Bab 15

24.1K 549 10
                                    


Bunyi pancuran air dari bilik mandi mengejutkan Dell dari lenanya. Dell bangun dari baringnya, duduk bersila di atas katil sementara menunggu Fakhrul keluar dari bilik mandi.

"Oh mak!" terkejut Fakhrul melihat isterinya duduk bersila di atas katil dengan rambut yang tidak tersisir rapi. Dell hanya tergelak melihat telatah suaminya sebelum bergerak ke arah cermin. Rambutnya dirapikan, perlahan langkahnya menuju ke arah Fakhrul.

Terlepas baju yang baru sahaja ingin di sarung dek perbuatan Dell yang memeluknya erat.

"You... I nak pakai baju ni. Kita tak solat zohor lagi." tegur Fakhrul apabila Dell makin mengeratkan pelukannya.

"You mimpi apa tadi?" Dell melerai pelukan memberi ruang untuk Fakhrul memusing badan menghadapnya. Tubuh Fakhrul kembali diraih apabila tubuh itu sudah berhadapan dengannya.

"Mimpi?"

"You cakap 'You look gorgeous in your bikini sayang. Better than Victoria Secret's model'. You mimpi siapa pakai bikini?" Dell buat muka tidak puas hati.

"I mimpi you, pakai bikini." Selamba Fakhrul menjawab.

"Kenapa nak sampai termimpi? I boleh pakai bikini depan you, anytime you want." Balas Dell menggoda, tangannya bermain dengan tuala di pinggang Fakhrul. Fakhrul diam memerhati.

"Hmm." Balas Fakhrul pendek.

Mendengar balasan Fakhrul buat Dell geram.

'Takpe, you jual mahal. Kita tengoklah nanti' bisik Dell dalam hati sebelum bergerak ke bilik mandi meninggalkan Fakhrul.



"Yul naik kerja bila?" soal Encik Helmi ketika mereka bersantai usai makan malam.

"InsyaAllah minggu depan pa."

"Dell?"

"Tak tahu lagi. Lepas Yul naik kerja, Dell pun naiklah. Malas nak duduk rumah seorang." Dell tayang sengih.

"Nak pergi honeymoon? Papa belanja."

"Betul ke pa?" Dell teruja mendengar tawaran Encik Helmi. Makin teruja apabila Encik Helmi menganggukkan kepalanya mengiyakan pertanyaan Dell.

"Eh, tak apa lah papa. Seganlah saya." Fakhrul menolak lembut.

"Hey, nak segan apa. Kebetulan kawan papa buka hotel baru, so, dia offer papa pakej bulan madu. Tapi papa nak bulan madu dengan siapa. So, papa nak bagi peluang kat princess dengan menantu papa ni. Lagipun saja, support bisnes kawan-kawan. What do you say Yul?"

Fakhrul kelihatan berfikir. Dell menarik lengan Fakhrul. Dagunya di letak di bahu Fakhrul sambil matanya di kelip-kelipkan.

"Jom sayanggggg.." pujuk Dell meleret.

"Okay. InsyaAllah pa."

"Good. Lusa kamu berdua geraklah. Nanti siapkan apa yang patut."

"By the way, kat mana pa?"

"Jogjakarta."

"Terima kasih pa." Fakhrul memberi senyuman ikhlas.

"Thanks papa." Dell memeluk erat papanya sebelum memberi ciuman di pipi itu.



Sesekali tubuh Fakhrul yang berbaring di atas katil di jelling. Geram dengan sikap Fakhrul yang masih lagi dingin dengannya. Kepalanya sedang merangka cara untuk memujuk suaminya itu. Bunyi telefon bimbit Fakhrul yang berbunyi menggamit Dell untuk menjengah skrin iPhone itu.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now