Bab 21

22.8K 509 18
                                    


"Abang tengah tunggu waktu berlepas ni. Mira buat apa kat sini? Baru sampai ke dah nak balik Malaysia?"

"Mira baru sampai. Abang holiday ke? Ke ada kerja?"

"Abang..."

"Honeymoon." Dell memotong perbualan mereka. Sakit hati melihat kemesraan wanita di hadapannya dengan suaminya.

"Ohh.." Panjang muncung wanita itu mendengar ayat Dell.

"Oh, Mira. Ni wife abang, Delisha. Sayang, ni junior abang masa belajar dulu. Nurul Amira."

Dell mengangkat kepala dari bahu Fakhrul sebelum menghulur tangan kepada wanita itu. Lambat baru tangannya disambut. Mira yang melihatnya atas bawah buat Dell geram.

"Flight abang pukul berapa ni?" kerusi di hadapan Fakhrul di tarik dan terus duduk tanpa di pelawa. Fakhrul pula serba salah apabila Dell mula buat muka melihat gelagat Mira. Bukan tak tahu cemburu isterinya itu.

"Kejap lagi je ni. Abang pun dah nak masuk departure hall ni."

"Laa. Yeke, baru nak berbual dengan abang. Mira baru sampai." Suara Mira yang sengaja di lunakkan buat Dell semakin meluat. Tangannya lantas menarik lengan Fakhrul. Selamba kepalanya didaratkan di dada bidang milik suaminya itu. Sengaja mahu menunjuk kepada Mira. Nyata tindakannya menarik perhatian keduanya. Mira yang melihat kelihatan tegang, manakala Fakhrul tergamam.

Tangannya naik mengusap rambut Dell sebelum matanya kembali memandang Mira di hadapannya.

"Sorry ye Mira, wife abang sakit kepala. Itu yang melepek je dari tadi." Fakhrul tayang sengih. Bohong sunat.

"Oh. Patutlah." Balas Mira, matanya tidak lepas memandang Dell yang asyik menyandarkan kepalanya di dada bidang milik Fakhrul.

"Eh, kami nak kena masuk departure hall ni. Jumpa lagi Mira. Sorry tak dapat borak lama."

Mira hanya mengangguk sebelum matanya memerhati langkah pasangan itu meninggalkannya sendirian di meja itu.

"Haih, ex-crush. Kahwin dah kau."



"Abang buat apa kat sini? Eh, abang punya flight pukul berapa?" mendengar suara Dell yang mengajuk perbualannya dengan Mira tadi buat Fakhrul menoleh.

"Eh, Mira. Abang tengah tunggu flight ni. Abang nak balik Malaysia."

Fakhrul membiarkan saja Dell yang masih mengajuk perbualannya dengan Mira.

"Patutlah bila orang panggil dia abang dia tak layan kita." Bentak Dell geram apabila Fakhrul masih tidak memberi reaksi terhadapnya. Mendengar keluhan Dell buat Fakhrul tersentak. Tidak menyangka isterinya akan berfikir seperti itu.

"Sayang, I suka sangat kalau sayang panggil I abang. Tapi I tak nak kalau you panggil sebab rasa terpaksa. Nanti jadi tak ikhlas." Fakhrul menarik kepala Dell supaya bersandar pada dadanya sebelum rambut itu di cium penuh kasih.

"Baby. I tak kisah pun semua tu. I ikhlas nak panggil you abang. I tahu you suka. I'm glad to do things that you love." Dagu Fakhrul dicium sekilas.

"Okay then. Up to you sayang." Balas Fakhrul kembali mengusap rambut Dell.

"Okay, abang." Terbit senyuman di wajah kedua pasangan itu.

"Abang."

"Ya sayang."

"Abang"

"Hmm"

"Abang"

"Ya sayang, kenapa?"

"Abang..."

"Delisha Zulfa, apa.."

"It's sound so lovely. Abang." Dell memotong ayat Fakhrul sebelum kembali mengulang panggilan itu tanpa jemu. Dell tahu, dia sangat ikhlas menggunakan panggilan itu.

"Abang sayang sangat kat you. Semoga hubungan kita diberkati Allah sampai ke Jannah. Kalau boleh, abang nak Dell jadi ketua bidadari untuk abang kat syurga nanti." Bisik Fakhrul perlahan.

"Ketua bidadari abang di syurga?"

Fakhrul hanya membalas pertanyaan isterinya dengan senyuman. Fakhrul sendiri masih tercari-cari jalan untuk menjadi pemimpin dan ketua keluarga yang baik yang dapat memimpin keluarganya ke syurga di akhirat kelak.

Dell yang mendengar kata-kata Fakhrul tersentap. Nadanya biasa-biasa saja, entah kenapa dia merasakan sesuatu yang cuba di sampaikan oleh suaminya.



"Welcome homeeeee" Fasha menjerit menyambut Fakhrul dan Dell yang baru tiba di jemput oleh Fakhri. Beg di tangan Fakhrul di ambil. Spontan tangan abangnya itu menggosok kepala Fasha.

"Angah! Apa ni? Habislah rambut orang." Marah Fasha.

"Padan muka." Fakhrul yang menjelir lidah buat Dell menggeleng kepala.

Setelah mengagihkan souvenirs, Dell dan Fakhrul merehatkan badan di bilik Fakhrul.

"Cantiknya bilik abang." Puji Dell mengelilingi bilik Fakhrul, meninjau suasana bilik suaminya itu.

"Tak secantik sayang."

"Amboi. Manisnya mulut dia."

"Yeke? Patutlah sayang suka."

"Suka apa?"

"Mulut abang."

Mendengar jawapan balas Fakhrul buat Dell tertawa riang. Ada saja modal Fakhrul untuk mengusiknya. Dia berdoa agar bahagia yang dirasai bersama Fakhrul sekarang akan berkekalan hingga ke akhirnya.



"Good night sayang. Jangan lupa baca doa tidur." Bibirnya di lekapkan di dahi Dell.

"Good night kiss mana?" soal Dell mengusik.

Fakhrul mendekatkan wajahnya dengan wajah Dell sebelum melekapkan bibir mereka. Senyuman diukir manis. Dell memeluk suaminya erat. Menarik lengan Fakhrul menjadi bantalnya. Mata dilelapkan apabila Fakhrul membalas pelukannya, erat.

"I doakan, semoga sayang jadi anak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, serta wanita yang baik."

Samar-samar Dell mendengar suara Fakhrul yang seakan berbisik, lebih lagi dalam keadaannya yang sudah melangkah ke alam mimpi.

"Arghhhhh! Fakhrul!"


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now