

Puan Mariam yang memerhati dihujung menggeleng kepala melihat Fakhrul yang berselera makan. Sebelum ini Fakhrul memang akan menolak habis-habisan jika dimasakkan bubur ketika sakit. Melihat mangkuk yang hampir licin itu buat Puan Mariam tersenyum.

'Penangan masakan isteri kot'

Baru sahaja langkahnya mahu keluar dari bilik anak dan menantunya, terkejut melihat Fakhrul yang berlari ke dalam toilet. Langkah Puan Mariam beralih, melihat menantunya sedang menggosok belakang Fakhrul yang sedang memuntahkan kembali bubur yang di makan.

"Kamu pregnant ke Dell?"

Pertanyaan Puan Mariam buat Dell dan Fakhrul berpandang ke perut Dell sebelum kembali memandang Puan Mariam pelik.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now