Bab 26

17.6K 452 13
                                    

Suasana sunyi menyelubungi Dell dan Fakhrul sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Fakhrul diam menahan amarah, manakala Dell tidak berani menegur Fakhrul yang kelihatan marah dengan mukanya yang kelihatan tegang dan genggaman kuat pada steering dan gear sehingga menimbulkan urat-urat pada tangannya itu.

Masuk ke rumah, Fakhrul terus masuk ke bilik mandi untuk menyegarkan diri dan cuba untuk menyejugakkan hatinya yang tengah panas. Tidak tahu dengan perasaan yang sedang bermain di fikirannya.

'Marahkah aku dengan isteriku? Jika aku marah dengan Dell. Apa sebabnya? Atau aku sebenarnya marah dengan Zack? Mungkin aku marah dengan diri sendiri kerana terlalu sayang dengan isteriku tetapi dalam masa yang sama aku takut dengan kenyataan di mana aku telah mengambil seseorang yang sepatutnya menjadi hak milik sahabat baikku sendiri.'

Air pancuran dibiarkan mengalir membasahi seluruh tubuh. Fakhrul hanya berdiam sambil memikir kembali kejadian tadi. Perasaan tidak sedap hatinya ketika melihat kereta milik Zack yang terparkir di hadapan klinik Dell ternyata benar apabila melihat Zack dan Dell di dalam salah satu bilik rawatan klinik Dell. Hatinya kembali berapi apabila imej Zack menggenggam tangan isterinya kembali berlayar di dalam fikirannya.

'Sial kau Zack.' Tidak sedar dinding di hadapannya di tumbuk kuat.



"Abang nak makan? Dell nak masak kalau abang nak makan." Tanya Dell hati-hati apabila melihat muka Fakhrul masih lagi tegang.

Gelengan Fakhrul buat Dell kecewa. Walhal dia sangat lapar dan terlalu ingin untuk makan bersama dengan Fakhrul. Namun, melihat ketegangan di wajah Fakhrul buat dia pendam sendiri hasrat itu. Langkahnya di atur masuk ke bilik mandi.

Keluar dari bilik mandi, keluhan berat dilepaskan apabila melihat tubuh Fakhrul yang sudah selamat berbaring siap berselubung selimut. Niatnya mahu bercakap dari hati ke hati terbatal. Semenjak dari kejadian di klinik, Fakhrul tidak bertanya atau berkata apa-apa langsung mengenai kedatangan Zack ke kliniknya. Malahan, perbuatan Zack yang mencuri pegang tangannya juga tidak dipersoalkan oleh Fakhrul. Hal ini semakin membimbangkan Dell, tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara sebenar terhadap Fakhrul apabila suaminya itu lebih memilih untuk berdiam.



Tersedar apabila perutnya sudah berdendang minta diisi, Dell melihat telefon pintar miliknya yang diletak di meja sebelah katil. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Perut yang lapar semakin meragam tahap tidak boleh bertolak ansur lagi. Isi dapur di geledah untuk mencari apa-apa makanan yang sesuai di jadikan pengalas perutnya.

Mangkuk dan periuk yang digunakan untuk memasak Maggie tadi di basuh sebelum langkah di atur mahu ke bilik tidur semula.

"Astaghfirullah hal azim. Sejak bila abang ada kat sini. Terkejut I." Dell urut dada melihat Fakhrul yang bersandar di pintu dapur dengan riak selambanya.

"Abang rasa macam nak makan burger McDonald pulak."

Dell angkat kening mendengar ayat Fakhrul. Sepanjang dua minggu mereka berkahwin, belum pernah lagi dia melihat Fakhrul makan lewat malam. Jika makan pun, pasti yang ringan-ringan sahaja. Katanya mahu menjaga six packnya.

"Sayang nak? Jom teman abang pergi McD."

Pelik Dell melihat reaksi Fakhrul yang seolah tiada apa berlaku. Sedangkan tadi mukanya tegang, bercakap dengannya pun tidak.

'Dah okay ke?'

"Nak tak? Kalau tak nak abang pergi seorang."

"Oh, kejap. I pergi bersiap."

Langkah diatur laju mencapai cardigan dan selendang yang dililit sembarangan.

"Jom"

Terkejut Dell melihat meja yang hampir penuh dengan makanan. Tetapi hanya didiamkan sahaja apabila melihat Fakhrul yang makan dengan begitu berselera. 

Akhirnya senyuman manis terukir di bibirnya, suka melihat gaya Fakhrul makan, seolah sedang berlakon iklan McD saja gayanya.

'Makan pun handsome.'

Dell hanya memakan kentang goreng sementara menunggu Fakhrul menghabiskan burger-burgernya.

"Jom, balik." Dell ikut mengangkat punggung apabila Fakhrul sudah berdiri untuk mengajaknya pulang.

"Eh, sekejap abang rasa macam nak makan aiskrim Sundae." tanpa menunggu balasan dari isterinya, Fakhrul terus melangkah ke kaunter semula sebelum kembali padanya dengan dua batang aiskrim Sundae cone dan Choco Top. Aiskrim Choco Top di hulur kepada Dell. Senyuman manis diukir buat si isteri yang masih belum menyambut aiskrim yang dihulur.





Melihat lampu bilik mandi yang dibuka secara tiba-tiba buat Dell terjaga dari tidurnya. Jam di telefon pintarnya di lihat sekilas.

'4.20 am.'

Tangan meraba kesebelah. Tiada. Langkah diatur kearah bilik mandi. Apabila mendengar bunyi orang muntah, Dell melajukan langkah.

"Abang, kenapa ni?" belakang badan Fakhrul diusap lembut cuba membantu.

Fakhrul geleng kepala lantas mencuci mulutnya. Tubuh direbahkan kembali ke atas tilam. Dell bergegas mencari minyak angin miliknya. Baru sahaja mahu menuju ke arah tubuh si suami yang sedang melepek. Dell terkejut melihat tindakan pantas Fakhrul yang berlari ke bilik mandi semula.

Dell turut mengikut langkah Fakhrul. Belakang Fakhrul diusap lembut. Mulut Fakhrul di bersihkan dengan air sebelum menarik suaminya itu kembali berbaring di atas katil. Tubuh Fakhrul yang tidak berbaju itu dilumur dengan minyak angin. Mengurut lembut di bahagian perut. Sebelum meminta Fakhrul meniarap untuk mengurut belakangnya pula.

"Abang masuk angin ni. Abang tak makan ke lunch tadi?"

"Abang dah makan lunch tadi. Malam je abang tak makan."

"Tak apa. Esok pagi kita pergi klinik ye."

Fakhrul geleng kepala.

"No excuse! Sekarang cuba untuk tidur. I urutkan."

Lembut sahaja Dell mengurut perut dan belakang badan Fakhrul sehingga suaminya itu terlelap. Melihat Fakhrul yang sudah kembali tidur barulah dia baring untuk menyambung tidurnya kembali. Dalam keadaan mamai, Fakhrul mengalihkan kepalanya bersandar di dada si isteri. Tubuh Fakhrul di rangkul lembut ke dalam pelukan sambil tangan Dell mainkan di rambut Fakhrul sebelum keduanya terlelap sendiri.

Treat You Better ✔Where stories live. Discover now