BAB 2

6.1K 148 10
                                    

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau,aku bertanya Adriana,"Rumah kau dekat mana?" aku memandang Adriana yang sedang mengelap bibir aku

Aku terpana melihat mukanya yang begitu hampir dengan aku sehingga aku boleh mendengar deruan nafas nya. Adriana memejamkan mata lalu mendekatkan mukanya dengan muka aku

Aku tersedar apabila terdengar bunyi hon kereta. Aku berdehem untuk menutup malu. Gila kau tak malu dah la merenung anak dara orang lepastu nak cium pula. Aku memijak pedal minyak

"Haa err simpang depan tu nanti, belok kanan. Rumah saya kat kawasan situ je." Adriana menjawab. Sambil membetulkan kedudukannya.

"Hey kenapa gagap relax k chill" aku menenangkan dia padahal aku punya gugup tu lagi dasyat. Dasar!

Kami kembali senyap sehingga sampai di rumah banglo Adriana. Benda cliche la kan kalau rumah dato' besar like rumah ayah aku la. Well ayah aku pun dato' tapi aku tak suka orang tahu yang aku ni anak dato' bukan boleh bawa masuk kubur

Banglo yang aku dan housemate aku duduk tu pun banglo family aku tapi disebabkan takada siapa nak duduk situ baik aku duduk dengan housemate aku

"Awak masuk la dulu saya rawat luka kat bibir awak tu" Adriana memegang tangan aku

"Takpela sikit je ni esok lusa baik la luka ni" aku segan sebenarnya kot bapak dengan mak dia ada dalam rumah tu pastu diaorang nampak anak dia bawak aku yang handsome ni masuk rumah tak ke pelik tu

"Jangan risau mama dengan papa tak ada kat Malaysia diorang kat Dubai" ok aku tergamam, macam mana dia tahu punca aku taknak masuk. Aku menganggukkan kepala

"Jom" Adriana dah melangkah keluar dari kereta. Aku hanya menurut. Aku kan baik so aku ikut jela. Tak ada la sebenarnya aku ingat cikgu sekolah aku pernah cakap rezeki jangan ditolak haa ini sebab utama aku ikut Adriana

"Awak duduk la dulu buat macam rumah sendiri, saya pergi ambil kotak first aid" aku terus baring disofa. Aku pantang orang suruh aku buat rumah dia macam rumah aku sendiri memang aku buat betul-betul rumah tu macam rumah aku

Aku melelapkan mata sementara menunggu Adriana datang.

Aku bangun lalu mencapai handphone aku yang berdering. Aku melihat nama si pemanggil sebelum aku menekan button answer

"Hello Izz kau dekat mana?" dengan nada risau Mira bertanya

"Aku kat luar ni kenapa?" terpaksa bohong guys kalau aku jujur dia pikir aku memacam pula nanti

"Kau tahu tak ni dah pukul berapa?" Mira bertanya ala ala emak gitu kepada aku

"Kenapa? kau risaukan aku ea?hahaha" aku menyakat Mira

"Mana ada aku tanya je" tu dia cover dia punya risau tu

"Eleh cakap jela risau plus rindu aku kan? " aku dah lupa aku berada di mana sekarang ni

"Dah la kau cepat sikit balik tu. Apa apa call aku tau"

"Baik sayang" aku menamatkan panggilan sambil tersenyum

"Awak dah bangun?" Adriana datang sambil membawa dulang berisi makanan ke arah aku

"Dah baru je. Err berapa lama aku tertido ni?" aku melihat jam tangan aku. Terbeliak mata aku. Dah pukul 11 malam patut la si Mira tu risau semacam. Lama juga aku tidur ni dari tengah hari sampai la sekarang

"Lama la juga saya nak kejutkan awak lepas saya dah letak ubat kat luka tu tapi saya nampak awak macam penat sangat saya tak sampai hati nak kejut" dia mengalihkan mangkuk berisi makanan itu ke atas meja

Aku tergamam sebab dia memakai gaun malam yang tertali nipis. Aku menelan air liur, peluh jantan dah keluar. Aku cuba mengalihkan pandangan

"Awak jemput la makan. Saya tahu awak mesti lapar kan" selepas dia berkata perut aku berbunyi kuat menandakan perut aku perlu diisi. Aku tersengih sambil menggosok perut aku. Adriana menahan ketawa

"Err kau tak nak makan sekali?" aku mengambil lauk dan meletakkan didalam pinggan

"Makan la saya dah kenyang" dia duduk bersimpuh di sebelah aku

Jantung bagai nak pecah lagi lagi bila terbau haruman minyak wangi dia. Aku rasa kan nanti aku tak makan nasi ni tapi aku makan orang. Dan orang itu ialah Adriana. Aku menyuapkan makanan ke dalam mulut

"Emm sedap, pandai kau masak" tapi masakan Mira lagi sedap

Setelah selesai makan, aku meminta diri untuk balik ke rumah. Walaupun Adriana berkeras untuk aku tidur sahaja dirumahnya tetapi aku mengambil langkah keselamatan sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini baik aku balik

************************************

Adriana's POV

Aku ke ruang tamu sambil membawa kotak first aid. Aku tersenyum melihat dia terbaring dia atas sofa sambil tidur. Aku mendekatinya lalu duduk ditepi dia

Aku mengamati muka Izz. 'Handsome jugak dia. Dah lah baik, caring pulak tu.' Kataku dalam hati. Pandanganku terhenti pada bahagian bibir dia yang bengkak. 'Tak pasal pasal harini kau jadi hero aku. Hihihi.' Ketawaku dalam hati.

Aku mengusap bibirnya yang bengkak itu. Secara tiba-tiba ada satu tarikan magnetik yang menyebabkan aku mendekatkan muka aku ke arah muka Izz. Dengan perlahan-lahan aku merapatkan bibir aku ke bibir dia.

Lama bibir aku di tindihkan dibibir Izz. Bibir Izz lembut dan ya bibir dia sangat manis sehinggakan aku tak nak lepaskan bibir itu

Lepastu izz mengeliat membuatkan aku terkejut dan terus menjauhkan muka aku dari muka izz. Lepastu aku sambung lap bibir izz dengan muka aku yang merah padam bak tomato tu.

Aku lihat Izz dah kembali lena perlahan-lahan aku baring disebelahnya. Aku meletakkan kepala aku didada rata nya. Degupan jantung nya yang tenang itu membuatkan aku terlena. Aku terlena dengan perasaan bahagia

Aku terbangun dari tidur dan aku perasan ada tangan di pinggang aku. Aku tersenyum lalu aku mengalihkan mata ke wajah handsome milik Izz. Aku menilik wajahnya dari kening hingga ke bibir yang membuatkan aku gian untuk menciumnya. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan Izz dari pinggang aku lalu turun dari sofa. Aku melihat jam didinding dah malam, aku menuju ke tangga lalu masuk ke dalam toilet untuk membersihkan diri.

Selesai aku membersihkan diri, aku menuju ke bilik khas untuk pakaian aku. Aku membelek-belek baju yang sesuai dan istimewa untuk my hero. 'Yes! Dah jumpa pun!' Aku ambil dan memakainya

Setelah siap berdandan sedikit aku melihat jam sudah lewat. Aku menuju ke tangga dan turun lalu menuju ke arah dapur dan memasak dengan penuh kasih sayang. Ya aku dah jatuh cinta dengan Izz. Begitu mudah hati aku berubah arah. Aku memandang ke ruang tamu. Tidur pun handsome.

Aku tersenyum bahagia

You're MineWhere stories live. Discover now