Bab 38

15.9K 386 17
                                    

Suara yang datang dari muka pintu itu lebih memeranjatkan Dell. Lantas mata di kalih ke arah pemilik suara yang menegurnya.

"I tanya sekali lagi. Apa you buat kat sini?" nada yang kedengaran sangat tegas itu serta-merta buat air matanya jatuh.

Belum pernah lagi sepanjang perkahwinannya, Fakhrul menuturkan kata-kata dalam nada begini. Apatah lagi memberi pandangan tajam yang mampu membunuhnya.



Hancur hati Fakhrul melihat situasi yang tak pernah terjangkau dek akalnya. Entah bagaimana mahu menjelaskan perasaannya ketika ini. Kalau diikutkan hati, sudah lama tangannya naik ke wajah cantik si isteri. Namun, masih di sabarkan hatinya, untuk tidak berkasar dengan wanita.

Lebih hancur hatinya apabila melihat suppliernya, turut berada di situ dalam keadaan yang mencurigakan. Sedaya upaya akalnya mahu di kawal supaya bertindak mengikut kewarasan. Melihat si isteri yang mula mengalirkan air mata tanpa menyatakan apa-apa seolah membenarkan perkara buruk yang sedang bermain di fikirannya buat Fakhrul hilang pertimbangan. Tangannya mula melayangkan penumbuk. Namun, di sasarkan ke muka pintu di saat akhir.

Melihat air mata isterinya yang semakin deras buat Fakhrul angkat kaki. Dia perlu menenangkan hatinya dan dia perlu mencari kewarasan yang hampir hilang.


Mata yang terpejam dibuka. Takut-takut Dell melihat wajah Fakhrul yang tegang. Semakin laju air matanya, melihat sisi Fakhrul yang satu ini. Namun hanya seketika apabila Fakhrul bertindak meninggalkannya.

Tanpa berfikir panjang, kakinya mengejar langkah laju Fakhrul. Sehinggalah ke lobby hotel apabila Fakhrul masih tidak menghiraukan panggilannya. Lantas, baju Fakhrul di tarik perlahan. Barulah langkah si suami terhenti. Dell bergerak ke depan Fakhrul.

Renungan tajam yang di tunjukkan Fakhrul buat Dell seram. Lantas kepala di tundukkan ke lantai lantas suaranya pun turut mati dek renungan itu. Tidak berani mahu bertentang mata dengan mata suaminya yang kelihatan tegang.

"So, he is Bani? Bani is stand for Bazli Nizam? How could you do this to me Delisha? I really want to trust you. But," lirih suara Fakhrul buat Dell kembali angkat kepala.

Dadanya di tepuk kuat.

"Sakit Delisha. Sakit" ujar Fakhrul kesal.

Fakhrul menggeleng kepala, cuba menidakkan segala apa yang rancak bermain di matanya sejak tadi. Perasaan marah bertukar kecewa apabila si isteri hanya mendiamkan diri tanpa membela diri. Seolah-olah mengiyakan apa yang berlaku sebentar tadi.

Dell memegang kejap baju Fakhrul di bahagian perut. Tidak berani mahu menyentuh lebih. Terlalu banyak untuk dia perkatakan kepada Fakhrul tetapi entah kenapa tiada satu pun yang mahu keluar di saat ini. Sudahnya, air matanya saja yang mengalir, meminta Fakhrul faham.

Fakhrul memegang tangan Dell yang menggenggam erat bajunya. Tindakan itu buat Dell angkat kepala, mahu meneliti reaksi suaminya itu. Namun, air matanya makin melebat apabila tangan itu menarik tangannya untuk melepaskan genggaman pada baju kemeja putih miliknya.

"Balik kita bincang."

Nada yang kedengaran tegas itu meluruhkan segala perasaan Dell. Terasa dirinya sudah tiada berguna, tidak pernah terlintas di fikirannya akan di tinggalkan oleh suami yang sudah di serahkan segala isi hati dan perasaannya.

Entah kenapa dia boleh percaya dengan kata-kata Zack. Terimbas kembali perbualannya dengan Zack yang kedengaran sangat cemas dan kelam kabut buat dirinya tidak sempat berfikir secara rasional.

"Abanggg..."

"I said nanti !" tegas dengan nada yang agak tinggi. Lantas Fakhrul memasang langkah meninggalkan Dell bersendirian.


Terduduk Dell di lantai lobby mengenangkan kebodohan diri sendiri. Tidak di hiraukan pandangan orang sekeliling yang melihatnya aneh. Sehinggalah ada seorang makcik cleaner datang menegurnya.

"Adik, kenapa menangis macam ini kat sini?" Dell sekadar menggeleng sebelum air matanya kembali mengalir.

"Jom dik. Kita duduk di kerusi itu." Pujuk makcik itu lagi tidak putus asa. Kesian melihat wanita itu, entah apa masalahnya, sejak ditinggalkan oleh lelaki kacak itu, dilihat wanita ini asyik menangis hingga memanggilnya untuk memujuk.

Namun sekali lagi hanya gelengan yang diberikan sebelum Dell mengangkat punggung mahu berlalu, kepala di tundukkan menggantikan ucapan terima kasih.

Kepalanya sudah melayang-layang memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku terhadap rumah tangganya. Kepala di geleng laju, tidak sanggup memikirkan keruntuhan yang mungkin berlaku terhadap perkahwinannya yang baru setahun jagung itu. Terlalu leka memikirkan masalahnya sehingga tidak sedar, kaki sudah melangkah jauh meninggalkkan pintu hotel sehingga ke arah jalan besar, tangan pula sibuk mengesat air mata yang tidak mahu berhenti mengalir sejak tadi.

Pekikan dan amaran dari orang seberang jalan juga tidak didengari Dell hinggalah bunyi hon yang kuat dan panjang menyedarkan dirinya yang berada di ambang bahaya apabila melihat sebuah kereta jenis pacuan empat roda sedang menuju laju ke arahnya. Namun, kakinya terkaku, tidak mampu bergerak mengelak mahupun berlari menyelamatkan diri. Sudahnya dia pasrah.

Bukk.

Tolakan yang kuat dan laju buat Dell terguling bersama gerangan yang menolaknya hingga ke bahu jalan. Namun, kesakitannya hanya sedikit sekadar sengal-sengal kerana telah erat dilindungi oleh penyelamatnya. Matanya yang sememangnya sembap dari tadi tidak di buka. Hanya air mata yang mengalir laju. Kalau boleh mahu pengsan sekarang, kerana tidak mahu memikirkan tentang apa-apa perkara pun.

"You okay tak?" Pertanyaan itu buat mata Dell terus terbuka. Mahu membuktikan deria telinga adalah benar dan tidak menipu.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now