Bab 40

22.3K 442 23
                                    



"Angah, your bff datang." Jerit Fasha di muka pintu biliknya.

Fakhrul melangkah keluar sambil menjenguk ke ruang tamu bawah, mahu melihat siapa yang di gelar bff oleh adiknya itu.

Melihat belakang badan itu sudah cukup memberi gambaran pemilik tubuh itu. Lantas si tetamu di ajak ke ruang rehat di anjung rumah mamanya, tidak mahu perbualan mereka didengari sesiapa meskipun dia masih tidak mengetahui tujuan sebenar kedatangan 'bff' nya ini.



Lama suasana sunyi menemani mereka sehingga Fakhrul sendiri yang membuka bicara.

"Ada apa bro? Aku harap kau datang sampai ke rumah parents aku bukan sekadar untuk ugut aku perihal rumah tangga aku lagi" perlahan namun tegas nada yang di keluarkan oleh Fakhrul.

"Yul.."

Fakhrul alih badan menghadap Zack. Cuba memberi fokus terhadap apa yang mahu di sampaikan oleh sahabatnya itu.

"Aku datang sebenarnya nak minta maaf. Aku tak tahu kenapa aku tergamak buat kawan aku macam ini, sedangkan aku sedar, aku dengan Dell memang dah tak ada jodoh."

Kata-kata Zack buat Fakhrul diam. Meskipun banyak yang mahu di hamburkan tetapi dia memaksa bibirnya agar tetap terkunci. Takut jika terluah, lebih banyak carutan yang mengisi bicaranya.

"Pica's tragedy really rings my bell."

"What happen to Pica?" soal Fakhrul terkejut.

"Eksiden. Right after rancangan kami terhadap kau dan Dell. And she's lost her memory and the ability to see. She didn't even recognize her own parents."

"Where is she now?" tanya Fakhrul masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Zack.

"Parents dia nak bawa ke hospital luar negara hari ini."

 Fakhrul hanya mengangguk faham, sedikit terkilan apabila tidak sempat mahu melawat Farisha yang telah di anggap sebagai rakan kerjanya.

"Aku minta maaf Yul. And aku harap kau dapat maafkan semua perbuatan Pica juga. Aku tahu salah kami bukan senang nak di maafkan, tetapi aku minta sangat kau dapat maafkan kami." Ujar Zack bersungguh-sungguh.

Sejenak Fakhrul diam memikirkan kembali segala apa yang pernah berlaku di antara mereka. Mata di pejam seketika meminta Allah untuk memberikan keikhlasan di dalam hatinya.

"Zack. Aku maafkan segala apa yang kau dengan Pica pernah buat terhadap kami. Tapi aku minta maaf, untuk kita berkawan semula to what we used to be. Sorry. I can't do that. We can be friend, and it stays at that level." Balas Fakhrul senada.

"Itu dah cukup untuk aku Yul. Lagi pun aku fly Sydney hari ini. Aku terima tawaran kerja kat sana. Aku pun tak nak ganggu kau dengan Dell lagi."

Mereka menghabiskan bicara dengan ucapan selamat tinggal. Fakhrul mengiringi pemergian Zack meninggalkan rumah ibu bapanya. Dalam hatinya turut mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.



"Eh, mana Zack?" soal Fasha pelik.

"Dah balik. Kenapa?"

Fasha menerangkan hajat mamanya yang mengajak Zack untuk minum petang bersama. Fakhrul memberi alasan bahawa sahabatnya itu sedang mengejar masa.

"Kawan angah tu makin handsome lah. Dia dah ada girlfriend ke?" soal Fasha sengaja mahu berbual dengan angahnya.

"Kawan angah yang mana adik?" tanya Dell yang baru muncul. Seronok melihat kerancakan dua beradik itu berceloteh.

"Zack." Balas Fasha sambil menayang sengih.

Mendengar nama itu buat Dell terdiam. Sedikit terganggu.

Fakhrul faham dengan reaksi yang Dell pamerkan. Lantas memanggil Dell mendekatinya.

"Come sayang." Panggil Fakhrul lembut sebelum perlahan-lahan Dell datang mendekatinya. Badan Dell di tarik masuk di antara kedua kakinya, menjadikan Dell di tengah-tengah Fakhrul yang sedang duduk di island table itu. Pinggang Dell di usap lembut, sementara tangannya yang sebelah lagi bermain dengan jemari halus milik isterinya. Spontan tangan Dell mula bermain dengan rambut Fakhrul yang tidak dirapikan. Seksi!

"Ehemm. Angah, kak Dell, in case you forgot. Adik masih kat sini" tegur Fasha yang segan melihat aksi romantis Fakhrul dan Dell.

"Opps. Sorry, budak bawah umur tak boleh tengok. Jom sayang, sambung kat bilik." Ujar Fakhrul selamba. Dell hanya ketawa melihat wajah Fasha yang sudah bertukar merah. Bahu Fakhrul di tepuk manja.



Fakhrul tetap menarik lengan isterinya masuk ke bilik. Punggung dilabuhkan di atas tilam sambil tangannya menarik perlahan lengan isterinya untuk duduk di atas pangkuannya.

"Tadi Zack datang.." Fakhrul memulakan bicara.

"Haa? Bila? Kenapa dia datang?" Dell memotong bicara Fakhrul dek kerana terkejut dengan pernyataan suaminya itu.

"Ini yang abang nak cerita. Sayang tenangkan fikiran tu dulu. Dengar je apa abang nak cakap." Pinta Fakhrul lembut. Setelah dilihat isterinya bertenang, Fakhrul menyambung kembali apa yang hendak di sampaikan, sama seperti apa yang di sampaikan oleh Zack kepadanya tadi. Melihat reaksi Dell yang sudah menutup mulut tanda tidak percaya buat Fakhrul memeluk erat pinggang isterinya itu.

"Kita sama-sama maafkan mereka ya sayang?"

Dell hanya mengangguk dalam keadaan masih tidak percaya dengan apa yang di dengarinya dari Fakhrul.

Lama suasana sunyi memenuhi ruang antara mereka.

"Abang, tiba-tiba sayang teringin sangat nak makan spaghetti."

"Okay, nanti kita pergi makan." Balas Fakhrul senang.

"Tapi Dell nak yang abang masak." Mati senyuman Fakhrul mendengar permintaan Dell. Pelik.

"Abang malaslah sayang." Jujur Fakhrul menolak cadangan isterinya.

"Please abang. Pleaseeee."

"Nanti bila abang rajin abang buatkan okay?"

Mendengar alasan Fakhrul buat Dell kecil hati. Lantas punggung di alihkan, mahu keluar dari bilik. Namun, langkahnya tersekat apabila Fakhrul menarik kembali lengannya.

"You merajuk ke sayang?" tanya Fakhrul polos. Dell hanya diam tidak membalas sambil berlalu keluar meninggalkan Fakhrul kebingungan sendiri.



Sudahnya, Fakhrul meminta pertolongan Fasha untuk membantunya memasak apabila Dell sejak tadi tidak mengendahkan kehadirannya. Malas mahu memperbesarkan isu itu, akhirnya dia mengalah juga untuk memasak untuk isterinya.

Spaghetti Bolognese yang sudah siap terhidang di atas meja. Fakhrul meminta adiknya memanggil Dell yang masih merajuk dengannya di dalam bilik.

Melihat hidangan di atas meja buat mata Dell bersinar. Fakhrul hanya memerhati tingkah isterinya yang seakan teruja melihat masakan yang di masak olehnya.

"Abang masak?" tanya Dell teruja. Fakhrul mengangguk sebagai jawapan.

Melihat jawapan Fakhrul buat Dell senang, lantas kepala di toleh melihat sekeliling. Apabila pasti tiada orang lain di dapur melainkan mereka berdua. Dell menarik leher Fakhrul lembut. Lantas bibir itu di kucup bertalu-talu.

"Thanks abang." Ucap Dell lagi sambil memberi kucupan bertalu-talu ke seluruh muka Fakhrul sehingga akhirnya Fakhrul tergelak dengan reaksi isterinya itu.


Treat You Better ✔Where stories live. Discover now