Bab 33

16.6K 445 10
                                    

Lama suasana sunyi menyelubungi Dell dan Fakhrul.

"Apa maksud abang ni? Dell tak faham."

"Lepas balik kerja you pergi mana? You jumpa siapa?"

"I tunggu adik sampai, then balik. I masak, then tunggu abang balik, we ate together and later that night I miscarried"

Spontan air mata Dell berguguran mengenangkan tragedi kegugurannya.

"Sayang?" terkejut Fakhrul melihat air mata isterinya yang sudah mula mengalir laju.

Mendengar suara Fakhrul menambah lagi kesedihan Dell, semakin laju air mata si isteri mengalir.

"Sorry sayang, I'm sorry. Abang bukan marah sayang. Abang just.." kata-katanya mati, tidak tahu bagaimana mahu menerangkan tentang perasaannya sekarang. Namun, mendengar tangisan isteri buat Fakhrul berfikir semula.

'Ini bukan soal perasaan aku seorang.' Bisik hati kecil Fakhrul.

Tubuh Dell di sebelahnya ditarik perlahan ke dalam pelukannya. Mengusap lembut bahu si isteri sambil mengucup hujung kening Dell bertalu-talu.

"I'm scared." Bisik Dell perlahan.

"I'm so sorry sayang, I didn't meant too."

Tangan Dell yang sejak tadi kaku memeluk tubuh sendiri bergerak memeluk erat tubuh Fakhrul.

"Tadi ada orang call your phone, I pick it up and she's start talking nonsense. And I've got the feeling that she have something to do with our lost."

"Siapa yang call?" tanya Dell pelik, hilang terus sedihnya berganti dengan perasaan yang aneh dan tidak sedap hati.

"Abang tak sure. At first I thought it was Pica. But now, I'm not sure either."

"Pica?"

Diam. Lama wajah Fakhrul yang sedang berfikir itu diperhatikan. Fakhrul yang terasa dirinya diperhatikan mengalih perhatian terhadap isterinya.

"Kenapa sayang?"

"That day..." menggigil tangannya membayangkan segala kemungkinan yang sedang bermain di fikirannya.

"Masa balik itu, I ajak adik singgah 7E."

Fakhrul sabar menanti Dell menghabiskan ceritanya.

"I met Pica there"

"I baru ingat yang I jatuh depan Pica and her friend."

"Was Pica's the one that made you fell?" pintas Fakhrul tidak sabar.

"I... I.. tak tahu. Sedar-sedar je I dah atas lantai."

"7E mana you pergi? Pukul berapa? Berapa ramai dalam kedai masa itu?"

"Abang. Dell tak ingat. Yang pasti 7E itu ada sebelah kanan jalan on the way balik rumah dari klinik I."

"Tak apa. Abang tanya adik nanti. You tak perlu risau, lepas ni abang akan jaga sayang abang ni betul-betul. You pun, kena sihat cepat-cepat, so that we can make baby sooner" nakal Fakhrul mengusik isterinya.

"Okay abang, tak sabar nak ada baby." Balas Dell selamba.

"Okay sayang, abang pun tak sabar" tangan Fakhrul nakal menarik sedikit kolar baju Dell menyelak untuk memerhati dalam baju si isteri.

"Heyy." Tangan Fakhrul di tepuk manja.



"Dell betul dah sihat ni? Tak nak sambung cuti lagi?" risau Puan Mariam dengan kesihatan menantunya.

"Betul ma, jangan risau, esok dengan lusa Dell cuti lagi, Khamis nanti baru masuk klinik. Dah lama rasanya tak masuk klinik. Kesian Dr Amni asyik kena cover Dell."

"Okaylah kalau macam itu. Angah. Jaga isteri elok-elok. Jangan sibuk sangat dengan kerja itu."

"Baik ma. Angah balik dulu. Terima kasih for everything. I love you." Balas Fakhrul lantas memberi kucupan ringkas di dahi Puan Mariam.



"Sayang rehat je okay? Abang masakkan dinner."

Dell angkat jari isyarat okay sambil kaki melangkah ke bilik tidur. Manakala Fakhrul sudah mula membuka peti ais untuk melihat bahan-bahan memasak.

Badan Fakhrul yang masih menghadap dapur dipeluk erat. Hidungnya galak mencium belakang badan Fakhrul yang tidak berbaju.

"Sayang, terkejut abang." Tegur Fakhrul tanpa menoleh ke arah isterinya.

"Apa yang seksi sangat time masak ni baby?" Fakhrul hanya ketawa dengan pertanyaan si isteri.

"Masak apa?" soal Dell lagi.

Mangkuk berisi mee goreng ditunjuk ke arah Dell sambil memusingkan tubuh berhadapan dengan isterinya.

"Abang!" jerit Dell apabila mangkuk berisi mee goreng itu hampir terlepas dari pegangannya.

"Haa?" Fakhrul blur mendengar jeritan Dell yang kedengaran terkejut.

"Apa abang ni? Sayang you ada dekat sini je tau, jangan nak berangan ingat orang lain pulak. Nasib baik tak jatuh mee ni." Tegur Dell meletak mangkuk mee ke atas meja makan,

Terangkat bahu Dell apabila Fakhrul pula memeluknya erat dari belakang.

"Siapa yang seksi sebenarnya ini?" tegur Fakhrul dengan nada nakal. Mendengar ayat Fakhrul buat kepalanya metoleh kebelakang mahu melihat wajah si suami.

Cupp!

Ciuman sekilas yang diberi Fakhrul buat Dell terdiam. Melihat Dell yang terdiam buat Fakhrul makin menjadi-jadi. Tubuh si isteri di terbalikkan menghadapnya. Senyuman manis dihulur buat Dell apabila melihat wajah isterinya yang tiba-tiba bertukar kemerah-merahan. Ibu jarinya mula mengusap lembut pipi Dell sebelum berhenti sebentar di tepi bibir seksi itu. Perlahan wajahnya di bawa mendekati wajah si isteri. Lantas bibir itu dipagut kemas sebelum masing-masing hanyut dalam sesi melepas rindu itu.

Tingg!

Tingg!!

Dell menolak perlahan perut Fakhrul. Fakhrul menayang muka tak bersalah sebelum beredar ke pintu masuk. Dell pula masuk ke bilik tidur untuk menyarung pakaian yang lebih sopan. Belum sempat Dell menyalin pakaian, Fakhrul sudah masuk ke dalam bilik tidur.

"Siapa yang datang?"

"Along, dia singgah hantar abang punya laptop yang tertinggal. Tapi dia dah balik, tak perlu tukar baju. Jom. Makan." Fakhrul menarik cardigan yang dipegang Dell sebelum mencampak ke atas katil sambil menarik lengan si isteri ke dapur.



"Sedapnya abang masak. Kalahlah I macam ni." Gurau Dell setelah menghabiskan mee dalam pinggannya.

"Tengah bodek ke ni?" balas Fakhrul turut bergurau sambil turut membalas pandangan menggoda Dell.

Sudahnya, Dell bangun untuk mengemas pinggan mangkuk yang digunakan.

Bunyi air dari bilik mandi buat Dell senyum sendiri sebelum berbaring di atas katil. Bantal di peluk erat.

"Sayang? Dah tidur ke?" Tegur Fakhrul melihat Dell yang sudah berbaring memeluk bantal peluk. Kain tidur yang dipakai Dell sudah terselak hingga menampakkan punggung bulat miliknya yang dibaluti seluar dalam berenda. Tarik nafas panjang Fakhrul yang melihat.

Badan dibaringkan sebelah Dell. Spontan tubuh si isteri datang melabuhkan kepalanya di dada Fakhrul dengan tangan yang memeluk erat tubuh itu.

"Sayang, don't do this." Perlahan saja Fakhrul bersuara apabila teringat kata-kata Fakhri sebentar tadi.

"Mama pesan, jangan terus terjah." Tenang Fakhri menyampaikan pesan Puan Mariam

"Kenapa pulak? Kan dah habis pantang?"

"Sayang isteri kan? Tunggu dulu. Bukan lama pun bil kau tu tertunggak. Sabar eh angah." Fakhri meninggalkan Fakhrul dengan gelak lepas melihat muka tidak puas hati adiknya.





"Fazrin, hari ini ada meeting dengan Nick and Farisha kan?"

"Iya boss. Kenapa?"

"I'm in. Tell me 15 minit sebelum gerak."

Treat You Better ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن