Bab 28

19K 462 18
                                    

"Hello. Adik. Kat mana?"

"Oh, okay. Balik nanti singgah farmasi."

"Belikan angah pregnancy test kit. Belikan je yang macam mana pun. Beli dua tiga biji pun tak apa."

Mendengar perbualan Fakhrul di telefon buat Dell garu kepala. Melihat panggilan yang sudah dimatikan, Dell mengambil tempat di sebelah Fakhrul di atas katil. Perutnya digosok perlahan.

Gosokannya terhenti apabila tangan Fakhrul turut sama menggosok perutnya yang kempis. Pandangan di alihkan ke wajah Fakhrul dengan pandangan pelik.

"Kita baru kahwin berapa minggu. Macam cepat sangat je nak pregnant?" Dell buat kira-kira.

"Masuk hari ni. almost three weeks jugak sayang." Balas Fakhrul.

"Abang jangan berharap sangat tau. Takut false alarm." Tegur Dell apabila melihat Fakhrul yang asyik bermain perutnya, kadang di cium-cium perut kempis miliknya.




Ketukan di pintu buat Fakhrul terjaga. Dell yang mahu bangun untuk membuka pintu di tahan.

"You tak sihat lagi kan?" Dell menegur Fakhrul.

"It's okay sayang."

Pintu di buka, melihat Fasha di depan pintu bersama plastik berisi pregnancy test kit buat Fakhrul tersenyum lebar.

"Thanks adik. Nanti angah bayar balik." Dahi adiknya dicium sekilas sebelum menolak Fasha masuk ke biliknya.

"Sayang, jom." Ajak Fakhrul bersemangat menarik Dell masuk ke dalam toilet.

"Malu lah." Dell bersuara ketika melihat Fakhrul masih tidak berganjak.

"Oh. Okay, jangan kunci. Abang tunggu kat depan pintu."

Dell membaca arahan di kotak pregnancy test kit itu sebelum bertindak mengikut arahan yang telah di baca. Sementara menunggu keputusan, Dell membuka pintu membenarkan Fakhrul masuk untuk sama-sama menunggu keputusan dari kit yang telah di gunakan tadi. Kotak di tangan Dell diambil sebelum dibaca.

"Abangg..."

Fakhrul menoleh ke arah Dell yang sudah bergenang air mata sebelum matanya beralih ke arah pregnancy test kit.

"Maksudnya?" Fakhrul blur. Walaupun baru sebentar tadi dia habis membaca penerangan di kotak kit tersebut.

"Dua line abang!" tunjuk Dell mengangkat kit tersebut. Tidak dapat meyembunyikan kegembiraannya, segera meloncat ke arah Fakhrul.

"I'm pregnant!" bisik Dell perlahan di telinga Fakhrul."

Bisikan Dell buat Fakhrul menarik leher isterinya, mahu menatap mata indah itu. Dell mengangguk meyakinkan Fakhrul. Fakhrul meraih kembali tubuh Dell sebelum berpusing-pusing mengangkat isterinya. Namun hanya seketika.

"Abang penat." Kata-kata Fakhrul buat Dell tertawa sebelum Fakhrul kembali memeluk isterinya erat.

"Abang, abang tak sihat lagi tau." Dell mengingatkan suaminya sambil menggosok dada Fakhrul lembut.

"Abang rasa dah sihat bila dapat tahu Yul junior is coming. Love you sayang."

"How do you know Yul junior yang coming? Kalau Dell junior?"

"YulDell Junior then." Senyuman ceria di beri kepada isterinya.

"Thanks sayang." Dahi Dell dikucup bertalu-talu.

"Kejap lagi kita pergi klinik eh. Untuk confirm kan?" ajak Dell.

Fakhrul mengangguk laju.

"Dah sihat kamu ngah?" tegur Puan Mariam apabila melihat Fakhrul dan Dell mahu keluar.

Treat You Better ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora