Bab 25

17.4K 442 8
                                    

"Fazrin. I nak you handle testing and integration phase for project under Berlian Company. You'll be working with Nick and Farisha for this project. I've already talked Nick about this. I need to focus on our new project with Maju's company. So, that's all for today. Thank you."

Fakhrul menghabiskan meeting itu tepat pada pukul 7. Meeting mengejut itu terpaksa di jalankan walaupun waktu kerja sudah hampir tamat, akibatnya, mereka di bawah jabatan ICT terpaksa pulang lewat.

Setelah mengerjakan solat fardu Maghrib, Fakhrul berkira-kira untuk menjemput isterinya. Meja kerjanya di kemas sebelum bergerak meninggalkan pejabat. Namun, langkahnya terhenti apabila melalui pantry.

"Betul. Cuba kau fikir secara realistik menggunakan logik akal kau."

"Aku tak percayalah bos handsome macam tu. Dia profesional kot."

"Kau perasan tak. Sebelum ni mana ada bos pass project dia handle kat orang lain. Kenapa tiba-tiba dia nak pass project dengan syarikat yang ada kerjasama dengan Pica tu dekat Fazrin?"

"A'ah eak, tapi kan. aku still"

"Ehem."

Sengaja Fakhrul berdehem bagi menyedarkan mereka tentang kewujudannya di situ.

"Eh, bos. Ke.. kenapa bos tak balik lagi?" gugup Muna bertanya.

"I nak balik ni. Tiba-tiba rasa haus pulak. Itu yang singgah pantry kejap. Ada cerita baru ke? Macam seronok je?"

"Eh, tak adalah bos. Sembang-sembang je." sampuk seorang lagi.

"Eh, you under Department apa ye? I macam tak pernah nampak je?"

"Oh, saya Syima dari Akaun. Tingkat 4. Sebab tu Encik Fakhrul jarang nampak saya."

Fakhrul hanya mengangguk kepala. Dia beriak biasa dengan mengambil mineral water dari water dispenser machine sebelum membasuh cawannya di sinki. Melihat wanita berdua itu diam, buat senyum sinisnya timbul. Langkah di hala keluar pantry namun kakinya berhenti di pintu keluar.

"Muna. Siapa tadi? Syima? Kalau tak tahu kebenaran sesuatu cerita itu, lebih baik tanya terus dengan tuan badan, takut kita cerita benda yang tak betul, kan. Nanti jadi fitnah pula." Fakhrul berikan senyuman manis di hujung bicaranya apabila melihat dua orang wanita tadi seakan tergamam. Langkah di teruskan ke klinik gigi isterinya.



"Zack?"

"I datang sebagai patient yang nak cuci gigi."

Melihat Zack yang tersenyum lebar itu seolah membawa maksud yang sukar di mengertikan buat Dell telan liur sendiri. Sudahnya, dia cuba bersikap professional dengan mempersilakan Zack duduk di kerusi rawatan. Sakinah dipanggil bagi membantunya.

Mata Zack yang sedari tadi merenung matanya buat Dell semakin tidak selesa. Zack seolah sengaja mahu mengganggu konsentrasinya. Sengaja Dell tidak mahu menentang panahan mata Zack. Kalau sebelum ini, mata ini yang sering mencairkan hatinya. Dalam kepalanya kini hanya mahu cepat-cepat menamatkan sesi cuci gigi ini dan terus keluar menunggu Fakhrul.

"Done."

Dell yang mahu beredar terhenti langkahnya apabila terasa pergelangan tangannya ditarik perlahan. Dell berpaling. Memberi pandangan yang tajam sebagai amaran supaya Zack melepaskan tangannya.

"Okay. Sorry. Please give me ten minutes. Just two of us." Pinta Zack bersungguh.

"There's nothing to talk about anymore."

"Please, just five minutes."

"Sorry, but my husband is waiting for me."

"Please..."

"Three minutes. Spit it."

"First, I still sayang you, I menyesal sebab terburu-buru buat keputusan."

"Second, boleh tak kalau you bagi I satu lagi peluang untuk I tebus semuanya, bagi I peluang untuk kembalikan semula apa yang kita ada sebelum, you and me. No Fakhrul in the page. How I regret to let you know Fakhrul." Zack menyambung kembali apabila melihat Dell yang hanya berdiam diri memberi sepenuh perhatian kepadanya.

"Time's up!"

"First, I met Fakhrul before we met him with Pica. Second, I love Fakhrul, not you. Not anymore. Last but not least, I harap you boleh terima that we're not meant to be together. Jodoh I dengan Fakhrul bukan dengan you." tegas Dell lagi.

"Tapi sayangggg..." tangan Dell di genggam kembali.

Tidak sempat mahu menarik, bunyi pintu yang terbuka buat perbuatan keduanya terhenti.

"Hands off man. What do you think you're doing dude!"

Serentak itu tangan Dell direntap kasar dari genggaman Zack.


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now