Bab 22

20.9K 486 10
                                    

Jeritan Dell yang tiba-tiba mengejutkan Fakhrul dari tidurnya. Melihat isterinya yang berpeluh-peluh buat Fakhrul risau. Bertambah panik apabila Dell mula meracau. Sepanjang mereka berkahwin, tidak pernah lagi dilihat Dell mengigau atau sebaliknya.

"Sayang. Bangun."

"Jangan. Tolong. Jangan."

"Delisha, bangun. Sayang kenapa ni."

Badan Dell di goncang dengan harapan isterinya itu sedar dari mimpi buruknya.

"Arghh."

Serentak dengan jeritannya, Dell bangkit mengejut. Fakhrul mendekati isterinya, menarik Dell ke dalam pelukannya. Dell yang baru tersedar dari mimpi buruknya terus menghamburkan tangisannya di dada Fakhrul.

"Syyyhh." Fakhrul mengusap lembut belakang Dell yang masih tersedu-sedu menangis.

Mendengar tangisan Dell yang masih tidak berhenti buat Fakhrul sedikit panik. Tangannya menarik bahu Dell merenggangkan tubuh itu dari badannya. Tidak sampai sepuluh saat, tangisan Dell semakin menjadi, tubuh Dell mendakap Fakhrul lebih erat, seolah tidak mahu dilepaskan. Sudahnya, Fakhrul hanya mengalunkan bacaan ayatul kursi dan selawat di telinga isterinya.

Hampir sepuluh minit berlalu, tangisan Dell mula mereda. Fakhrul meleraikan pelukan, membaringkan semula tubuh isterinya yang sudah kembali tertidur walaupun terkadang tubuhnya terhinjut akibat tangisannya yang menggila tadi. Fakhrul kembali memeluk tubuh Dell, mulutnya tidak berhenti mengalun ayat-ayat suci di telinga Dell. Cuba menenangkan isterinya.



"Sayang, subuh. Bangun." Bahu Dell di goncang sedikit bagi menyedarkan isterinya dari tidur. Tanpa Fakhrul sedar, perbuatannya membuatkan Dell terkejut lalu bangun mengejut sebelum memeluk lutut.

Fakhrul tergamam melihat reaksi isterinya segera mendapatkan Dell.

"Sayang, you okay ke tak ni?" tanya Fakhrul cemas. Bahu si isteri di pegang kemas. Peluh yang membasahi dahi Dell di lap lembut. Matanya merenung kembali wajah si isteri. Kelihatan mata Dell kembali bergenang.

"Sayang, you kenapa ni? Sayang mimpi apa malam tadi? Cuba cerita dengan abang, abang risau tahu tengok sayang macam ni. Abang tak sedap hatilah." Akhirnya, di luahkan jua rasa risaunya melihat keadaan Dell yang masih takut-takut.

Tubuh Fakhrul di dakap erat. Kepala di geleng perlahan.

"Jangan tinggalkan I please." Rayu Dell buat Fakhrul semakin tertanya-tanya apa yang dimimpikan isterinya.

"No sayang. Abang takkan tinggalkan sayang selagi abang masih bernyawa, abang akan jaga sayang, abang akan sayang dan cintakan sayang sepenuh hati abang, InsyaAllah."

Mendengar ayat Fakhrul buat Dell mengucap syukur dalam hatinya. Pelukan di eratkan. Sebelum Fakhrul sendiri yang meleraikan mengajak Dell menunaikan solat subuh secara berjemaah.



"Sayang, you kerja ke hari ni?"

"Nope. Lusa baru naik. Kenapa?"

"Jom ikut I pergi somewhere."

"Mana?"

Kening diangkat. Sengaja tidak mahu memberitahu isterinya.



"Jalan Masjid India?" tanya Dell setelah Fakhrul menghentikan keretanya.

Fakhrul senyum sebelum mengangguk. Mahu melihat reaksi si isteri. Senang hatinya apabila melihat keterujaan isterinya. Sangkanya, Dell akan mengeluh dan merungut memandangkan Dell merupakan anak orang berada.

"Abang. Lama sangat I dah tak jalan kat sini." Teruja Dell berkata sambil menarik lengan Fakhrul.

Mereka berjalan beriringan, tangan Dell tidak di lepas, malahan tempat yang sesak itu buat Fakhrul lebih menjaga Dell rapat dengannya agar tidak terlanggar orang yang turut bersesak di situ. Mereka berhenti di satu kedai muslimah yang menjual pelbagai jenis jubah, tudung dan selendang.

Dell pegun memerhati Fakhrul yang teruja memilih selendang dan tudung untuknya. Dalam tidak sedar, matanya bergenang. Apa yang dia mimpikan malam tadi terlayar satu persatu. Air matanya menitis perlahan. Terhenti perbuatan Fakhrul melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya.

'Damn. Aku salah langkah ke ni?'

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now