Bab 24

18.1K 432 13
                                    

"Abang, betul ke pakainya macam ni?"

Fakhrul memusing-musingkan badan isterinya memerhati selendang yang di pakai isterinya. Kening diangkat sebelah.

"Sekejap."

Fakhrul mengambil smartphonenya sebelum membuka tutorial tudung di Youtube. Dell pula sibuk dengan selendangnya yang tidak menjadi itu, penat dia membuka dan memakai kembali selendang itu untuk kali yang ketiga.

Papp!

Terjatuh peniti yang di pegang Dell mendengar Fakhrul yang tiba-tiba menepuk tangan kuat. Gaya mandapat idea.

"Sini sayang. Abang tahu macam mana." Panggil Fakhrul dengan mata yang masih tidak lepas memandang telefonnya.

"Abanglah sini. I nak kena tengok cermin."

Fakhrul mendatangi isterinya sebelum membetulkan kembali selendang Dell sambil matanya masih lagi tertumpu pada tutorial selendang untuk memastikan langkahnya betul.

"Okay. Done. Cantiknya isteri abang." Kedua belah pipi Dell dipegang sambil tersenyum puas dengan hasil kerjanya. Namun begitu, melihat wajah isterinya yang masam buat dia tertanya-tanya.

"Sayang tak suka eh gaya macam ni? Abang rasa macam lawa je. Kena je dengan muka sayang. Lagipun, gaya macam ni, tutup dada." Pujuk Fakhrul mengusap pipi isterinya.

"Kenapa mesti Mira Filzah? Abang pun suka dia eh?" pandangan Dell tajam merenung Fakhrul.

"Siapa tu? Bila masa abang suka dia? Abang suka sayang seorang je." terkejut dengan pertanyaan isterinya.

"Tu." Tangan di tunjukkan ke arah smartphone Fakhrul.

Fakhrul buat muka pelik. Smartphone miliknya di telek sebelum ketawanya meletus.

"Sayang, you must be kidding. Mira Filzah tu model ni ke?" Fakhrul sambung gelak lagi sebelum bahunya di tolak perlahan oleh Dell.

"Sayanggggg...." Tangan Dell di tarik perlahan sebelum isterinya itu mahu berlalu meninggalkannya. Dell hanya memberi renungan garang pada suaminya itu.

"Aduh." Fakhrul memegang pipinya.

"Eh, kenapa ni?" risau Dell melihat Fakhrul yang mengaduh secara tiba-tiba. Tangannya memegang tangan Fakhrul yang masih di pipi.

"Tajam sangat renungan sayang. Nyaris luka pipi abang." Balas Fakhrul sebelum ketawanya lepas. Serentak itu Dell menolak pipi Fakhrul.

"Sayang, relaxlah. Abang gurau je okay. Sini. Sayang sikit."

"Tak nak. Pergilah sayang Mira Filzah sana." Sekali lagi ketawa Fakhrul lepas mendengar jawapan isterinya.

"Aduhai sayangku Delisha, kenapa comel sangat ni. Buat abang rasa nak gigit-gigit je." Fakhrul buat muka gatalnya.

"Dahlah I nak pergi klinik. Ni abang tak kerja ke? Dah pukul berapa ni?" jam di tangan di kerling, 10.09 am.

"Abang pergi lambat sikit, sebab abang excited nak hantar sayang." Balas Fakhrul tersenyum.

"Tak apa. Pergilah hantar Mira Filzah sana."

Fakhrul geleng kepala lagi.

'Ingatkan dah habis. Tak habis lagi rupanya,'

"Sayang, kalau sayang tak suka. Lepas ni abang tak tengok lagi tutorial. Abang kan nak tolong sayang je. Lagipun, abang nak Delisha Zulfa je." matanya dikenyit kepada isterinya.

"Betul bukan sebab abang pun peminat dia? Yelah, dia kan cantik."

"Abang peminat Delisha Zulfa je."

"Eleh, sweet talker!" hidung Fakhrul di tarik perlahan.

"Betullah sayang. Nampak tak, abang pergi kerja lambat-lambat hari ni sebab nak hantar isteri abang yang cantik molek ni. Sebab abang tak nak ada yang usyar sayang." Mata Dell direnung redup sebelum bibirnya di lekapkan di kening Dell.

"Tak penat ke sweet hari-hari?" balas Dell mengundang ketawa Fakhrul.



"Balik pukul berapa?"

"Pick me up at 8.00pm. Boleh?"

"Lambatnya?"

"Aik. Yeke? Mana ada. Biasa memang macam ni lah. I bukak klinik sendiri kan. Lainlah abang. Ikut office hour."

"It's okay. Abang faham. Balik tunggu abang ambil" Dahi Dell di kucup sekilas sebelum di balas dengan kucupan di kedua belah pipinya oleh Dell.



"Doktor, ada patient lagi seorang. Boleh ke?"

Jam dikerling. Lagi lima minit pukul lapan.

"Doktor Amni dah balik ke?"

"Patient request untuk buat rawatan dengan Doktor Dell. Boleh ke? Kalau tak boleh, saya beritahu dia supaya datang esok."

"Dia nak buat rawatan apa?"

"Cuci gigi."

"Okay. Bolehlah. Tapi last tau. Kejap lagi husband saya datang jemput." Senyuman ikhlas diberikan buat pembantunya. Mask dan sarung tangan di pakai kembali.

"Duduk dulu ye." Dell berkata sebaik sahaja pintu bilik rawatannya yang dikuak.

"Dell.."

Mendengar suara itu buat Dell angkat kepala.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now