Bab 5

18.2K 544 16
                                    

"Assalamualaikum. Hai ma. How are you." Fakhrul mencium dahi Puan Mariam.

"Walaikumsalam. Aik, angah demam ke ni?" Puan Mariam melekapkan tapak tangannya di dahi Fakhrul.

"Apa mama ni. Angah rindu kat mama lah. Mana daddy dengan adik?" tangan Puan Mariam di tarik sebelum tubuh itu di peluk erat.

"Hah. Adik dengar ada orang rindu adik." Suara Fasha mula mencelah di ruang tamu itu.

"Mana? Mana?" tanya Fakhrul sambil menyelak bantal-bantal yang ada di sofa itu.

"Apa yang mana ngah?" serentak Puan Mariam dan Fasha bertanya.

"Mana orang yang rindu adik tu?" jawab Fakhrul sebelum menghamburkan tawanya.

"Mama! Tengok angah ni, menyampah." Fasha membentak.

"Eleh merajuk pulak. Nah, amik." Fakhrul menghulurkan kotak kek Secret Recipe yang dibelinya sebelum balik.

"Nasib baik pandai pujuk." Fasha membuka kotak kek tersebut perlahan.

"Happy Birthday Sayang?" ayat yang meluncur daripada mulut Fasha menarik perhatian Fakhrul dan juga Puan Mariam. Terus mereka mendekat ke arah kek yang berada di tangan Fasha.

"Sayang?" Puan Mariam turut mengulang akhir ayat yang tertulis di atas kek.

"Angah salah bagi kek ke ni?"





"Okay, macam ni. Tadi I beli kek untuk you, then I baru nak keluar Secret Recipe tiba-tiba orang dari luar main masuk je. Terus langgar I. And kek you dah hancur. Kek ni dia ganti sebab dia rasa bersalah dah hancurkan kek I." Terang Dell kepada Zack.

"Yang langgar you lelaki ke perempuan?" kedengaran serius soalan Zack.

"Perempuan." Balas Dell gugup.

Dell menggenggam tangan sendiri. Cuba sembunyi resah. Bukan dia tidak tahu, Zack punya sifat cemburu yang kadang kala agak menakutkan.

"Nasib baik perempuan." Perlahan saja Zack menutur kata, namun masih sempat sampai di pendengaran Dell.

"Kalau you tak nak. I beli baru." Dell cuba menghilangkan suasana yang sudah bertukar suram dek kerana tulisan pada kek itu.

"No. No. It's okay. Membazirlah sayang. Dia bukan sengaja nak tukar kek dengan you." mood Zack yang sudah mula kembali ceria melegakan Dell.

'Only if you know it was Yul.' Bisik hati Dell dengan rasa bersalah. Bukan sengaja mahu menipu, tetapi dia tidak mahu merosakkan surprise yang sudah dirancang dengan salah faham yang kecil.

Kek yang tidak habis dimakan dibungkus kembali ke dalam kotak.

"Malam ini kita dinner sama?" ajak Zack. Perbuatan Dell yang sedang mengemas sisa-sisa kek terhenti. Jam di tangan di lihat sekilas.

"It's almost 7 pm baby. Pukul berapa you nak dinner?" tanya Dell pelik.

"Kita solat maghrib kat office I je. Then terus keluar dinner?"

"Pakai macam ni?"

"What's wrong with that outfit? You look pretty though."

"Statement amik hati sangat" usik Dell.

"Hei baby. I cakap betullah. Okay apa, you pakai dress macam ni. macam anak patung tau."

"I'll take that as compliment, thank you." Dell sambut pujian Zack dengan ketawa geli hati.

Zack membawa Dell ke restoran yang agak mewah sebagai meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 bersama Dell.

"You orderlah. My treat to my birthday boy!" ujar Dell. Zack hanya tersenyum melihat keceriaan teman wanitanya.

Mereka makan dengan tenang di temani musik klasik dan cahaya malap sekaligus menimbulkan suasana romantis untuk mereka. Selesai makan, mereka dihidang pula dengan makanan pencuci mulut. Semua makanan dinikmati dengan begitu berselera oleh Dell dan Zack.

"Zack, ni hadiah untuk you. Tapi I tak tahu you suka brand apa, so, I beli je apa yang I rasa cantik. I hope you'll like it." Beg bertulis Alain Delon di serahkan kepada Zack.

Zack mengeluarkan isi yang berada di dalam kotak itu sebelum membuka kotak itu dengan berhati-hati.

"Sayang! I love it. Thank you so much sayang. Mana you tahu I gila jam?" teruja Zack menerima hadiah daripada Dell.

"Sebab I tengok you selalu tukar-tukar jam." Balas Dell. Suka Dell melihat keterujaan Zack, tidak sia-sia dia membelikan hadiah itu untuk Zack. Zack menghulur tangan minta Dell pakaikan jam. Dell hanya melayan dengan memaikan jam di tangan Zack berhati-hati.



"Mama. Tak lama lagi mama dapat menantu barulah ni. tengok dah bersayang-sayang ni ma." Usik Fasha mengenakan Fakhrul.

"Memandailah adik. Ma, tadi angah suruh budak tu tulis lain tadi." Fakhrul mempertahankan diri.

"Angah nak cakap kek angah ni tertukar ke?" Fasha makin galak mengusik.

Mendengar ayat Fasha buat Fakhrul tergamam. Baru terfikir tentang dua buah kotak kek yang dipegang tadi, pastilah sudah tertukar dengan kek milik Dell.

"Tengok ma, angah termenung pulak. Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita, ye dak." Fasha mengusik lagi.

"Ha, angah. Kalau dah angau sangat, bawa jumpa mama dengan daddy. Tapi jangan bawa perempuan tak semenggah, mama tak restu nanti." Selamba Puan Mariam memberi amaran kepada Fakhrul. Amaran mamanya buat Fakhrul terdiam.

"Dik. Amik piring. Potong kek ni." Fakhrul bersuara seboleh mungkin tidak mahu ambil hati dengan amaran Puan Mariam.





"Sayang. I ada hadiah untuk you jugak." Zack menyeluk kocek seluarnya.

"Kenapa I dapat hadiah jugak. It's your birthday, not mine." Gelak kecil Dell meletus. Zack suka memberi kejutan kepadanya, itu yang buat dia senang untuk bersama dengan Zack walaupun kadang kala cemburunya agak melampau, tapi dia tahu itu kerana Zack sayangkannya.

Sebuah kotak kecil ditolak ke hadapan Dell. Dell terkaku. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

"Apa ni?" soal Dell gugup.

Spontan tangan Zack membuka kotak kecil itu sambil matanya tidak lepas merenung Dell.

"Will you marry me?"


Treat You Better ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin