BAB 9

4.1K 116 4
                                    

"Aku kena balik rumah esok, papa suruh. Tapi aku balik rumah bukan sehari je tau kena balik selama tiga hari. Are you ok with that sayang?" Aiza duduk tegak dan menghadap aku.

"Ya sure i'm ok. But nanti rindu la hmm" aku memeluk Aiza dengan erat.

"Ala sekarang kan whatsapp dah maju kita video call la ok Izz?" Aiza mengusap muka aku tanda memujuk. Aku menenung mata Aiza. Dia pun buat benda yang sama. Aku terbuai.

Makin lama makin dekat muka Aiza dengan muka aku. Jantung berdegup laju. Tangan sejuk bak ice. Nafas tak tentu. Aku dapat rasa hembusan nafas Aiza dimuka aku. Aku lihat Aiza menutup matanya

Bibir Aiza menyentuh lembut bibir aku. Nafas Aiza tak teratur. Tangannya menarik leher aku untuk mendekatkan lagi muka aku dengan mukanya.

"Hey relax okay?" aku bersuara apabila bibirku dilepaskan oleh Aiza.

"Bibir kau sedap aku rasa nak gigit je" Aiza buat aksi menggigit bibir dengan gaya mengoda.

Tangannya melekap didada aku. Dia merasa jantung aku yang berdegup dengan laju. Aku memegang tangannya yang berada didada aku.

"Ini, disinilah bukti aku sayangkan kau, cintakan kau. Disini, degupan ni hanya untuk kau. Disini, kau sentiasa ada disini. Sungguh aku sayang dan cintakan kau sangat²" aku meluahkan perasaan aku sambil memandang mata coklat milik Aiza.

Aiza senyum dan mengalirkan air mata. Aku terpana

"Hey kenapa menangis? Please dont cry sayang. Kalau aku ada salah cakap aku minta maaf. Please stop crying" aku memeluk Aiza untuk menenangkannya. Aku melonggarkan pelukan dan lihat muka Aiza

"Kau la ni jahat buat aku menangis" Aiza ketawa sambil mengesat air mata nya. Dia memukul dada aku.

Aku? Ketawa bahagia la apa lagi.

***

Selepas hantar Aiza balik rumah parents dia. Aku pergi ke pantai untuk mengambil angin. Pantai mana? Pantai yang Aiza meluahkan perasaannya kepada aku.

Aku menanggalkan sneakers aku lalu aku berjalan di gigi air. Tenangnya!

Belum sampai setengah hari pun aku dah mula rindu kat Aiza. Haih kau buat aku angau kat kau, Aiza! I Love You!

Aku berhenti berjalan dan menghadapkan badan aku ke arah laut. Aku tutup mata. Dengar bunyi hempasan ombak. Bunyi burung berkicauan. Angin yang bertiup lembut. Suasana redup. Aman dan tenang. Aku menarik nafas dalam dalam dan hembus. Aku membuka mata lalu tersenyum.

Aku duduk dibangku dan memakai sneakers aku. Tiba-tiba ada seorang perempuan duduk disebelah aku.

"Hai Izz. How are you? Lama tak jumpa awak" bila dia dah ber'awak' tu faham faham la siapa. Tak lain tak bukan si Adriana.

Aku memandang dia yang sedang merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku mengerti. Dia tersenyum seperti biasa setiap kali kami berjumpa di mana mana.

"Hai. I'm fine. Sorry aku busy" aku bangun agar tidak dituduh curang dengan Aiza.

Ya aku tahu tak salah berkawan dan mungkin Aiza faham tapi aku memang macam ni. Bila dah ada yang satu aku akan cuba setia dan tidak melayan yang lain. Lagipun si Adriana ni suka aku. So tak salah aku tidak melayan dia. Kang kalau aku layan perasaan dia kat aku makin bertambah.

"Hey dah nak balik dah? Busy? Busy dengan awek la tu" dia tarik tangan aku sehingga aku terpaksa berhentikan langkah kaki aku.

Aku pusing menghadap dia. Terkejut? Ya terkejut dari mana dia tahu aku ada awek? Sedangkan kami berdua tak heboh dengan orang. Yang tahu hanya housemate kami sahaja.

"Awak terkejut macam mana saya tahu?" dia tersenyum sinis sambil memandang aku.

"Macam mana kau tahu?" aku bersuara setelah agak lama berdiam diri.

"Tengok cara awak layan dia pun saya dah tahu.Untungkan dia dapat awak yang baik, sweet, gentleman, handsome. Untung sangat. Saya jealous dengan dia" dia berhenti menarik nafas atau mungkin sedang menyusun ayat. Dia menghalakan pandangannya ke arah laut yang tenang.

Aku menunggu penuh sabar untuk dengar apa yang dia mahu katakan.

"Andai suatu hari nanti saya berpeluang memiliki awak saya akan jaga awak sepenuh hati saya. Tapi saya tahu, saya takkan dapat peluang seperti itu. Tapi takpelah awak dah buat keputusan awak. Saya tak boleh nak halang. Satu saya harap awak jaga dia elok²" dia memandang aku dengan senyuman yang sukar aku mengerti. Aku memandang tepat ke dalam matanya. Ada kecewa di mata tu.

Aku terdiam mendengar kata-katanya.

"Tapi kalau saya nak kawan dengan awak boleh? Saya janji saya hanya berkawan dengan awak. Saya takkan ada perasaan kat awak lagi" dia memandang aku dengan muka berharap. Aku mengeluh

"Suka hati kau lah" aku bangun dan berlalu pergi. Bukan niat nak mempersendakan hubungan kawan yang baru terjalin tapi aku nak elakkan benda lain berlaku. Kerana aku tengok muka dia lama lama macam muka Aiza. Dah lah aku tengah rindu dekat dia.

Kau tengah buat apa la tu, Aiza.

(Bersambung...)

Hye! I'm so sorry sebab lambat update. Bukan sengaja tapi readers kena faham yang saya tahun ni akan menduduki peperiksaan SPM. So memang ada kelas petang, kelas malam, and ya i'm so busy tapi saya akan cuba cari masa untuk menulis cerita You're Mine ni.

Oh! Tak lupa juga terima kasih untuk 1.17k readers! Honestly aku tak jangka pun yang cerita aku begitu ramai yang baca. Terima kasih baca cerita aku yang tak seberapa ni dengan bahasa dan ayat yang tunggang langgang. Thank you so much!

Jangan lupa vote dan komen! 💕

You're MineWhere stories live. Discover now