Bab 13

23.2K 566 25
                                    


"Eh. Eh. Tak payahlah." Tolak Fakhrul segan.

"No. I tetap nak mandikan you." balas Dell degil. Lantas bajunya dibuka, meninggalkan bra dan panties sahaja. Selamba saja Dell mengisi air di dalam jakuzi, menyusun sabun di sebelah jakuzi bagi memudahkannya sebelum mengambil kain lalu membalut luka di tangan Fakhrul. Fakhrul sudah menelan liur, tidak menyangka sikap selamba isterinya itu diperhatikan saja langkah Dell didalam bilik mandi itu.

"You look like a Victoria Secret's model." Tegur Fakhrul, ketika Dell menarik tangannya supaya masuk ke dalam jakuzi mandi. Dell mengangkat sebelah kening. Nakal.

"Lucky you," selamba Dell menjawab sambil matanya merenung Fakhrul sebelum tangannya menarik tuala si suami, meninggalkan boxer sahaja. Tangannya baru sahaja menarik boxer Fakhrul terhenti apabila tangannya di tahan oleh Fakhrul. Kening diangkat menyoal perbuatan Fakhrul.

"You pusing belakang sekejap." Perlahan saja Fakhrul berkata.

"You segan ke?" Dell menahan ketawa tetapi badan tetap di pusing ke belakang. Mendengar bunyi air berkocak buat Dell menoleh ke arah jakuzi. Kakinya turut melangkah memasuki jakuzi. Tangannya galak menyiram badan Fakhrul yang kering, untuk memudahkannya menyabun badan si suami. Tangan kiri suami di letak ke tepi jakuzi. Takut akan memedihkan jika terkena air. Fakhrul membiarkan saja Dell memanjakan tubuhnya. Perlahan-lahan tangan kanannya bergerak mencari sasaran. Pinggang Dell menjadi sasaran pertamanya, tangannya mengusap pinggang Dell, melihat reaksi Dell yang masih selamba menyabun badannya buat tangannya bertindak lebih nakal. Tangannya dijalarkan ke belakang badan Dell, sebelum menarik badan itu melekat di dadanya. Perbuatannya kali ini nyata mengalih tumpuan Dell sekaligus menghentikan perbuatan Dell yang asyik membersihkan badannya. Mata saling bertatapan, tiada perkataan yang dikeluarkan daripada Dell mahupun Fakhrul. Wajah didekatkan dengan wajah Dell tanpa mengalihkan panahan matanya yang masih lagi merenung Dell. Bibirnya di satukan dengan bibir Dell buat dua saat. Matanya kembali menatap wajah Dell, sekadar melihat reaksi Dell.

Melihat Dell seakan merelakan buat Fakhrul menggamit kembali bibir itu. Bibir bawah Dell digigit sebelum lidahnya dimainkan dengan lidah milik Dell. Setelah mendapat balasan dari Dell, tangannya naik memegang belakang leher Dell sebelum kepala disengetkan bagi mendalami kucupan mereka. Malahan tangan Dell juga sudah makin nakal dengan bermain-main di dada dan leher Fakhrul. Ciuman di alihkan ke leher Dell. Sempat ditinggalkan beberapa love bite di leher dan bahu Dell. Dell turut hanyut dengan godaan Fakhrul terus naik ke atas riba suaminya itu sambil menarik kepala Fakhrul, bibir suaminya itu di jilat sebelum lidahnya masuk mencari lidah si suami. Fakhrul memaksimakan penggunaan sebelah tangannya, cangkuk bra milik Dell di buka tanpa memutuskan kucupan mereka.

Dell hanya membiarkan perbuatan Fakhrul kerana pada hari dia menerima lamaran Fakhrul dia sudah bersedia untuk menyerahkan segala-galanya kepada Fakhrul.

Tangan Fakhrul melurut tali bra milik isterinya. Dell turut memberi kerjasama membenarkan perbuatan Fakhrul. Dell yang turut high turut memainkan peranannya. Tangannya bermain dengan rambut Fakrul sambil bibirnya sudah mula menjalar ke rahang Fakhrul. Sengaja dia menggigit rahang Fakhrul sehingga terkeluar desahan Fakhrul. Mendengar desahan Fakhrul buat Dell semakin bersemangat, lidahnya sudah mula menjilat telinga sebelum menggigit manja telinga suaminya itu tangannya pula sudah mula bermain dengan ketulan-ketulan di perut Fakhrul.

Tidak mahu kalah, Fakhrul mula meletakkan tangannya di punggung milik Dell. Bibirnya galak meninggalkan love bite di serata tubuh isterinya sambil tangannya mula meramas punggung pejal milik Dell hingga buat Dell mendesah.

"Sayangg..." Fakhrul berbisik perlahan.

"Zack."

Nafsu yang sedang berada di puncak itu serta-merta mati mendengar nama yang keluar dari mulut isterinya. Tangan dan bibirnya sudah terhenti. Tangan kanannya mengangkat Dell dari atas ribanya lalu kaki melangkah keluar dari jakuzi. Membersihkan diri di bawah shower.

Treat You Better ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora