Bab 32

15.7K 471 24
                                    

"Bos, Encik Zakri datang nak jumpa bos."

"Zack? Ada apa?"

"Dia kata urgent."

"Never mind, let him. Buatkan kopi for both of us. Thanks Maya"



Melihat langkah Zack yang mengatur langkah ke arah mejanya buat Fakhrul rasa tidak selesa. Riak wajah yang terpeta di wajah sahabatnya itu menunjukkan yang sukar di tebak. Lantas Fakhrul menghentikan jari jemarinya yang sejak tadi rancak membetulkan coding program, tubuh diangkat berdiri menanti Zack.

Baru sahaja langkahnya di atur ke arah sahabatnya, tidak sampai sepuluh langkah. Dirinya sudah rebah ke lantai. Akibat tumbukan padu yang di berikan oleh Zack. Belum sempat merespon, kolar bajunya ditarik kasar.

"Apa kau dah buat belakang aku? Macam mana Dell boleh gugur sedangkan kau dengan dia baru kahwin?" Jerit Zack lantang.

"Kau merepek apa ni Zack? Aku dah kahwin dengan dia! Apa masalahnya?"

"Kau ada affair dengan Dell waktu Dell masih dengan aku lahanat. Itu masalahnya!"

"Tak guna kau belajar tinggi-tinggi pegang jawatan tinggi. Kalau setakat benda macam ini kau tak boleh fikir."

Kolar bajunya ditarik kasar, melepaskan cengkaman Zack pada kolarnya.

"Tak mungkin baru kahwin dah terus gugur! Kau memang jijik. Kawan makan kawan."

"Aku tak tahu apa masalah kau, sudah-sudahlah bodohkan diri kau macam ni Zack."

"Kau cakap aku bodoh Yul?"

"Kau nak apa sebenarnya datang sini?" soal Fakrul tegas, malas mahu berbalah lagi dengan Zack.

"Aku nak hak aku balik! Aku nak Dell!"

Mendengar ayat Zack buat darah Fakhrul naik mendidih. Kolar baju Zack di tarik sehingga memaksa Zack menjijitkan kakinya menyeimbangkan badannya dengan tarikan Fakhrul yang melebihi ketinggiannya.

"Delisha Zulfa is my wife! Kau sebut lagi benda macam ni, jangan salahkan aku kalau gigi kau hilang. Aku serius Aiman Zakri." Tegas Fakhrul memberi amaran kepada Zack.

"Aku tak akan biarkan kau bahagia di atas penderitaan aku!" langkah Zack yang mahu keluar dari bilik pejabatnya terhenti apabila mendengar Fakhrul bersuara membalas.

"Kandungan Dell baru nak masuk minggu ketiga waktu dia gugur, sedangkan aku dengan dia dah tiga minggu kahwin. I don't know why you keep making things so hard for me, for all of us. Satu aku nak kau tanam dalam-dalam kat dalam otak kau. Once Delisha jadi isteri aku, tak mungkin orang lain boleh rampas dia dari aku. Even orang tu kau!"

Zack menyambung langkahnya tanpa menoleh ke arah Fakhrul.

Laptop di hadapannya di tutup kasar. Kedatangan Zack sebentar tadi benar-benar mematikan moodnya. Laptop segera di simpan semula ke dalam beg.

"Hello, along, aku half day tau hari ni. Aku risau kat Dell."

"Thanks along."

Langkahnya di atur keluar dari pejabat setelah mendapat kebenaran daripada Fakhri tentang cuti separuh harinya.



Melihat Fakhrul yang terlena di sebelahnya buat Dell terkejut. Entah bila suaminya itu balik malah sudah berbaring di sebelahnya. Dengan kedudukan dekat begini buat Dell jadi rindu dengan kehangatan tubuh suaminya itu.

Kedudukan wajah Fakhrul di bahunya di perhatikan. Perlahan jarinya menyusuri wajah kacak milik suaminya sebelum melabuhkan kucupan ringkas di kening, turun ke hidung sebelum singgah perlahan di bibir seksi milik Fakhrul. Baru sahaja wajahnya di tarik ada tangan lain yang menarik wajahnya daripada menjauh. Sejurus itu, bibirnya di pagut lembut sebelum rentak bertukar menjadi semakin hangat sempat tangan Dell menolak dada suaminya.

"Abang, I masih dalam pantang ni." Tegas Dell mengingatkan.

"Sorry, you're so addictive that I forgot about that." Balas Fakhrul nakal sebelum mengakhiri kucupannya di dagu Dell.

"Awalnya balik?" soal Dell sengaja mahu mengubah topik.

"Abang risau kat sayang. So here I am." Fakhrul tayang sengih. Tidak mungkin dia bercerita tentang kehadiran Zack yang membuatkan fikirannya bercelaru.

"Thanks abang. But you don't have too. I dah okay." Balas Dell mengenyit sebelah matanya.



Telefon Dell yang berdering menarik perhatian Fakhrul yang sedang melipat sejadah. Spontan tangannya mengangkat telefon yang sedari tadi menjerit minta di angkat. Belum sempat Fakhrul bersuara, pihak sebelah sana sudah bersuara.

"Hey. Ini baru sikit. Lain kali jangan belagak sangat. Remember that, Yul is mine. I tak sangka pulak you ni lembik sangat, baru kena tolak sikit dah gugur? Pulangkan balik Yul pada I, sebelum you kena hilang balik benda lain."

"What do you mean by that Farisha Ameena?"

Tittttt.

Telefon di tangannya diperhati dengan penuh curiga. Lantas telefonnya pula diambil untuk menyemak nombor yang telah menelefon Dell sebentar tadi.

'This is not Pica's number. But that voice was exactly like hers.'



"Abang, buat apa tu?" tegur Dell melihat Fakhrul yang asyik membelek telefon bimbit miliknya. Dell menghampiri suaminya apabila soalannya dibiar tidak berjawab, punggung dilabuhkan di sebelah Fakhrul.

"Ada apa yang you tak bagitahu I ke?"

"Bagitahu apa ni sayang." Balas Dell manja. Clueless.

"Apa yang jadi sebelum malam you keguguran? Siapa yang you jumpa hari itu?"

Terdiam Dell mendengar pertanyaan Fakhrul yang kedengaran tegas sekali.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now