Bab 29

16.7K 432 7
                                    

"Stop it Zack. I tak nak gaduh dengan you."

"I datang bukan untuk gaduh dengan you."

Malas mahu membalas, Dell terus menyuap makanan yang tergendala tadi. Namun hanya seketika, apabila kerusi dihadapannya ditarik, dahinya terus berkerut seolah tidak mengizinkan Zack untuk duduk satu meja dengannya. Tangan sudah berhenti menyuap makanan. Punggung diangkat mahu beredar.

"Dell, wait. I just nak berbaik dengan you. Kebetulan I nampak you nak makan tadi. I ingat nak join. Tapi kalau you tak sudi tak apa lah."

"Bukan macam tu. I tak nak husband I salah faham."

"Kita makan je. Lagipun, meja dah penuh. Look around. Full house."

"Hmm." Balas Dell apabila kepala di pusing melihat keadaan sekeliling.

Tidak betah diperhatikan oleh Zack, tangan yang menguis nasi di dalam pinggan berhenti.

"Tak sangka I boleh jumpa you dekat sini. Do you remember it here? This is the place when we first met." teruja Zack membuka cerita.

"Sorry. I Cuma ingat I suka makan kat sini time lunch." Balas Dell tidak mahu termasuk dalam cerita lama mereka.

"Dell, I ingat lagi.."

"Zack.."

"Yess"

"I nak kena gerak balik klinik. Hari ni ada banyak appointment. Bye." Putus Dell tidak mahu bertangguh lagi. Takut semakin banyak cerita yang Zack ungkit jika dia berterusan duduk di situ.

Masuk ke dalam teksi, Dell melihat sekilas Zack yang sudah berhenti makan sambil memerhati dirinya.

'Sorry Zack.'



Bunyi telefon bimbitnya berdenting tanda whatsapp masuk, menarik perhatian Dell. Tangan yang sedang mengemas meja terhenti. Telefon bimbit dicapai untuk mmbaca whatsapp yang masuk.

'Sayang. Abang pick up lambat sikit boleh tak?' -Yul

'Kenapa? Abang busy eh?' -Dell

'Abang kena attend meeting dengan along petang ni. Mungkin balik lambat sikit.' -Yul

'It's okay, abang kerja je. Dell balik naik teksi je okay?' -Dell

'Tak payahlah, nanti abang minta tolong adik jemput.' -Yul

'Kesian adik. Menyusahkan dia pulak nanti.' -Dell

'Jangan risau. Dia okay. You jaga diri.' -Yul

'Okay daddy.' -Dell



"Adik, singgah 7E depan tu sekejap boleh?"

"Boleh je. Akak nak beli apa? Adik pergi belikan."

"Eh, tak apa. Tetiba rasa nak minum susu. Akak pergi beli, sekejap je. Adik tunggu je dalam kereta tau."

"Okay kak. Hati-hati jalan tu."

'Sebiji macam Yul.' Dell tayang sengih mendengar kata-kata Fasha.

Kotak susu coklat HL bersaiz besar diambil, matanya tertarik dengan majalah yang disusun di rak berdekatan pintu masuk. Majalah Pa&Ma di pegang sebelum di selak untuk melihat tajuk-tajuk yang dibincangkan. Terleka dengan tajuk-tajuk yang di sediakan Dell mengambil majalah tersebut untuk dibayar.

Badan yang berpusing terkejut melihat tubuh yang berada di belakangnya.

"Penatlah aku asyik nampak muka kau je. Lainlah kalau nampak Yul, segar sikit biji mata aku ni."

"Ini ke perempuan yang Yul kejar sangat?" balas seorang lagi perempuan di sebelahnya.

Dell beri senyum sinis kepada Farisha dan seorang lagi wanita di sebelahnya tadi, malas mahu melayan. Langkahnya diteruskan ke kaunter pembayaran. Namun, baru beberapa langkah, kakinya di sadung oleh seseorang.

Bapp!

Majalah Pa&Ma di tangannya terlepas. Hanya kotak susu saja yang selamat kerana terjatuh di atas pehanya. Dell terdiam. Punggungnya yang terhentak ke lantai terasa kebas.

"Oppsyyy. Sorry." Pica menutup mulut menahan gelak melihat Dell yang sudah jatuh terduduk.

Dell segera bangun sebelum membayar barangannya. Sempat dia menjeling kearah dua makhluk tadi yang kelihatan berbisik sebelum melepaskan ketawa syaitan mereka. Sengal di bahagian punggungnya dibiarkan.

"Lamanya kak?"

"Sorry dik. Akak terleka tengok majalah ni." Suara cuba diceriakan sambil menunjuk majalah yang baru di belinya tadi. Fasha hanya membalas dengan senyuman. Suka melihat keterujaan kakak iparnya itu. Siapa sangka Doktor Dell betul-betul menjadi kakak iparnya seperti yang selalu di perkatakan dengan Puan Mariam.



Melihat spageti bolognese yang sudah siap di masak buat Dell teruja sendiri. Tidak sabar mahu menunggu kepulangan Fakhrul.

"Baby kuat ya sayang." Perut yang masih rata diusap perlahan.

"Mummy!"

Terangkat bahu Dell mendengar suara Fakhrul yang tiba-tiba itu. Fakhrul yang sedari tadi memerhati isterinya yang seperti berada di dalam dunia sendiri sengaja mahu mengejutkannya. Dahi Dell dikucup sekilas apabila tubuhnya sudah berada di hadapan isterinya. Lututnya di turunkan ke lantai, menyamakan kedudukan wajahnya dengan perut Dell.

"Anak daddy okay tak kat dalam tu? Baby jangan terkejut-terkejut pulak tau, daddy nak terkejutkan mummy je" Perut Dell dikucup bertalu-talu.

Dell melangkah kebelakang, membuatkan Fakhrul terkejut. Tangannya memegang perut, tiba-tiba terasa perutnya seperti dicucuk.

"Sayang, you okay tak?" Fakhrul mula beriak risau berdiri mendekati Dell.

"Okay okay. Tiba-tiba je tadi sakit. Tapi sekarang dah okay."

"Aik, baby dah start tendang-tendang ke?" Fakhrul garu belakang leher.

"Hey, bukanlah. I sakit perut nak berry kot." Balas Dell bergurau.

"Berry?"

"Beraklah."

"Oh, hipster sangat term you tu sayang. Abang tak dapat tangkap." Fakhrul geleng kepala.

"Dahlah, jom makan."

Melihat spageti yang dihidang di hadapannya buat mata Fakhrul bersinar.

"Sayang ni macam tahu-tahu je abang macam nak makan bolognese." Spageti terus disuap ke dalam mulut selesai membaca doa.

"Baby bagitahu tadi." Dell tayang sengih.

Spontan tangan Fakhrul naik mengusap kepala isteri. Terharu.

Dell yang melihat mata Fakhrul bergenang terkejut.

"Abang. Kenapa ni? Tak sedap sangat eh I masak?"

Fakhrul hanya menggeleng sebelum bangun dari kerusinya. Tubuh Dell yang masih duduk menghadap makanan di peluk erat. Entah kenapa air matanya seperti mahu mengalir.

"Thanks sebab terima abang, thanks sebab bawa baby untuk family kita." Kepala Dell dikucup berkali-kali sebelum mengesat air mata yang sudah berat bertakung di kelopak matanya.

"Abang janji akan jaga sayang dengan baby baik-baik. Sayang pun jaga diri tau. Jangan ganas sangat kalau abang tak ada kat sebelah sayang. Sebab baby dalam perut sayang, bukan perut abang. Abang tak boleh 24/7 ada sebelah sayang. Tapi abang janji abang akan cuba beri yang terbaik buat family kecil kita ni." Sambung Fakhrul lagi.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now